entri terjangkit yang tidak sengaja...
album kompilasi yang dah berusia 20 tahun...dan boleh juga dikatakan antara album kompilasi kegemaran....
Bon Jovi - Crossroads (1994)
Tak kisah lah orang nak kata apa. Bon Jovi akan sentiasa mempunyai nilai sentimentalnya yang tersendiri kepada saya. Mungkin yang true akan mencebik. Tetapi saya peduli apa....(James Hetfield yang dulunya tulis "Kill Bon Jovi" pada gitarnya pun akhirnya mengunakan khidmat Bob Rock, producer Bon Jovi)
Ini bukan untuk rebiu sangat. Semua lagu Bon Jovi terutamanya zaman-zaman awal 90an dan kebawah memang semuanya sedap-sedap. Tak percaya?...Cari...beli...pinjam atau download untuk percaya.
Dulunya saya mempunyai versi kaset. Sayang dah hilang ntah kemana. Rasanya ini adalah album yang sesuai untuk sesiapa mula mengenali Bon Jovi. Boleh dikatakan semua lagu popularnya ada. Pada saya popular tak semestinya best. Banyak lagi lagu mereka yang best terutamanya di zaman-zaman awal mereka.
Bon Jovi pada saya ada 4 era...
1 - Bon Jovi ST (1984) dan 7800° Fahrenheit (1985) - zaman mereka dianggap heavy metal
2 - Slippery When Wet (1986) dan New Jersey (1988) - zaman kemuncak hair metal
3- Keep The Faith (1992) dan These Days (1995) - zaman hard rock 90an
4 - Crush (2000) dan album-album yang berikutnya - zaman pop rock dan country
Walaubagaimanapun, saya tak cukup tegar untuk mendengar mereka di zaman yang ke 4. Yang itu mungkin boleh cari Portdy ataupun Deaf....heheh...
Nak tengok macamana rupa cd Crossroad 3-disc box set "Deluxe Sound & Vision" boleh rujuk blog Portdy kat >SINI<.
Thursday, April 17, 2014
Wednesday, April 16, 2014
Soldier of Fortune: The Greatest Hits
Sambung sikit lagi pasal Deep Purple...ini koleksi yang dah 20 tahun.
Deep Purple - Soldier of Fortune: The Greatest Hits (1994)
Semasa membeli kaset ni 20 tahun yang lalu, saya belum mempunyai banyak material Deep Purple. Cd pun langsung satu pun tiada. Zaman tu agak susah untuk mencari album-album lama mereka. Perkataan E-bay pun belum wujud lagi. Melihat kepada senarai lagu-lagunya memang saya tidak berfikir panjang untuk membelinya.
Boleh dikatakan kesemua lagu-lagu hits dan terkenal mereka dari zaman penghujung 60an hingga pertengahan 70an ada di dalam kaset ini. Sememangnya berbaloi.
Tetapi saya agak musykil bila album ini tiada dalam list official discography mereka. Rupa-rupanya barulah saya tahu yang ianya adalah eksklusif untuk pasaran Malaysia yang diterbitkan oleh EMI Malaysia. Memang tiada di jual dipasaran luar. Nak kata rare pun.... tak lah sangat. Pasal takder lah unik sangat. Inlay dia pun macam kebiasaan keluaran Malaysia Edition memang hampeh. Jenis sekeping.
Saya ada terbaca dalam internet yang mengatakan ini adalah koleksi kompilasi paling lengkap DP untuk era penghujung 60an hingga pertengahan 70an yang dikeluarkan dalam bentuk singgle disc ( 1 cd). Ini untuk yang versi cd la. Cumanya lagu "Space Truckin'" dan "Child in Time" tu pendek sedikit (bahagian fading last tu kena potong) Tapi "Speed King" tu ada piano version. Lagu-lagu yang lain sama macam edisi album biasa.
