Monday, August 22, 2011

Cereal Killer Soundtrack

Sekali lagi menunaikan permintaan En Jairo...bulan2 puasa ni apa adahal...(Beriyani Power satu!!!...heheh)

Kali ni bersama Green Jelly - Cereal Killer Soundtrack (1993)



Dah berbelas tahun rasanya aku tak dengar kaset ni...1st time dengar Green Jelly adalah kat radio bahasa omputeh singapura...pelik macamana lagu yang ada sound ala2 metal boleh bukak kat radio dalam rancangan biasa bukannya rock show ker apa...tu jam aku tak dapat tangkap siapa penyanyinya masa DJ tu cakap...3,4 kali jugak terdengar kat radio sehinggalah tertengok video klipnya kat MTV baru la tau ianya Green Jelly dan lagunya adalah Three Litttle Pigs...

Zaman lum ada internet memang blur la nak tau sapa dia Green Jelly ni...sehinggalah terjumpa kasetnya...bila beli kaset pun tetap blur pasal takder info apa2 pun pasal band di inlaynya...tapi dari imej dorang...aku terbayangkan GWAR...dari lirik dorang terbayangkan Beavis and Butthead...lagu2nya pulak agak rojak...ada punk,metal,alternative dan funky...nampak sangat ini bukanlah kumpulan yang serius...lebih kepada parody mungkin...lirik pun lawak dan bodoh jer bunyinya...

Kemudiannya aku terbaca kat majalah...Green Jelly asalnya Green Jello...band yang hanya menghasilkan lagu2 mereka dalam bentuk video (VHS)...tiada dalam bentuk kaset/lp/cd...tapi disebabkan populariti lagu Three Little Pigs kat MTV...syarikat rakaman dorang mengriliskan album audio mereka...tu pasal kat tajuknya ada perkataan "soundtrack"...

Itulah sahaja maklumat dorang yang aku ada hinggalah ketika hendak membuat entri ni barulah aku mengoogle sapa dia Green Jelly ni...selepas 18 tahun baru la aku tau sapa2 dia dibelakang Green Jelly ni...haha...punya la lama....baru tau part kat lagu 3 little pigs suara falsetto "Not by the hair of my chinny-chin-chin" tu rupa2nya dinyanyikan oleh vokalist Tool Maynard James Keenan) dan drummernya jugak adalah drummer Tool...



Cereal Killer Soundtrack bukanlah kaset yang aku minat sangat...tapi sesekali dengar layan jugak..."Three Little Pigs" tu ok jugak...tapi aku lebih suka nengok video clipsnya...siap ada rambo lagi kan....lain2 yang menarik perhatian aku..."Anarchy in Bedrock"...ni lagu cover Anarchy in the UK tapi ditukar lirik jadi Flinstone...lawak...dan lagu "Electric Harley House (Of Love)" pun ok...khabarnya parody Motörhead lagu ni...

Band2 jenis komedi kartun camni memang susah nak kekal kecuali GWAR la kan...harap2 En Jairo berpuashati dengan hasil karangan ni...sekian, terimakasih.

4 comments:

  1. three little pigs, video MTV yang best!
    maynard = pig..
    hahaha

    ReplyDelete
  2. aku nak komen siang tadi tapi bz sangat... mmg aku sgt puas ati ngan karangan ngko..... nampak nya band ni mmg 3 little pig jer la drg punya killer song selain anarki in bedrock tu hehehehehehe

    ReplyDelete
  3. zaman UTM ni roomate aku pun ada beli tapi entah kenapa tak terliur pulak nak dengar.

    ReplyDelete
  4. haha.. perghh... memoranda betul. memang baru teringat green jelly nih. tapi mcm dr. ben, tak pernah dengar meskipun rakan2 ramai ada.. mungkin zaman ni orang muda mcm saya dengar blek mental.. haha

    ReplyDelete