Raya pun dah masuk 17 hari dah..so back to business...review cd kembali lagi..kali ni aku tetiba rasa nak layan Alice Cooper...walaupun Alice Cooper sudah popular sejak zaman 70an lagi…tapi aku hanya mula dengar betul2 album beliau dari album Trash…semuanya kerana lagu Poison..popular kan lagu ni dulu…tapi untuk kali ini..aku akan review album selepas Trash iaitu Hey Stoopid.
Hey Stoopid adalah album yang ke...erk..aku lost count dah..banyak sangat Alice Cooper ni buat album..tapi apa2 pun album ni memang banyak nostalgia bagi aku..aku tak pernah beli pun kaset2 Alice Cooper..semuanya pinjam member..Hey Stoopid tidak lah sepopular Trash…maklum la diterbitkan pada tahun2 grunge tengah bermaharajalela..tapi ini album Alice Cooper yang bernostalgia pada aku…tu pasal beberapa tahun lepas bila terjumpa ada orang nak jual cd ni aku terus sambar..
1st time dengar album ni masa aku belajar di ITM dulu…pinjam kaset member bilik sebelah..biasanya lepas letih dengar lagu thrash/death metal…terutamanya waktu2 pkl 1,2 pagi aku suka dengar lagu yang kurang bingit sambil2 study…Hey Stoopid adalah salah satunya..Mulanya dulu aku tertarik nak dengar album ni pasal bila baca kat inlay kaset tu tengok artis jemputan untuk album ni dasat2 belaka…punya ramai gitar hero…tak caya..tengok ni..
Joe Satriani - "Hey Stoopid", "Burning Our Bed", "Feed My Frankenstein", "Little by Little" dan “Wind-up Toy”
Vinnie Moore - "Hurricane Years" dan "Dirty Dreams"
Steve Vai - "Feed My Frankenstein”
Slash – "Hey Stoopid"
Mick Mars (Motley Crue) - "Die for You"
Dan juga Nikki Sixx (Motley Crue) bass untuk "Feed My Frankenstein” dan Ozzy Osbourne backing vocal untuk "Hey Stoopid"
Orang dah legend kan…menang senang nak dapat orang2 popular contribute…sapa tak kenal Alice Cooper..antara pengasas shock rock/horror rock..persembahan live dia memang penuh theateritical…yang baru nak kenal boleh cekidout sini. Antara vocalist rock yang aku minat suaranya.
Antara lagu yang menarik bagi aku adalah Hey Stoopid, Snakebite (ada feel macam lagu poison skit2) dan Feed My Frankenstein (ni lagu bass line dia ada iras2 Dr Feelgood…rupanya memang Nikki Sixx yang main pun..padan la..) dan Wind-up Toys
Tapikan lagu2 slow dia memang meruntun jiwa ahh..Love’s a loaded Gun,Burning Our Bed,Die for You..memang layan..tapi ada satu lagu yang betul2 aku suka dari album ni..Might As Well Be On Mars..sebuah lagu slow rock yang umppphhh..teringat2 zaman tu pakai walkman asik la rewind kaset untuk dengar lagu ni berkali2 guna pen kilometrico (iyer changing season..gua pun sama..hehe)..kes nak jimat bateri..huhu..
Aku sampai sekarang pun masih follow Alice Cooper ni walaupun aku cuma ada cd ni ajer…lain2 semua main sedut…mungkin kalau jalan2 terjumpa Trash murah2…aku akan sambar kot..tapi untuk album2 lain..jadilah versi sedut..hehe..
Aku tak into Alice Cooper sgt, just dgr gitu2 je.. apa2 hal pun lagu ITM dihatiku gak best..huhu
ReplyDeletepergh alice cooper plak... alice cooper ni aku suka tengok dia live... best.... feed my frankenstein!!!! soundtrack wayne worlds kalau tak silap aku ..\m/
ReplyDeletenengok budak2 main ps2 gitar hero yang ada schools out tu...fuhh aku pun join in haha...
ReplyDeletelove's a loaded gun gerek abis.
first time dengar Might As Well Be On Mars... best !
ReplyDeletetapi sedih pun ada , ah jiwang karat plak dah , macamana buleh buat study ni ?
Feed My Frankestein...!!!
ReplyDeletehahaha... Alice Cooper ni diperkenalkan oleh arwah Mazman a.k.a Rabun, budak rugby MTD yang gila band Rigor Mortis.
Mengingatkan beberapa artwork brader Mazli Ibrahim a.k.a Gayour dgn lagu kegemarannya, Lost In America, No More Mr Nice Guy dan School's Out!
Trash...tu je album yg aku layan...yg lain2 tu dengar gitu2 je...
ReplyDeleteTakilala....err..camna ek lagu tu..aku dah lupa daratan la..huhu
ReplyDeleteJairo....betul tu..dia pun ada muncul kat Wayne Worlds..lama arr dah tak tengok citer ni..
Deaf....aku siap tag team ngan anak aku main gitar hero ni..tak pasal2 anak aku siap pandai nyanyi Shout at The Devil - Motley crue...adoii..
setuju..love's a loaded gun memang gerek.
Terra....Might As Well Be On Mars memang lagu sedih dan jiwang karat...biasa la..siang2 i'm a fighter...lepas pkl 1 pagi...i'm a lover...huhu..
ReplyDeleteEddie....Alice Cooper ni memang banyak lagu best2 tak kira la dari zaman 70an hingga la sekarang...lagipun dia kan dave mustaine punya godfather..tak cukup rock la kalau tak tau dia kan..
Skid....Trash jugak la yang buat aku start dengar Alice Cooper ni
Pernah terjumpa LP Alice Cooper dengan 2 track saja satu side. Tapi apek kedai tu nak jual bundle LP yang ntah apa-apa sekali semua RM250. Cancel beli
ReplyDeletedulu aku takut ngk alice cooper ni..suka sgt belit2 bdn ngan ular haha tp bila dgr lagu2 dia..fuhhh terus jatuh cinta walaupon tak fanatik sgt.
ReplyDeletealbum ni memang best . bagi aku dia macam all star project punya album with alice cooper as frontman, lagu aki paling minat feed my frankenstien. Nikki six punya bass memang terserlah. kalau rajin bacalah nikky six heroin diary.
ReplyDeletealice cooper ni kira shock rocker pertama kan? Earlier than KISS?
ReplyDeleteSpeed....aku teringin jugak nak beli LP walau takat ni tak teringin nak beli playernya..simpan buat perhiasan pun ok jugak kan..
ReplyDeleteMatakucing...haha..imej mmg dasat..lagu tak ganas mana pun..
Rocksport...cari jugak heroin diary tu...rasanya takder jual la kat malaysia..kena cari e-book la nampak gayanya.
ReplyDeleteAbang Ben....betul..lama sebelum bebudak black mentol conteng2 muka, pak cik alice ni dah buat dah..