AMARAN...entry ni tak der kena mengena dengan politik :P
Diam tak diam dah dekat setahun dah arwah Samad Lefthanded meninggalkan kita..cepat betul masa berlalu..aku selalu rasa arwah ni underated..mungkin seperti Dave Murray dalam Iron Maiden..kalau sebut Maiden…orang akan ingat Adrian Smith..begitu jugak kalau sebut Lefthanded..nama Man Kidal yang naik…maka entry kali ni khas dedikasi aku untuk arwah..album pertama Lefthanded – Keadilan.
Album ni diterbitkan pada tahun 1986…dizaman2 aku tengah betul2 giler rock kangkang ni (mana dapat arr istilah ni ..zaman 80an dulu tak pernah dengar pun aku…) ni antara rilisan terawal album2 rock dalam sejarah Malaya…Hasil dari kejayaan siri album Battle Of The Band..satu2 band dari kompilasi ini keluar buat album solo…memang ketika itu rock ni jadi satu fenomena baru terutamanya bagi bebudak melayu…dan album ni memang menjadi salah satu favourite aku satu ketika dulu
Seingat aku 3 kali aku beli album ni…pertamanya kaset pirate dengan harga RM2.50 masa zaman album ni keluar…kemudiannya kerana tak puas hati ada bahagian dalam kaset yg kawan aku terdubbing masa dia pinjam..akhirnya aku beli versi ori…tapi kedua2 versi ni aku dah hilang dah sehinggalah dalam tahun 1995… terjumpa pulak versi cd…rasanya ni 1st print dalam bentuk cd…versi yang aku tengok ada terjual sekarang lain covernya.
Sesungguhnya album ni amat bernostalgia kepada aku…suatu masa dulu memang aku hafal lirik kesemua lagunya…yang menariknya Lefthanded ni..sudah tentu2lah gitarisnya…dengan twin guitar solo…ala2 Iron Maiden la kan…tambahan pula Man Kidal masa tu dah top..maklum la dah pernah muncul dengan Search – Cinta Buatan Malaysia…kalau kat belah2 Johor…awal2 tahun 80an…nama Man Kidal memang dah legend dah time tu…aksi gigit gitar dia memang dah terkenal…ni pernah aku saksikan masa Lefhanded main kat majlis kawin kat kampung aku…time tu jugak teruja aku nak jadi gitarist…hehe…tapi masa tu Lefthanded belum buat album pun lagi…sebelum zaman BOTB kot…tak ingat pulak sapa gitaris yg sorang lagi…adakah beliau arwah Samad?..tu jam bebudak Febian pun ada…ntah la…aku ingat2 lupa…kecik lagi..ni citer berpuluh tahun yang lalu…hehe..siak arr…macam tua sangat je aku…huhu…
Menariknya album Keadilan ni…lagu2nya memang penuh ngan gitar2 solo..hebat!..aku tak sure sebenarnya part mana yg Man Kidal main dan part mana pulak yang arwah Samad main..kecuali lagu dari BOTB “Debunga Wangi” tu..iyer la..dah solonya cilok “Prodigal Son – Iron Maiden”…so dah boleh agak la…sapa yg main part Dave Murray dan Adrian Smith…(pernah terbaca kat satu interview dulu…Man Kidal mengaku ciplak part ni atas alasan solo tu bunyi lengok lagu melayu dan kena ngan Debunga Wangi…haha..apa nak pelik…zaman dulu ciplak menciplak ni perkara biasa kan)
tracklist boleh baca kat sini
Album ni sebenonya ada 6 je lagu baru…2 lagu dari BOTB…Debunga Wangi (ni lagu wajib untuk mat rock jamming zaman2 aku sekolah dulu) dan Lanun (ni zaman BOTB fav. aku ni)dan 2 lagu cover Sudi Sudikah Dikau (Ismail Haron versi 60an dan Gimme Gimme Good Lovin’- Crazy Elephant versi ori) dan Tiada Lagi Kidungmu (lagu indon)
