Di sebabkan Bro Skid dah tercerita pasal Savatage kat entry dia yang lalu…aku rasa teruja pulak nak cerita pasal salah satu abum kegemaran aku ni, Savatage – Gutter Ballet…
Aku sememangnya seorang peminat kipas susah nak mati Savatage...Segalanya bermula pada tahun 1990 bila salah seorang kawan aku meminjamkan kaset Gutter Ballet abangnya yg baru balik study dari US.Menurut abangnya yg tak berapa nak rock tapi peminat gitar tu...Savatage sangat popular dikalangan pelajar di Universiti tempat dia belajar dan radio2 kolej kat US pada masa tu dan dia suruh aku cekidout riff2 dan gitar solo dalam kaset tu.
Disebabkan brother tu yang tak berapa nak rock dan tengok cover albumnya gambar penari ballet dan piano aku ada sikit was2 ..tapi bila aku start dengar...memang aku terpukau ...tak pernah terpikir muzik metal boleh bergabung ngan muzik ala2 opera/orkestra...and the rest is history la...
Kepada yg tak tau..Savatage ini diasaskan oleh 2 orang adik beradik Oliva iaitu Jon (vocal,keyboard) dan Criss (gitar)..tawarikh selanjutnya boleh baca kat wiki.
Sesungguhnya album ke 5 Savatage ni memang sarat dengan elemen2 progresif dengan solo2 berjiwa dan rifs2 gitar membunuh Criss yang diadunkan dengan sesedap rasanya oleh keyboard/piano Jon…rasanya inilah turning point untuk muzik Savatage berubah dari tradisional heavy metal menjadi kepada power/progresif metal yg berkonsepkan symphonic/orkestra tu…tu jam..zaman penghujung 80an..muzik camgini memang asing..dorang sungguh advance…rasanya dorang adalah antara band pelopornya kot..
Aku memang kagum ngan 2 beradik ni…Jon dengan lagu2 ciptaan serta lirik2 dia…cekidout lirik Gutter Ballet dan When The Crowds Are Gone…dasat kan…Criss pulak…mak aii…sesungguh dia adalah salah satu idola gitaris aku…sayangnya la kan…”Good Man Die Young”…solo2 dia memang penuh emosi dan expression dan gila babas sedap.. the most underrated guitarists in the world?… Mungkin.
Semua lagu pun best..satu album dengar takder skip2 punya…tapi rasanya terpecah 2 bahagian kot… Lagu2 seperti Of Rage And War, She’s in love, Hound, The Unholy, Mentally Yours dan Thorazine Shuffle masih bercirikan heavy metal ala2 album2 terawal manakala Gutter Ballet, Temptation,Revelation, When The Crowds Are Gone,Silk And Steel dan Summer’s Rain pula berkonsep baru…
Track pembukaan Of Rage and War memang best..tak senang duduk mendengarnya..fav aku ni..manakala Mentally Yours pulak mulanya ingatkan lagu slow..tengah sedap layan piano…terus masuk heavy…pergh!..memang best.
Tapi antara yang perlu dihighlight sudah semestinya title track “Gutter Ballet” dan “When The Crowds Are Gone” 2 lagu ni adalah 2 lagu terakhir yg dirakam untuk album ni…yang mana ketika itu pemain bass dan drum mereka telah pun balik kampung kerana menyangkakan album ni sudah siap sepenuhnya…akhirnya..2 lagu ni dirakamkan sepenuhnya oleh 2 beradik Oliva..Jon main drum/piano keyboards dan Criss main gitar/bass…Solo gitar Criss dalam kedua2 lagu ni memang terbaek…terutama dalam WTCAG…sangat beremosi..syahdu sungguh…ini adalah contoh terbaik untuk lagu power metal (GB) dan terbaik untuk power ballad (WTCAG)..
Dan tak lupa juga lagu slow yang selalu jugak masuk dalam kompilasi2 slow rock iaitu Summer’s Rain…kesimpulan bagi aku…kalau anda suka gitar…anda suka melodic…suka power symphonic metal…inilah album yang patut anda cari..rekomended!
-Metally Yours-
Of Rage and war live Dec 89
Gutter Ballet video clip
When The Crowd Are Gone (audio)
aku tak pernah dengar la band ni....
ReplyDeletelansung tak penah dgr band ni..misanthrope giler
ReplyDeleteMacam best. Feveret aku solo2 gitar yang melodik ni. Nanti kat rumah try dengar..Kat opis Youtube kena block..hehehe
ReplyDeleteThanks kasi kenal 1 lagi band baru.
Haaa...Ko teruja gak nak cerita pasal Savatage ni... memang antara band yg paling aku minat yg pernah ko rekemen kat aku..!! Tu Gutter Ballet ko dapat kat mana?
ReplyDeletehuhu..layan
ReplyDeleteRekemen Dead WInter Dead CD dan The Wake Of Magellan CD... feveret!
ReplyDeleteYep, album ni paling gerek..
ReplyDeletemula2 kaset, lepas tu terus upgrade cd haha
aku ada yang live yang dedicated tu criss oliva tu, kat situ pun ada lagu2 gutter ballet yang best2
ReplyDeletealso ko boleh cek projek jon oliva tu apa tu? lupa lak projek dia
Summer Rain smua dorang main
jairo,jemz,zan,takilala...try dengar..gua gerenti..
ReplyDeleteskid...e-gay le mana lagi..kebetulan terjumpa murah pulak
Abang Ben..aku lebih suka zaman Criss..Savatage selepas Edge Of Thorn kecuali Handful Of Rain(Alex Skolnick main)dan kurang umphhh la..x der dah solo2 hebat dan beremosi tu..
ReplyDeleteDeaf...sama la kita...cd yg dedicated kat Criss (Ghost In The Ruin)tu aku dah beli dah..hehe
Jon projek yang Pain tu ker?..best jugak..aku cuma ada versi sedut..nanti kalau terjumpa cdnya aku sambar jugak la..
dulu 2 thn lepas kot aku ada baca review band ni kat blog mana ntah.. terus aku dgr album ni..mmg manis & bersari..bkn rock tipikal..cuma dorang tak top cam band2 lain..tp muziknya besttt...nice review bro.
ReplyDeletetau lagu edge of thorn jek huhuhu
ReplyDeletepathetic nye gua...
savatage seperti banyak band metal lain( antaranya seperti angel dust, sanctuary, riot,deathrow,heaten, grave digger,rage, whiplash, crimson glory, impellitteri...) yang terpaksa berhempas pulas untuk survive.
ReplyDeleteband2 ni memang banyak menghasilkan riff yang dasyat seperti Crimson Glory. gua suka band ni yang mengalahkan Savatage sebagai The Most Outstanding Metal Band pada Tampa Bay Music Awards 1989 ( HEH! ).cuba layan album 'transcendence'. ia umpama mutiara yang dilupakan!
gua sedang layan album savatage " unplugged and live "
gayour..."Transcendence" pun gua layan jugak..nanti rajin gua buat satu entry pasal album ni...vocalis dia Midnight tu baru mati beberapa bln lepas kan..
ReplyDeletegua layan album edge of thorn...which is also the single on this album...
ReplyDelete