Tuesday, September 28, 2010

Falling Into Infinity

Ramai yang terkejut bila baca berita yang Mike Portnoy keluar dari Dream Theater...tu yang die hard la kan...bagi aku yang dengar Dream Theater occasionally ajer... ok ok ajer la...tapi berita tu inspired aku untuk entry kali ni...



Jom cerita pasal album no 4 Dream Theater...Falling Into Infinity...satu2 nya cd dorang yang aku ada...(kaset ada la 2,3 keping...) dan satu2nya jugak cd dorang yang senang aku nak hadam...walaupun dari apa yang aku baca Mike Portnoy tak suka album ni...banyak campurtangan syarikat rakaman katanya...sampai dia rilis version dia sendiri...so kalau cd yang paling dia tak berkenan tu yg paling senang aku nak hadam...mungkin bagus jugak kot Mike Portnoy ni takder....hihi..

Seingat aku masa cd ni keluar...tahun 1997...aku dah ada 2 album awal DT...Awake dan Images And Words dalam versi MP3...tu jam ramai yang tengah sibuk2 cakap betapa bestnya DT ni...aku yang poser ni agak ketinggalan zaman...baru nak berjinak2 dengan DT...bila nampak cd ni kat Muzika Kotaraya terus jer aku beli walaupun aku tak sure best ker tak...



Ist impression aku bila dengar cd ni...wow!!!...tak sama macam Awake dan Images and Words pun...ini ada bunyi2 macam AOR yang progressif...padanlah Mike Portnoy tak suka....tapi berbanding ngan Awake dan Images And Words...cd ni sekali dengar jer dah ada yang menangkap kat kepala aku...antaranya Peruvian Skies, Hollow Years, Burning My Soul, Take Away My Pain dan Anna Lee...lagu2 slow dia memang senang nak tangkap...

Memang agak komersil...die hard DT sure cakap this is the sell-out album...siap guna khidmat Desmond Child lagi...(lagu You Not Me)...sayangnya sentuhan Desmond tak berapa nak menjadi...berbanding kerja beliau dengan Bon Jovi,Aerosmith,Alice Cooper (sekadar menyebut beberapa nama)...lagu ni kurang menangkap kat kepala aku...tapi...berbanding ngan album2 lain DT...yang jenuh nak dengar berulang2 nak kasi hadam kat kepala...yang kekadang buat aku rasa bosan...tu pasal aku bukan lah die hard DT...Falling Into Infinity kira ok la...

Seperti yang kita ketahui...dari segi pemuziknya...DT ni memang hebat2 belaka...Petrucci,Myung,Portnoy...tapi telinga aku sering ada masalah bab suara si James LaBrie ni...part2 high pitch dia tu memang aku tak berapa berkenan...tapi untuk Falling Into Infinity dia tak banyak guna teknik high pitch tu yang bagi aku amat bagus sesangat...antara sebab kenapa aku suka album ni...kalau tak silap dia ada masalah sakit tekak kan...tu pasal album ni dia slow down sikit...tapi bagi aku lebih bagus dia tak menjerit2 tu..



Tapi apa yang pasti...solo2 Petrucci memang best...aku memang suka dengar lagu2 instrumental DT...lebih senang hadam dengar solo2 Petrucci daripada aku mendengar nyanyian LaBrie...hahaha...lagu instrumental dari cd ni seperti Hell's Kitchen memang best...layan...dan aku suka jugak dengar keyboard Derek Sherinian ni...kekadang bunyi macam gitar pun ada...ntah kenapa ek...Portnoy tak nak guna khidmat dia untuk2 album lain...bagus per dia ni...

Kesimpulannya...kalau ada sapa2 yang baru nak berjinak2 ngan DT...boleh try album ni dulu...supaya tak terkejut dengar album2 yang lainnya...hahaha..

7 comments:

  1. aku klu teater mimpi ni cuma ada 2 album je - images/words, awake

    images/words plng aku layan

    ReplyDelete
  2. sama le kita syed.. ini je cd ori diorang yg wa ada.. itu pun terbeli pasal rotiyu puji melambung2 band ni.. band metal hebat la apa la.. so gua pun beli la.. tapi lepas balik & dgr tu terus nyesal.. cam rock biasa je.. biasa la masa tu budak2.. x kenal erti technical, progressive.. kalau tau metal je.. mesti nak ganas & laju..

    tapi tu cita lama.. bila dah tua bangka baru dig gila2 band ni.. hehe..

    ReplyDelete
  3. Ijau...aku ada semua...tp MP3 ler..heheh..

    BS...aku dah try gali...tp tetap susah gak nak hadam...

    btw..accept blood of the nation...walau x der Udo...tetap boleh tahan beb..

    ReplyDelete
  4. yg mp3 tu bukannya dari stock kita trade tu ke syed.. yg wa trade ngan cdr manowar lu.. hehe..

    lu kena cuba lagi gali sampai 6 kaki baru dpt menjiwai kut.. ekekek..

    accept tu dah donlot.. skang ni dlm queue list.. ad abyk solo ala helloween tak?

    ReplyDelete
  5. Suara Labrie tu rasanya lepas album Scene from Memory ada sikit improvement.

    Siapa nak ganti Portnoy?
    Masa aku tengok iklan TV3 hari tu, aku rasa Maria Tengku Sabri yg tgh ketuk dram tu berpotensi kot?

    ReplyDelete
  6. one of the best DT album walaupun die-hard tak suka, termasuk Portnoy.

    Lagu komersil cuma You Not Me je. Yang lain semua tipikal DT. Tolak lagu yang ballad, yang lain semua superb!

    ReplyDelete
  7. Hollow Years, aku suka version Live Budokan, transformed lagu tu bila gitar solo dia extended. live lagi bagus lagu ni.

    peruvian skies, ni time aku tengok dorang live kat kallang
    dorang ending lagu ni ngan Wherever I May Roam

    ReplyDelete