Makanya tak boleh lah nak kata rare sangat pun. Bulan lepas nampak satu seller e-bay dari Singapura jual versi cd ni dengan harga USD12.99. Tak tau lah agaknya berapa harga untuk versi kaset.

Labels:
1994,
Deep Purple,
kaset,
rock omputeh,
Smells Like Teen Spirit 90's
Tuesday, April 15, 2014
Pop the Soda
Sesekali nak jadi macam AADI...rebiu air minuman... :P
Air soda buatan tempatan. Di pasarkan secara indie. Khabarnya dorang tak ada kedai pun. Di jual secara bergerak. Hanya boleh di dapati di karnival dan bazaar-bazaar tertentu sahaja. Aku pun terjumpa air ni masa pergi ke satu karnival kat Plaza Angsana, Johor Bahru.
Bentuk botol dan label yang old school tu buat aku tertarik nak cuba. Di datangkan dengan perisa buah-buahan tempatan seperti mangga, laici, nenas, durian belanda dan pisang. Aku cuma cuba 2 perisa, durian belanda dan pisang.
Tak pandai sangat nak rebiu rasa..tapi pada aku boleh tahan sedapnya. Tak terlalu manis dan tak terlalu bergas...kalau terjumpa...cuba lah sendiri
Boleh jenguk FB ni https://www.facebook.com/popthesoda

Monday, April 14, 2014
World Demise
Yang dah 20 tahun...
Obituary - World Demise (1994)
Sebut Obituary benda pertama yang terbayang adalah suara vokalistnya John Tardy. Benci atau suka, suara growl dia memang sangat pelik tetapi dalam masa yang sama sangat unik. Teringat masa pertama kali mendengar "Slowly We Rot" semasa saya sedang menuntut di ITM (sekitar 1989 atau 1990). Rasa menyampah, meluat tapi dalam masa yang sama macam ketagih pulak nak dengar lagi dan lagi.
Suara mencebik (meminjam kata-kata Dr Bentara) dia tu sebenarnya adalah highlight utama untuk Obituary. Tak percaya cuba anda menyanyi bersama. Memang susah lah kan. Entah apa-apa la lirik yang dia sebut. Pernah terbaca yang mereka sengaja tidak meletakkan lirik dalam inlay kaset/cd mereka kerana bagi mereka suara John adalah salah satu instrumen untuk Obituary. Mana ada orang letak tab gitar dalam inlay kan?.
Pada saya kemuncak mereka adalah ketika album "Cause of Death". (antara album death metal kegemaran saya). Walaupun dari segi jualan, 'The End Complete' adalah yang paling laris tetapi saya rasakan ianya seperti mereka telah turun satu langkah. Ianya seakan-akan membantutkan momentum Obituary. Hasilnya apabila mereka meriliskan "World Demise", saya rasakan seolah-olah "magik" mereka telah tiada. Mungkin ianya hanya saya, tetapi yang pastinya Obituary terus tengelam selepas dari ini.
Mungkin juga faktor semasa, tahun 1994 adalah antara tahun-tahun penghujung untuk "Gelombang pertama death metal". Walaupun begitu "World Demise" masih tetap berbunyi Obituary. Mereka tidak berubah banyak. Mungkin ada sedikit elemen death metal moden 90an bersama sedikit pengaruh industrial. Yang lainnya masih Death Metal acuan Obituary yang biasa kita dengar. Lurus tetapi tetap bagus. Tiada yang lebih tiada yang kurang.

Obituary,
rock omputeh,
Smells Like Teen Spirit 90's
Saturday, April 12, 2014
Vs Selangor PKNS
Liga Super 11hb April 2014
Johor Darul Takzim 1 Selangor PKNS 0
( Gol Sendiri 02′)
Ntah dah berapa game ntah asyik seri memanjang...akhirnya menang juga...tak kisah la walau sebijik dan ianya gol sendiri yang agak lawak jugak golnya...penonton lebih kepada ketawa dari meraikannya...
macam biasa...catatan ringkas...
