Baru abis aidiladha kan...so mari cerita pasal ketupat...mungkin kat negeri lain...hidangan rayanya lain...tapi kat johor...wajibnya mesti ada ketupat...(kecuali orang bugis terutamanya kat Pontian...dorang makan burasak)
Yang aku nak cerita pasal Raya Haji tahun ni adalah kali yang ke 2 aku dan isteri membuat ketupat sendiri...dari A sampai Z...dari beli daun...menganyam...isi beras...merebus dan dah tentu2 makan...heheh..
tahun ni turn beraya rumah mertua...malangnya rumah mertua aku secara tradisinya cuma makan laksa johor time raya...tak kira adilfitri ataupun aidiladha...keluarga dia tak pandai buat ketupat...dulu masa 1st time kawin...sedikit kejutan budaya bagi aku...nasib kawin satu negeri yang rumah antara kedua2 orang tua cuma dalam 20-30 minit perjalanan berkereta...boleh la cabut sekejap rumah mak sendiri untuk merasa ketupat...huhu...
Bila mertua aku tau yang aku makan ketupat...raya tahun2 berikutnya dorang order dari mak sedaranya untuk tolong buatkan...sayang jugak dorang kat menantunya ni...hihihi...tapi tu semua tinggal kenangan...mertua aku kedua2nya dah tiada...mak sedara yang tolong buatkan ketupat jugak sudah tiada..(Al-fatihah untuk mereka)...maka bermula dari raya aidilfitri yang lepas...aku dan isteri berazam nak buat sendiri...
Mak aku memang terer buat ketupat...dari kecik semua anak2nya telah diajar cara2 buat ketupat...so menganyam ketupat bukanlah satu masalah bagi aku...kacang jer tu (heheh)...isteri aku yang dulunya tak pandai pun sekarang dah expert dah...
ini adalah rangka ketupat...kebanyakan jenis2 ketupat pun bermula dari rangka ni...yang beza jenis ketupat cuma kemana arah kepala dan ekornya tu nak ditujukan...pandai buat ni...kira konpem boleh anyam ketupat...
Ini ketupat bawang...ntah kenapa nama dia bawang pun aku tak tau...antara ketupat yang paling senang nak buat...pejam mata pun boleh...hahaha...
ni pulak ketupat pasar (orang Muor cakap Paso)...pun jangan tanya aku kenapa nama dia camgitu...
ni 2 jenis ketupat yang aku terer.. (atau 3...kalau nak kira ketupat sate...ni lagi simple kalau nak buat...tapi ianya lebih sesuai menggunakan daun yang lebar.)
Zaman aku budak2 dulu...arwah atok pompuan aku pernah ajo aku buat ketupat ayam, piramid, manggis dan lembu...sayangnya aku dah lupa cara2nya untuk menganyamnya...sayang sungguh pupus dah satu budaya melayu kat aku...pasal tu anak2 aku semuanya aku paksa untuk belajo menganyam ketupat...alhamdulilah dorang boleh buat la...
ni lum boleh makan lagi ni...Ini selepas proses memasukan beras...iskh...lupa pulak nak ambik gambo masa tengah masukan beras tu...biasanya beras di isi kurang sedikit dari paras separuh ketupat...ikut jenis beras jugak...kalau jenis yang muai...terlebih isi jawapnya keras la ketupat tu...atau lebih teruk membuak sampai tanggal anyaman ketupat...(ini yang terjadi kat kita orang...adoi...takper...belajo dari pengalaman)..
proses merebus...ambik masa lebih kurang 4 jam...so sempat la layan movie Senario kat tv jika rebus time malam raya sementara tunggu masak...iskh...time raya jer mesti senario...nasib raya haji takder...hahaha...
yehaaaaa...siap untuk di bedal...err...cara2 buat rendang tu belajo ngan orang lain eh...aku bab ketupat jer....
nampaknya aktiviti ni akan menjadi rutin untuk aku dan isteri untuk tahun2 mendatang la nampaknya...apa nak buat...nak tak nak...lama kelamaan...tugas makbapak...atuknenek ni akan jatuh ketangan kita semua jugak akhirnya...
dah...
ketupat ni ketupat nasi kan? (nasi himpit)
ReplyDeleteKat utara pakai daun palas, buat ketupat pulut
kat kmpg aku kelupis lg femes berbanding ketupat
ReplyDeleteaku kadang2 buat blunder tau beb.
ReplyDeleteEverytime aku balik KL, kalo aku order satay nanti automatic aku cakap.
" Ketupat dua eh", atau " kasi ketupat jugak eh".
Tapi sana main pakai word nasik impit je,
NASIK IMPIT DALAM PLASTIK.
Tak macam Johor, Singapore, masih ketupat as in KETUPAT.
bro,
ReplyDeletekena buat shortcourse menganyam ni. Kesian kat kami suami2 yang tak reti2 ni.
aku tak reti anyam ketupat, anyam ketupat jadik tikar huhuhu
ReplyDeletedalam kuarga aku yg tau anyam ketupat aku ngan mak aku jer ha3..tu belajar sendiri..dari pemerhatian..tak silap aku start anyam ketupat umur aku 9 tahun. sejak tu kalu raya jer tu antara tugas utama aku.
ReplyDeleteteringat ayah aku selalu la marah aku. setiap kali raya nak belajor buat ketupat.. dah boleh anyam, tahun depan lupa balik..
ReplyDeletepatut kena buat ketupat tiap2 bulan, baru tak lupa..
Speed…betul…belah johor takder ketupat pulut...ni mmg tak sesuai ngan projek 1 bln tak makan nasi ko tu...
ReplyDeleteIjau…kelupis aku tak tau…kalau pegi sana teringin gak nak try.
deaf…sekarang mmg banyak poser…ketupat pun poser…hahaha…paling tak suka gi open house org hidang nasi himpit…aper barang nasi dalam plastik…
only ketupat dlm daun kelapa is real!!!…hahaha..
Dr Ben…boleh…1 jam aku charge RM100…hahaha…(beb…kat youtube pun ko boleh try belajo)
Portdy…tak pandai anyam takper…janji pandai makan…huhuhu..
matakucing…dlm family aku terutama zaman budak2 dulu…berebut adik beradik lawan sapa yang paling cepat dan paling banyak buat…biasanya aku yang champion…heheh…
DOS…betul…masa tahun2 awal belajo…mmg setiap kali nak buat mesti lupa dan kena tanya balik…sekarang anak aku pun camgitu…
dlu kecik2 biasa makan ketupat (pulut) dengan susu pekat manis. memang menjilat jari..
ReplyDelete..dah lama tinggal aku pun dah lupa macam mana nak menganyam ketupat nih..kesian kat anak2 aku..
ReplyDeleteaku pandai buat ketupat adabi... senang jer.. just pigi hypermarket berdekatan.... alfatihah utk mertua lu...
ReplyDelete