Sebut pasal thrash metal..Reign In Blood,Master Of Puppet,Ride The Lightning,Agent Orange,Pleasure To Kill,Rust In Peace,Peace Sells,The Year Of Decay,Bonded By Blood,Spreading The Disease,The Legacy,Alice In Hell dan macam2 tittle lagi la (aku pun tak leh nak ingat dah..) yang kebanyakan peminat2 metal dan aku sendiri berbeza pendapat kalau nak pilih top 5 album terbaik thrash metal...tapi bagi aku album ke 3 Sepultura iaitu Beneath The Remains sudah pasti ada dalam list tersebut...
Kenapa Beneath The Remains?...kerana inilah album pertama Sepultura yang bagus dari segi produksinya..yang soundnya clear...growl Max Cavalera yang aku dapat tangkap bunyi butirnya...maklum la Scott Burns producer...2 album sebelum itu Morbid Visions dan Schizophrenia bukan tak bagus dari segi lagunya...tapi soundnya...alahai..sakit telinga..tak clear..tenggelam..potong ahh...Arise pun best...Chaos A.D ok ok la...err...tapi album yang selepas tu...malas nak citer...Sepultura bagi aku takat Chaos A.D jer...yg selepas tu aku tak campur dah...hampeh!!...berbalik pada persoalan tadi...pada aku Beneath The Remains, Arise dan Chaos AD..ketiga2nya aku minat...tetapi Beneath the Remains ada nilai2 nostalgia yang lebih pada aku...tu pasal aku pilih album ni..
Ramai yang kata ini Reign In Blood 2...memang tak dinafikan banyak pengaruh Slayer dalam ni...kalau nak tau apa tu thrash...album ni memang sesuai sebagai rujukan..lagu dari track no 1 sampai 4...Beneath The Remians, Inner Self, Stronger Than Hate dan Mass Hypnosis (kalau zaman kaset Side A) memang menjadi favourite aku...paling catchy dan paling slow dah tentulah Inner Self...tapi bukan slow "slow rock" la..masih berdentum jugak..solo Andreas pun best dalam lagu ni..kalau side B tu...Lobotomy dan Primitive Future...satu lagi yg aku suka adalah ketukan drum Igor...perghhh...hebat!
Untuk yang tak berapa nak metal...nak tau pasal Sepultura...check je kat sini...Siapa sangka...negara yang asyik bersamba dan bolasepak ni boleh menghasilkan sebuah band lagenda thrash metal...kalau korang rajin...boleh klik kat gambar inlay cd bawah ni untuk baca camner ceritanya Max Cavalera berjaya mendapat kontrak dengan label besar Roadrunner Record untuk album ni..
Cd aku ni adalah versi remaster thn 1997...satu yang aku suka kalau beli versi remaster ni...biasanya mesti ada bonus lagu dan cerita2 berkenaan album tersebut..contohnya kat gambar2 atas tadi dan bawah ini...surat kamikaze english Max kepasa A&R Roadrunner Records, Monte Conner pun ada...hehe..
Dulu aku ada versi kaset...beli thn 89 dulu...tapi tak tau dah kemana menghilangnya..pada masa tu memang kaset tu boleh dikatakan menjadi sumber inspirasi aku tiap2 malam masa study...kalau nak karaoke lagu2 dari album ni tanpa tengok lirik pun aku boleh...dulu la...sekarang jangan...hehe...
Apa2 pun bila sekali sekala nak layan lagu2 hanguk kepala tak ingat dunia...album ni la antara yang menjadi pilihan.
Gila ah ini album kasi picaaaahhh gua punya kepala masa first time dengar. Memang best gila babassss...
ReplyDeleteyaa.. gua stuju ngan lu.. ni album sepultura paling best..
ReplyDelete"walking these dirty streets
with hate in my mind"... ok sambung..
Ini Beneath The Remains memang memorable. Innerself tuh, kita macam anthem, ah. Nemesis, everytime they play, mesti bawak lagu nih.
ReplyDeleteAda 1 kenangan gua ngan Ajid (SI's drummer) masa gila Sepultura, nih. We call them "Sepaltra". Cheewah, macam omputih gitu. :)
There is one time gua ngan Ajid, sebab gila ngan "Sepaltra" nih, carik sluar VISION yang Max pakei. Punya lawak pusing Sg. Wang, Bukit Bintang & Lot 10. Haram tak jumpa. Itu, lepas kena RM20 amek cab dari puduraya, time puasa & ujan.
