Thursday, April 10, 2014

Throwback Thursday - The Ultimate Warrior



Aku rasa majoriti budak lelaki yang sebaya aku pastinya dulu kaki gusti. Malah aku pernah percaya yang gusti itu adalah betul bukannya berlakon. Seperti kebanyakkan budak-budak yang membesar di tahun 80an sudah pasti Hulk Hogan adalah hero. We are all Hulkamania....

Tetapi kemunculan The Ultimate Warrior mengubah segalanya. Sebagai peminat muzik rock, macam manalah aku boleh tak suka beliau. Gaya rockernya...potongan rambutnya...lagu pengenalannya...gayanya yang aggresif...sememangnya beliau adalah the rockstar dalam WWF pada ketika itu.

Beliau adalah hero aku yang baru. Mana boleh lupa kemenangan beliau dalam masa 27 saat ketika mengalahkan The Honky Tonk Man untuk Intercontinental Championship ketika Summer Slam yang pertama (1988). Mengalahkan Andre The Giant dalam masa 2 minit lebih dan paling tak lupa antara perlawananan gusti paling epik "The Ultimate Challenge" mengalahkan Hulk Hogan dalam Wrestlemania VI untuk memegang kejuaraan WWF Championship dan The Intercontinental Championship sekaligus. Pengusti yang pertama dapat buat macam tu. Tak kisahlah jika semuanya tu hanyalah sekadar lakonan.

Sayangnya karier beliau dalam WWF tak lama. Gaduh dengan pihak pengurusan. Beliau baru buat comeback dan dinobatkan di dalam WWE Hall of Fame beberapa hari yang lalu malah muncul dalam rancangan Monday Night Raw sehari sebelum kematiannya. Memang mengejut. Tapi dah ajal dia lah kan Walaubagaimanapun, nama beliau akan tetap dikenang sebagai seorang hero bagi budak-budak yang sezaman dengan aku.

Thanks for the memories...gaya goncang tali ring tu memang takleh lupa sampai bila-bila...

R.I.P
James Brian Hellwig 
(June 16, 1959 – April 8, 2014)



8 comments:

  1. aku masih pecaya yang gusti wwf ni betul hahaha... apapun aku tak kenal dia ni tapi klu hulk hogan memang aku kenal lah,masa kecik2 tgk dia koyakkan baju kuningnya,,, tapi era gusti aku adalah the rock..

    ReplyDelete
  2. djaman ni aku suka (selain hogan) shawn michaels (the rockers), tito santana, ricky steamboat dan the bushwackers hahahaha~

    ReplyDelete
  3. legendary.... di punya clothline tak leh belah... lari ketali dan hentak dada lawan..... RIP dingo warrior

    ReplyDelete
  4. Rip ultimate warrior.yang paling aku ingat dia lawan ngan undertaker sapa kalah masuk dalam beg mayat tu

    ReplyDelete
  5. idola main gusti2 masa kanak2...

    ReplyDelete
  6. Dia balik ke wwe untuk pulang balik ultimate warrior kepada peminat. Sedihnya tak sampai 2 hari terus hilang buat selamanya.

    ReplyDelete