Friday, April 11, 2014

Balls to Picasso

20 tahun telah berlalu...


Bruce Dickinson - Balls to Picasso (1994)

Album pertama Bruce selepas keluar dari Iron Maiden. Sudah pasti "expectation" nya tinggi. Pertama kali mendengarnya dulu saya sedikit kecewa. Mungkin saya terlalu mengharapkan ianya seperti Iron Maiden. Pengalaman mendengar album solo Adrian Smith (ASAP) - Silver and Gold telah mengajar saya. Jika Steve Harris sekalipun yang mengeluarkan album solo sudah pastinya ianya tidak akan berbumyi seperti Maiden.

Semasa ASAP dulu saya terlalu cepat membuat keputusan. Saya meninggalkannya hanya setelah beberapa kali pendengaran. Mungkin zaman tu tahun 1990, saya masih berjiwa muda. Sehingga sekarang saya agak menyesal kerana telah kehilangan kaset Silver and Gold tersebut. Untuk mendapatkannya semula dalam bentuk cd sekarang ini pun memang agak sukar.

Untuk Balls to Picasso saya memberikan ruang. Mungkin kerana usia yang lebih matang. Mendengarnya berulang kali sampai hadam. Memang berbeza. Bukan sahaja Maiden tetapi juga album solo pertama beliau, Tattooed Millionaire. Mungkin Balls to Picasso bukanlah album heavy metal yang berat. Ada yang menganggapnya sebagai hard rock. Tetapi pada saya ianya masih metal...alternative metal...atau pun heavy metal ala 90an. Bruce juga berubah mengikut masa walaupun beliau gagal nak mengubah Iron Maiden. Itu band Steve Harris....tak siapa boleh kacau.


Antara highlightnya pada saya adalah Roy Z. Bruce bertuah berjumpa beliau. Tak pasti bagaimana lah agaknya bunyi Ball to Picasso semasa Bruce merakamkannya bersama Skin. Memang best kerja gitar Roy Z. Album-album solo seterusnya membuktikan kenyataan tersebut.

Balls to Picasso berjaya menjarakkan Bruce dari bayang Maiden. Satu-satunya lagu yang mengingatkan saya kepada Maiden hanyalah "Tears of the Dragon". Mungkin pasal chorusnya tu ada sedikit seakan-akan "Wasting Love". Tapi bahagian gitar solo dan raggae tu memang syiok. Sememangnya ini adalah lagu terbaik dari Balls to Picasso.

Sesiapa yang tak pernah ada cd ini dan ingin nak beli....saya cadangkan untuk cari versi remastered terbitan tahun 2005. Ada 2 disc yang mana disc 2 tu ada 16 lagu tambahan. Ada 2 versi "Tears of the Dragon" yang pada saya lebih best dari original version. Sangat berbaloi....sayangnya...saya takder pun cd tu...heheh..





7 comments:

  1. tears of the dragon... nak kata apa lagi? ni lagu wajib MUP, nak cover lagu ni kena nyanyi dgn penuh feel~ baru menjadi

    jenguk le youtube

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku tengok yang octoberfest 2012 tu memang kalah Bruce ooo...dia pun tak nyanyi sambil main gitar...heheh...

      Delete
  2. sapa sangka eh, takde sapa sangka lepas apa jadi time tu, mulut satu2 cam bacin, lagi la Bruce nye mulut
    sekarang Maiden nye sambutan satu dunia macam tak boleh percaya la...cam mimpi gtu...
    Kalau ni Rod Smallwood dah diam2 ada strategi time tu, aku tak rasa dia pun boleh sangka Maiden cam gini hari ni.

    ReplyDelete
  3. beb, ko ada handphone nombor aku msia atau spore kan? ko sms aku address kau. aku dah hilang bila tukar henpon line msia tu hari.

    ReplyDelete
  4. Antara album fav aku..keja gitar roy memang terbaik..aku pun tgh cari yg versi remastered tu..mcm best je

    ReplyDelete
  5. album ni ibarat macam kat malaysia... awie keluar album solo la... ingat rock..alih... kelain pulak

    ReplyDelete