Tuesday, July 14, 2009

Flesh & Blood

ok la..Khas untuk Encik Takilala...dipersembahkan Poison....au huhuhuhu..



Tak kisah la kalau yang tr00 metal tu kata Poison ni lembik la..macam pompuan la..tak ganas la...tak macho la..gay la..(tapi tau tak korang...dorang ni dapat lebih banyak awek dibandingkan band2 yang konon tunjuk macho tu ...aku ada kawan yang cakap extreme metal adalah muzik gay..pasal pemuzik dan peminatnya semua lelaki..konsert pun semua lelaki..tak ker perhimpunan gay namanya tu...huhuhu..siak arr..aku diam tak menjawap...hahaha)...

Tapi bagi aku..good music tetap good music..tak kira la pakai lipstik ler pakai corpse paint ker...Poison adalah satu contoh good music untuk kategori glam metal..

Flesh & Blood adalah album ke3 dorang...diterbitkan pada tahun 1990..tahun2 dimana aku tengah mengila dengar thrash/death metal...tapi album ni tetap berjaya memikat hati aku..inilah antara album yang dulunya menemani aku setelah telinga tepu dengar thrash/death dikala lewat malam study last minit nak exam...oleh kerana itu jugak aku telah pun meng'upgrade' versi kaset album ni kepada cd beberapa tahun yang lalu..



Tapi kalau nak dengar total glam metal..lagu2 good time party album tak ingat dunia..ini bukanlah albumnya..tu try dengar album Look What The Cat Dragged In atau pun Open Up and Say Ahh...kerana dalam album ni Poison telah berubah...menjadi lebih matang...dengan lirik2 yang lebih serius...tiada lagi imej2 lipstik pompuan tu semua...kali ini mereka kearah yang lebih dewasa dengan melodi hardrock yang catchy dengan sedikit pengaruh blues..

Antara lagu yang aku suka ialah Ride The Wind..ni lagu kalau bawak motor..jalan hiway PLUS...memang feel la..Lain2 lagu Life Loves A Tragedy, Valley Of Lost Soul,Flesh & Blood,Come Hell or High Water dan Let It Play juga menarik..tapi still dorang tak lupakan lagu party ala zaman glam mereka iaitu Unskinny Bop..layan ahh lagu ni...

Kalau lagu slow, Life Goes On memang menarik..lagu ni banyak kenangan pada aku..zaman berjauhan beratus batu ngan si dia...layan lagu ni...adoi..dalam hati ada taman betul la...hahaha...dan tak lupa sebuah lagi lagu slow yang emotional ditujukan khas kepada James Kimo Maano (Pak Guard Poison) iaitu Something to Believe In



Overall bagi aku perubahan yang dilakukan Poison sangat berjaya...sayangya selepas album ni CC DeVille keluar dari Poison kerana bagi aku gitar work CC dalam album ni adalah yg terbaik selama beliau bersama Poison...walaupun CC tidaklah sehebat guitar2 hero dizaman tu tapi solo2 beliau terutama solo mendayu dalam Life Goes On memang aku suka..dan aku stop dengar Poison selepas CC tiada...walaupun pengganti beliau hebat2 belaka seperti Richie Kotzen dan Blues Saraceno...

Tetapi sejak tahun 1999 CC telah kembali ke Poison...namun sayangnya Poison gagal untuk menghasilkan album glam sebaik Look What The Cat Dragged In atau pun album post glam seperti Flesh & Blood...mungkin bukan zamannya..aku dah tak boleh nak masuk album2 re-union dorang..tapi mungkin juga ok bagi orang lain...cuma pada aku Poison yang aku suka hanya setakat album ini..



So..En Takilala...amacam?..puas?..au huhuhuhu...

24 comments:

  1. pelik tak kalau wa bilang wa suka Native Tongue?
    ini album yg Kotzen main tu...
    maybe sebab I love 90s sebab tu suka album ni kot...Stand, Fire and Ice. Inlay Cover album Native tongue tu lawa seh...

    Anyway Life Goes On memang best...
    orang bilang band glam ni main2..tapi,
    band glam ni kalau betul2 nak serius lagi serius dari band yang serius...

    anyway nice review bro ....auu!

    takilala mesti tengah pakai lipstick sekarang ni...hhuuhuhuhu

    ReplyDelete
  2. arigatou Berteromber san. Gua ada tape je, tu pun brader gua punya. sama la tape tu, huhu. Tapi ni album mmg best woo..auu..huhu.

    ReplyDelete
  3. Portdy, aku tgh cari lipstick better half aku ni, tapi tak jumpa la..mesti dia sorok cepat2 lepas aku baca review ni..huhuhu auu!

    ReplyDelete
  4. aku prefer life goes on dari something to believe in, tapi aku ingat tu jam, mtv dan jugak kaset poison live tu lebih kepada lagu something to believe in.

    unskinny bop bop tu best giler haha. rock lagu ni aku suka.

    ReplyDelete
  5. bro-teromber,
    takde dvd live Poison ke?
    dvd "love" Bret Michael kalau ada pun boleh review har har har!Auuuu!

    ReplyDelete
  6. Poison!!!!...peh glam abis..!! Aku terpengaruh dgn Look What The Cat Dragged In. Videoclip kat VHS Keraang, lagu yg Breat pegang talipon putar2 tu...yg dia kat 'Hit it CC'..Pas tu album Open up..pun kuar!!..Terus jadi minat..!! Pasal dia 80's kot...kalau sekarang, haram aku tak peduli...