Antara lagu yang menjadi kegemaran aku dah tentulah title track “Keadilan”..memang best gitar work lagu ni..lirik pun pasal protes…keadilan untuk mat rock kot…hehe..ni antara all time fav aku ni…tapi lagu yang paling meninggalkan banyak memori kat aku adalah lagu “Ku Kehilangan Cinta 3 Dimensi”…bukan pasal lagu ni cintan ker apa..tapi ini lah lagu pertama band aku zaman2 sekolah dulu jamming…bayangkan selama ni jamming gitar tong dan ketuk meja ajer…di sebuah studio cina (yang pada penghujung 80annya ada nota tulis tak boleh main lagu thrash kat pintu masuknya :P) 1st time pegang gitar dan bass letrik…1st time ketuk drum yang sebenar…so lagu slow macamgini la yg berani dipilh untuk permulaan..tak kan la 1st time dah nak main Metallica kan…hehe
Boleh kata semua lagu aku suka..lagu2 yg slow tu tak yah citer la..macam Lagenda Cinta..rasanya semua orang tau..tapi lagu2 yang heavy macam Hadapilah Dengan Sabar,Ringan Berat,Lanun dan Problem Malas memang penuh dengan solo2 gitar…ni memang betul2 Man Kidal/arwah Samad pukul abis…tapi jangan tak tau…Yan (Bass)pun ada nyanyi jugak…lagu Ringan Berat...ala..zaman Search Cinta Buatan Malaysia pun dia ada nyanyi jugak kan..lagu Jiwa Jiwa Luka dan Cinta Pertama…tak tau kenapa selepas tu dia dah tak nyanyi lagi…padahal boleh tahan jugak la suara dia kan..tapi kalau live..hancus skit...tu yang konsentret main bass je kot..huhu..
Akhir kata..Alfatihah untuk arwah Abdul Samad Bin Mian (1963-2008)
sapa ada lagi kaset original WEA zaman tu?
ReplyDeletemacam2 stiker kat packaging kaset tu...berkilat2 la apa la haha.
kaset ni, bukan budak melayu je, budak2 cina pun suka dengar..
Ku kehilangan cinta 3 dimensi memang antara all-time feveret aku.
ReplyDeleteKalau diikut cerita Samad ni, memang sedih. Sampai akhir hayat dia tak tahu apa status dia dalam Lefthanded..hmm.
lefthanded aku ada album kompilasi je... slalu jugak layan "kalau-oke" lagu2 dorg ni
ReplyDeletesampai harini aku dengar lagu lefthanded, tak tau sapa yang main part2 tersebut, samada man kidal atau arwah samad.
ReplyDeleteLive jauh sekali la nak tengok masa tu.
album yang kuat perisa maiden nya yg digaul dengan perisa rock melayu..album sepanjang zaman..kalau dgr album ni tak de skip2..jalan terus..tp pressing ni aku tak pernah tgk..gambar dia besar..pressing yang baru ni kecik aje gambarnya..tp takleh tahan studio tu tulis tak boleh main lagu thrash hahaha
ReplyDeletePaling senang nak kenal samada solo Samad atau Man Keedal.
ReplyDeleteSolo2 berteknikal dan mendayu-dayu adalah trademark Samad manakala solo speeding-laju2-nak-pegi-mana adalah trademark hakiki Man Keedal.
Lagipun bukan susah nak kenal beza sound Fender dan Yamaha..
Zan...tapi zaman tu dorang tak pakai Fender,Yamaha atau PRS kan..
ReplyDeleteMan Kidal zaman tu pakai V...tapi tak sure la jenis apa...tu yg susah nak beza tu...kalau sekarang punya sound Man Kidal senang nak cam..
Album yg sememangnya patut ade dlm collector list peminat rock tempatan. Juga sebagai rujukan budak2 rock skrg untuk lebih mengenali yg rock itu bukan hanya pada rhythm tetapi "solo"nya juga penting. Tahniah Berteromber. Good review!..
ReplyDelete*(Teringat masa nak jamming di Studio Babylon@Pertama Complex, ada tertulis "tak boleh main lagu thrash".. hehe! Nostalgia la bro..)
