Friday, November 4, 2011

Nowhere Boy

Lagi filem yang aku nengok dari Astro HD...kali ni filem biography drama pasal John Lennon...


Nowhere Boy (2009)

Aku memang suka jenis2 coming of age punya movie...kena pulak ini pasal John Lennon...dah tentu2 la lagi seronok nak tengok...cerita ni berdasarkan buku karangan adik tiri John...Julia Baird..."Imagine This: Growing Up With My Brother John Lennon"...mengisahkan kehidupan John semasa kecil dan remajanya dari tahun 1944 hingga ke 1960...

Tapi ni bukan la pasal Beatles...adalah la jugak dia tunjuk macamana asalnya dia berjumpa ngan Paul McCartney dan George Harrison...macamana dia terjebak minat muzik...belajo gitar, pasal band pertama dia The Quarrymen dan tertubuhnya Beatles...tapi keseluruhan cerita ni berkisar pasal hubungan beliau dengan mak dia Julia dan mak cik dia Mimi yang jugak adalah mak angkatnya...sadis jugak kisahnya...

Tak perlu minat Beatles untuk menghayati cerita ni...apatah lagi kalau yang minat...memang kena tengok.

REKOMENDED!


***baru tau lagu "Maggie Mae" dari album Let It Be tu rupanya lagu tradisional rakyat bagi penduduk Liverpool zaman dulu...

3 comments:

  1. ceh abis citer HD ngko rieview riaK HDwi... karang ngko pun semakin bagus

    ReplyDelete
  2. menarik movie nih walaupun tak kenal sangat pelakon dia..

    ReplyDelete