1- Gambar waktu tepat pukul 6 petang. Kali pertama sejak sekian lama dapat tengok suasana lengang macam ni. Biasanya waktu macam ni kawasan belah atas ni dah sendat dah. Kalau ada seat kosong pun kat bahagian bawah jer pun.
2- Pukul 5.30 petang aku sampai stadium pun kanuter tiket masih ada jual tiket. Biasanya jangan haraplah...Tengahari dah sold out dah.
3- Ada beberapa sebab yang aku rasa buat stadium tak penuh. Pertamanya walaupun Jumaat hari cuti umum untuk Johor...tapi cuma yang kerja gomen jer pun cuti. Majoriti yang kerja swasta kerja. Maknanya orang JB jer yang dapat turun stadium. Daerah lain memang tak dapat lah...Tambah-tambah pulak petang tu hujan lebat giler kat Larkin.
4- Seperti gambar di atas...pertama kali setelah sekian lama dapat tengok tangga. Gambar dirakam ketika nyanyian lagu Bangsa Johor dan Negaraku sebelum game mula. Biasanya tangga ni pun orang duduk. Sendat!. Kan bagus kalau setiap game macam ni. Selesa...nak naik turun pergi tandas atau beli air pun senang.
5- Salah satu sebab lagi yang buat stadium tak sendat pasal kat Stadium MPPG Pasir Gudang pun ada game pada masa yang sama. JDT 2 vs Pulau Pinang. Budak-budak B.O.S pun terpaksa pecah separuh turun Pasir Gudang. Ni pertama kali la nampak kat belah B.O.S tu tingkat bawah ada beberapa baris seat kosong.
6- Sebenarnya tak lah kosong sangat. Boleh lah...cuma tak sendat macam biasa...bahagian bawah tu masih banyak lagi barisan seat yang kosong. Tambah pulak takat lawan PKNS ajer kan. Penyokong dorang pun tak ramai datang....macam kat gambar atas... Boleh kira dengan jari berapa kerat jer penyokong dorang yang datang...Paling sikit kot dalam banyak-banyak team yang turun Larkin.
7- Tentang game pulak...boleh nampak corak permainan agak lain. Dengan Bojan Hodak ni nampak game laju sikit. Cara Jimenez dulu slow. Takder urgency nak menyerang. Cumanya mungkin dengan padang basah pasal hujan lebat belah petang dan renyai-renyai sebelum game sebabkan penyerang JDT pun jadi lemau. Banyak peluang...tapi gol sendiri jer la yang jadi penyelamat.
8- Tak kisahlah...janji 3 mata...plus pointnya Pablo Aimar dah start main semula...walaupun takat masuk masa separuh masa kedua..
9- Dan tak lupa juga tahniah buat JDT 2...berjaya kalahkan Pulau Pinang 3-2...
Dah...tu ajer...
LUASKAN KUASAMU!

Friday, April 11, 2014
Balls to Picasso
20 tahun telah berlalu...
Bruce Dickinson - Balls to Picasso (1994)
Album pertama Bruce selepas keluar dari Iron Maiden. Sudah pasti "expectation" nya tinggi. Pertama kali mendengarnya dulu saya sedikit kecewa. Mungkin saya terlalu mengharapkan ianya seperti Iron Maiden. Pengalaman mendengar album solo Adrian Smith (ASAP) - Silver and Gold telah mengajar saya. Jika Steve Harris sekalipun yang mengeluarkan album solo sudah pastinya ianya tidak akan berbumyi seperti Maiden.
Semasa ASAP dulu saya terlalu cepat membuat keputusan. Saya meninggalkannya hanya setelah beberapa kali pendengaran. Mungkin zaman tu tahun 1990, saya masih berjiwa muda. Sehingga sekarang saya agak menyesal kerana telah kehilangan kaset Silver and Gold tersebut. Untuk mendapatkannya semula dalam bentuk cd sekarang ini pun memang agak sukar.