Kalau dengar betul2 memang boleh beza sound dia bro.. Lagi satu yang membezakan skill masing2..
ReplyDeleteContoh lagu Seruan, solo tengah milik Samad manakala solo selit-ala-Malmsteen dah tentu milik Keedal.
Kebanyakkan solo2 dalam lagu Lefthanded adalah milik Samad. Ini antara isu terpendam yang membuatkan perpecahan band itu sendiri..
Jgn cucuk bro...xde org yg sebut, bro sorg jer....padam,takut fitnah ni
Deletesatu lagi...lagu "kenangan bersamamu" tu Samad yang solo kan?..Man Kidal main keyboard...part last baru dia solo...tu kalau aku tak silap la..
ReplyDeletematakucing...studio tu kat Taman Johor Jaya..time tu lum banyak studio kat JB..nak main kat B Sound Studio Komtar..segan pulak..dah terer baru berani main situ..tu tempat otai mat rock jb oo..
Yup. Betul bro.
ReplyDeleteKalau nak ikutkan, Man Keedal dalam lefthanded sebagai 2nd guitarist. Tapi dia x puas hati pasal nama band tu sempena karekter dia (kidal). Tu yang berkelahi tu..
memasing nyer ego kot..
Jgn bro...takut fitnah
DeleteB Sound Studio itu nostalgia beb...
ReplyDeletekalau dikenang betul-betul, boleh meleleh air hidung, mengalir air mata...
boss dia Banu, budak Skudai Kanan, budak2 Lefthanded dari Skudai Kiri dan Kg Melayu (Jln Merdeka dan Jln Sekolah) tapi sekali yg keluar bukan budak2 Lefthanded je, Awang BPR, Din Mayat dgn Hamzah, budak2 Mega dan Febians...
lepas jamming, layan wayang free kat Nira, Komtar sebab yg jaga tu kaum2 jugak, dan lepak kedai buku Sheikh Bakar kat Pasar Baru...
*sebelum tunggu last bus T.Hakkim kat Segget... "eh, itu cerita diorang ke cerita aku..?"
waahhh~~~
ReplyDeletekipas susah mati lefthanded lor~~
hahaa~
apepon layan~
-packaging baru (2004) tak lawa. Lawa lg yg ni.
ReplyDelete-suka la aku baca komen2 korang..rok ooo..huhu
Antara album terbaik. Kalau dpat update sound tu better kot?
ReplyDeleteEddie...B Sound,Rock Station dan kedai kaset sebelah tu memang nostalgia rockers JB 80an la..aku kalau nak rakam seisi jamming baru main kat B Sound..studio lain susah nak jumpa yg boleh record..ada sekali tu rakam seisi jamming lagu2 Metallica/Slayer..penuh mat2 rock kerumun studio..yer la band2 lain main rock melayu kan...time keluar tu terasa la riak sekejap...mcm rock star pulak...huhu...
ReplyDeleteNira tu teringat aku tengok citer Fenomena...beratur panjang giler nak beli tiket...x pernah jumpa macamgitu...penangan Search la ni...semua tinggal kenangan la...KOMTAR dah kena roboh pun..
aku tahu yang aku ni kidal adalah dari Man Kidal.
ReplyDeleteserius . tak tipu .
malah aku siap riak lagi...
kikikii...
hahaha..gua eden ado cd ni!!best beb!!!hehehe.....yeah!u rock ah!
ReplyDeletemelodi yang indah, lirik yang mudah dan menarik, lagu ' ku kehilangan cinta 3 dimensi ' adalah lagu cintan cintun feveret gua dalam album ni. lagu sing along yang menyeronokkan. oooo..oooo..oooo...
ReplyDeleteman kidal memang gah dengan gibson hitam putih flying V nya seperti michael dan rudolf schenker!
muzik rock/metal mula 'menguasai' scence muzik tanahair. rock di mana-mana! giler tul masa tu bila dikenang. sengeh2 dibuatnye. HEH!
'tiada lagi kidungmu' untuk allahyaram samad. riff yang hebat dalam album 'ramli sarip alive'.
...and 'justice' for all