Ajid nye muka panjang, je. LOL.
Kenangan.
BTW, personally, guitar riffs lagu Lobotomy tuh, memang best. \m/
sepultura adalah legenda...
ReplyDeletesoulfly satu perjuangan kabur...
cavalera conspiracy kebangkitan satu kuasa...!!!
1989 dulu Sepultura ni words of mouth gitu..
ReplyDeletekawan aku bawak kaset ni ngan lagi satu scizophenia gitu gi sekolah tiap2 hari dengar..
HA HA HA... siak RST....igt lg eh?? muka panjang...hahahahahaha... saket hati oo..lapar...kena hujan...tak dpt nk bergaya balik klang dgn seluar VISION...
ReplyDeletegua beli keset 'beneath the remains' ni dengan album sodom 'agent orange'. jelas pebezaan antara beneath dan agent orange. beneath the remains meletakkan mereka dalam kumpulan elit big four of deathmetal bersama obituary, death dan morbid angel. yeah! majalah dan kat sana melebel diorang death metal.
ReplyDeletegua suka dengan belasahan drum mr. igor dalam album ni. mesti nak banging!
album 'arise' menjadikan diorang 'raja baru' dalam genre muzik keras. diorang sapu hampir semua kategori yang dicalonkan dalam pertandingan yang diadakan oleh majalah Metal Hammer/THRASH Attack! pada tahun 1991.
"...WALKING THESE DIRTY STREETS
WITH HATE IN MY MIND
FEELING THE SCORN OF THE WORLD
I WON'T FOLLOW YOUR RULES
NONCONFORMITY IN MY INNER SELF
ONLY I GUIDE MY INNER SELF"
album ni paling best.. gua setuju sama bertomber.. lepas 'chaos ad'.. hampeh.. gua print sendiri 'vision' kat suar track hahahha.. mana bole beli online zaman tu!
ReplyDeleteabang ben...selepas 20 tahun pun gua tetap rasa ini album best gila babasss..
ReplyDeletetakilala...err...brader gayour dah tolong sambungkan dah...hehe..
RST dan Ajid...lu citer seluar VISION tu teringat gua dulu2 masa late 80's ngan member cari tshirt rugby konon nak jadi macam Dan Spitz (Anthrax)...tapi tak jumpa..alih2 early 90's ramai pulak pakai tshirt rugby ni...tapi time tu dah tak minat dah...dah gila sepaltra (cam omputeh ek :P )
eddie...gua lepas dikecewakan dengan album roots... malas dah nak ambik tau pasal adik beradik cavalera ni...walaupun dorang cakap cavalera conspiracy ada bunyi sepultura lama...serik dah...ada sapa2 nak beli kaset roots gua...hehe...
ReplyDeletedeaf...dulu2 biasa arr...seorang beli...yg lain kongsi2 dengar...kalau best...dubbing..maklum zaman budak sekolah...mana mampu nak beli semua...
Gayour...org selalu konpius...ni death metal ker thrash...telinga aku cakap thrash...org lain aku tak tau...tapi zaman Arise tu Sepultura mmg glamer abis...maklum la zaman tu Metallica pun dah start mellow...ini la hero baru muzik keras...
err..Agent Orange tu pun best apa...layann
contaminatedcookies...lepas chos ad...baik sepultura maupun soulfly memang hampeh...gua lebih rela layan load dan reload dari dorang :P
takder ker yg layan nailbomb...memula dengor berdesing pala otak...haha
ReplyDeletetapi gua rasa roots tu unik..psl diorg campur ngan muzik tribal diorg tu..lepas tu baru ramai org nak jd tribal gak.
ReplyDeletesodom gua lagi kacip dgn 'tapping the vein'..
p/s: ajid sampai skang muka dia jd panjang.
ajie...mana boleh lupa side project Max dgn Alex Newport (Fudge Tunnel)ni...cuma dorang ni main industrial..susah sikit aku nak hadam..tp brutal gila babasss..
ReplyDeleteksb..tribal ngan gendang2 tu yg buat aku nyampah...nak main gendang join band kompang la...hehe..
p/s..adakah ajid berambut belah tepi sejak di zaman sepaltra? :P
rambut belah tepi tu cari mkn punya!, jgn main2
ReplyDelete