Tuesday, April 15, 2014

Pop the Soda

Sesekali nak jadi macam AADI...rebiu air minuman... :P


Air soda buatan tempatan. Di pasarkan secara indie. Khabarnya dorang tak ada kedai pun. Di jual secara bergerak. Hanya boleh di dapati di karnival dan bazaar-bazaar tertentu sahaja. Aku pun terjumpa air ni masa pergi ke satu karnival kat Plaza Angsana, Johor Bahru.

Bentuk botol dan label yang old school tu buat aku tertarik nak cuba. Di datangkan dengan perisa buah-buahan tempatan seperti mangga, laici, nenas, durian belanda dan pisang. Aku cuma cuba 2 perisa, durian belanda dan pisang.


Tak pandai sangat nak rebiu rasa..tapi pada aku boleh tahan sedapnya. Tak terlalu manis dan tak terlalu bergas...kalau terjumpa...cuba lah sendiri

Boleh jenguk FB ni  https://www.facebook.com/popthesoda







10 comments:

  1. ingat muka salleh kamil , crook tahun 50an dulu

    ReplyDelete
  2. gitu2 je botol dia? takde taruk apa content? berapa persen content?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup, yg ni aku setuju... tapi mungkin pasal dia jual secara indie, tak perlu ikut regulations (selagi belum dikomplen atau disaman)

      Delete
    2. betul...tu sebab dijual secara indie...kalau nak pasaran betul tak boleh cara macam ni...tengok logo halal pun bukannya yang rasmi...

      Delete
  3. 1) background amp vox, menarik...
    2) kalau ada perisa pinang atau sirih lagi kult!

    ReplyDelete
  4. Gambar wak misai tu memang klasik la..heheh..betul kata ijau background amp Vox menarik

    ReplyDelete
  5. kalau ikutkan zaman sekarang strict, isi kandungan, % setiap kandungan, kilang buat kat mana, distributor, logo halal pun mesti yang diiktiraf international punye,
    kita dewasa ok, takut budak2 sekolah selalu minum tanpa tahu apa dorang minum, lagi baik beli air cedok jualan tepi jalan.

    ReplyDelete
  6. tak lama lagi kalau puak-puak minum ketum tahu ni... mereka pun buat branding dan dah memang terer jual secara indie!

    ReplyDelete
  7. Kalau kat joho kita panggil oren kampung

    ReplyDelete