Untuk Balls to Picasso saya memberikan ruang. Mungkin kerana usia yang lebih matang. Mendengarnya berulang kali sampai hadam. Memang berbeza. Bukan sahaja Maiden tetapi juga album solo pertama beliau, Tattooed Millionaire. Mungkin Balls to Picasso bukanlah album heavy metal yang berat. Ada yang menganggapnya sebagai hard rock. Tetapi pada saya ianya masih metal...alternative metal...atau pun heavy metal ala 90an. Bruce juga berubah mengikut masa walaupun beliau gagal nak mengubah Iron Maiden. Itu band Steve Harris....tak siapa boleh kacau.
Antara highlightnya pada saya adalah Roy Z. Bruce bertuah berjumpa beliau. Tak pasti bagaimana lah agaknya bunyi Ball to Picasso semasa Bruce merakamkannya bersama Skin. Memang best kerja gitar Roy Z. Album-album solo seterusnya membuktikan kenyataan tersebut.
Balls to Picasso berjaya menjarakkan Bruce dari bayang Maiden. Satu-satunya lagu yang mengingatkan saya kepada Maiden hanyalah "Tears of the Dragon". Mungkin pasal chorusnya tu ada sedikit seakan-akan "Wasting Love". Tapi bahagian gitar solo dan raggae tu memang syiok. Sememangnya ini adalah lagu terbaik dari Balls to Picasso.
Sesiapa yang tak pernah ada cd ini dan ingin nak beli....saya cadangkan untuk cari versi remastered terbitan tahun 2005. Ada 2 disc yang mana disc 2 tu ada 16 lagu tambahan. Ada 2 versi "Tears of the Dragon" yang pada saya lebih best dari original version. Sangat berbaloi....sayangnya...saya takder pun cd tu...heheh..

Bruce Dickinson,
cd,
Iron Maiden,
rock omputeh,
Smells Like Teen Spirit 90's
Thursday, April 10, 2014
Throwback Thursday - The Ultimate Warrior
Aku rasa majoriti budak lelaki yang sebaya aku pastinya dulu kaki gusti. Malah aku pernah percaya yang gusti itu adalah betul bukannya berlakon. Seperti kebanyakkan budak-budak yang membesar di tahun 80an sudah pasti Hulk Hogan adalah hero. We are all Hulkamania....
Tetapi kemunculan The Ultimate Warrior mengubah segalanya. Sebagai peminat muzik rock, macam manalah aku boleh tak suka beliau. Gaya rockernya...potongan rambutnya...lagu pengenalannya...gayanya yang aggresif...sememangnya beliau adalah the rockstar dalam WWF pada ketika itu.
Beliau adalah hero aku yang baru. Mana boleh lupa kemenangan beliau dalam masa 27 saat ketika mengalahkan The Honky Tonk Man untuk Intercontinental Championship ketika Summer Slam yang pertama (1988). Mengalahkan Andre The Giant dalam masa 2 minit lebih dan paling tak lupa antara perlawananan gusti paling epik "The Ultimate Challenge" mengalahkan Hulk Hogan dalam Wrestlemania VI untuk memegang kejuaraan WWF Championship dan The Intercontinental Championship sekaligus. Pengusti yang pertama dapat buat macam tu. Tak kisahlah jika semuanya tu hanyalah sekadar lakonan.
Sayangnya karier beliau dalam WWF tak lama. Gaduh dengan pihak pengurusan. Beliau baru buat comeback dan dinobatkan di dalam WWE Hall of Fame beberapa hari yang lalu malah muncul dalam rancangan Monday Night Raw sehari sebelum kematiannya. Memang mengejut. Tapi dah ajal dia lah kan Walaubagaimanapun, nama beliau akan tetap dikenang sebagai seorang hero bagi budak-budak yang sezaman dengan aku.
Thanks for the memories...gaya goncang tali ring tu memang takleh lupa sampai bila-bila...
R.I.P
James Brian Hellwig
(June 16, 1959 – April 8, 2014)
Subscribe to:
Comments (Atom)