    ReplyDelete
  7. Portdy..tak tau naper Native Tongue kurang masuk kat gua..mungkin zaman tu gua tengah extreme metal kononnya...har..har..nanti gua dengar balik la..

    DVD live edisi sedut ada la..7 Days Live (zaman Kotzen) dan versi Cik La Greatest Video Hits..Pressing Ulu Tiram ni takkan nak review kot..F666 tu cukup la...au..huhuhu..

    ReplyDelete
  8. Thanks Berteromber sbb cover story on Poison... memang my favourite band since 1st album. Gaya "gorengan" CC Deville memang memukau especially "Something to Believe In". Tak dinafi, Kontzen & Saraceno pun best gak cuma Poison dah sebati dgn CC. Cuba layan their cover on Justin Timberlake "Sexy Back"... not bad.

    ReplyDelete
  9. Takilala...gua tunggu lu review versi LP pulak..amacam...au..huhu

    Skid..tu lagu "Talk Dirty To Me"..gua kenal Poison pun pasal lagu ni la..

    Deaf..unskinny bop bop tu memang layan abis la..lagu ni jugak la punca CC gaduh ngan Bret..time main live kat MTV award CC sudah buat hal masuk Talk Dirty To Me lepas solo..dengar citer siap bertumbuk belakang stage..huhu

    ReplyDelete
  10. F & A...oo ada lagu cover tu eh...thanks for info..nanti gua cari arr..maklum sekarang dah tak berapa follow..

    tak sangka ramai jugak suka Poison..ingatkan Takilala saja...au..huhu..

    ReplyDelete
  11. tahun 1990 byk rilisan2 rock dan heavy metal yg melampau enak dan lazat... Poison tak terkecuali.

    Flesh & Blood adalah satu kesan abadi...

    "..taste the wild
    lick the wind
    like something they never saw before
    their jaws dropping to the floor
    steel made of soul and sin

    rebels born without a care
    and the day he listens
    only to fly where eagles dare
    and the night she whispers!"

    - Ride The Wind
    Poison 1990.

    ReplyDelete
  12. bro.. sejak dua menjak ni post ngko ni buat aku terkenang semasa dulu.. hahahahahah taknak review skid row slave to the grind? hehehe ataupun ngko mmg dah review? hehehehehe

    ReplyDelete
  13. Eddie..selera gua memang album2 awal 90an dan kebawah..yang atas2 bukan tak best..tapi gua dah tak into sangat kot...

    Jairo..Skid Row?..gua baru cadang nak review 1st album..Slave to the grind kena tunggguuuu..
    gua semenjak 2 menjak ni memang down memory lane betul arr..hehe

    ReplyDelete
  14. ku di halaman rindu bak kata deaf

    ReplyDelete
  15. extreme hair band! itu yang gua gelar band ni. ramai yang mengkritik dan segala macam lagi. tapi poison trus berjaya sebagai sebuah band glam yang tidak boleh dinafikan kehebatannya!
    betul! ramai awek2 cun tegila2kan band lipstik ni. guapun jeles! HEH!

    flesh & blood jelas menunjukkan kematangan diorang dalam semua perkara. imejpun dah berubah. tiada lagi lipstik dan hair spray melampau. seperti cinderella, poison memasukkan blues dan sound koboi dalam muzik diorang. menarik.

    tapi apapun, lagu 'talk dirty to me' memang sebuah lagu pop punk ciptaan terhebat diorang sepanjang zaman!

    ReplyDelete
  16. anak2 gua kalau nampak benda jijik dia akan kata...

    EEEWWWWWWW!!!!

    ReplyDelete
  17. Gayour.."Talk Dirty To Me" memang rabak arr..contoh lagu glam terbaek!!

    Abang Ben...huhuhu..biasa la tak boleh paksa semua orang suka...gua kata dangdut eeewwwwwwww!!! tapi mat indon suka banget dong...gitu la kan..hehe..

    ReplyDelete
  18. poison? lagu talk dirty to me je kot rasanya yg aku tau, tu pun aku dgr cover version oleh children of bodom

    *takilala tu waktu dia kecik2 byk poster poison tampal kat dinding bilik, huhuhuhu~ aau~*

    ReplyDelete
  19. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  20. Takilala mesti rasa muka dia macam Bret Michael kot? huhuhu ...Auuuu!

    ReplyDelete
  21. Ijau..dah khatam Dokken leh try la Poison pulak...hehe

    Portdy..Bret Michael yg maner?..Yg gusti WWE tu ker?..tu pun ensem jugak..Takilala mmg ensem tau...auu..huhuhu

    ReplyDelete
  22. bro,

    yg gusti WWE tu bukan Shawn michael ke bro? yg b****t tonggek tu?
    Takilala memang ensem, boleh jadik vokalis glam rock huhuhu Auuuu!

    (sape laa yg start guna ...Auuuu untuk Poison ni? dah tak pasal2 aku kena taip Auuu jugak ....huh!)

    ReplyDelete
  23. a'aa la...gua pun dah konpius..lupa nak pakai lipstick punya pasal la ni...auuuu

    ReplyDelete
  24. at the drive in
    in the old man's ford
    behind the bushes
    Til' i am screaming for more
    down the basement
    lock the cellars' doors
    oh,lady
    talk dirty to me

    ReplyDelete