Friday, November 30, 2012

How the Gods Kill

Lagi cerita pasal album yang dah 20 tahun.



Danzig 3: How the Gods Kill (1992)

Sama sepert kes kaset The End of Silence - Rollins Band, ini jugak adalah kes trial and error. Bezanya yang ini saya suka hinggakan cdnya pun saya ada.

Saya mengetahui Misfit melaui Metallica tetapi saya tidak pernah betul2 mendengar lagu2 mereka secara serius. Perlu diakui saya kurang mendengar muzik punk. Kaset ini saya beli semata2 kerana ingin mengetahui bagaimana muzik Danzing  selepas terbaca review yang positif dari majalah2 metal yang saya baca.




Ternyata ini bukan punk. Danzing 3 muziknya lebih ke arah heavy metal dengan elemen2 doom dan blues. Soundnya yang heavy lagi catchy dan di tambah pula dengan gitar work hebat dari John Christ menjadi penyebab kenapa saya menyukai album ini.

Boleh dikatakan hampir semua lagunya saya suka tetapi antara yang menarik adalah Anything, Bodies, Dirty Black Summer dan Do You Wear The Mark.

Selepas dari ini, saya mula menjejaki album2 Danzig yang awal tetapi saya agak kurang mengemarinya kecuali mungkin lagu Mother. Bagi saya kalau nak dengar Danzig, inilah album yang patut di cari.





Thursday, November 29, 2012

Sudah Sampai Sini : Ipoh

Seperti kebiasaannya, cuti sekolah penghujung tahun adalah masa untuk cuti cuti Malaysia. Nak cuti cuti oversea memang tak larat la...dengan 3 anak yang dah besar2...memang kocek rabak...


Setelah asyik ke Pantai Timur kebelakangani, sekali sekala bertukar angin. Kami Ke Ipoh.



Menginap semalam di Ritz Garden Hotel. Hotel yang nampak hampeh di luar tapi sebenarnya sangat bagus di dalam. Semua kemudahan ada, wifi, swimming pool, gym malah kalau tak bawa laptop dan handphone ada jenis ketinggalan zaman pun anda masih boleh bertenet di CC secara percuma. Tapi yang paling saya tak sangka, siap ada in cineplex. Boleh layan wayang dari pukul 5 sampai 11 malam secara percuma. Tapi takleh la nak pileh cerita apa.


pic name pic name pic name

Booking secara on-line menyebabkan kami hampir2 nak cari hotel lain bila melihat keadaan luarannya. Tetapi selepas dibawa melawat ke dalam oleh kakitangan hotel, kami sangat berpuashati dan ianya sangat sesuai untuk family.

Tapi yang tak berapa sesuainya, banyak pulak ayam2 Ipoh Mali berkeliaran terutama di KTV Karaokenya dan di kaki lima kedai2 yang berhampiran...heheh...



Menginap hanya satu malam menyebabkan tak sempat nak menjelajah Ipoh sepenuhnya. Hanya bersiar2 disekitar hotel dan mencuci mata di Gerbang Malam. Pusat membeli belah ala2 Uptown/downtown di KL ataupun Bazar Karat di JB.

Tapi tujuan kami ke Ipoh sebenarnya adalah untuk ke sini.....sayangnya tak dapat bermalam di sini kerana penuh.


ni lain kali rajin akan bersambung....



Wednesday, November 28, 2012

Drive



Drive (2011)

Berdasarkan ratingnya yang tinggi di IMDB, mungkin ramai jugak yang tidak akan bersetuju dengan saya.

Menurut wikipedia, filem ini bergenre neo-noir crime drama. Tak kisah la apa pun term nya, tapi bagi saya ianya sedikit membosankan terutama dalam 30-45 minit awalnya. Saya gagal selama 3 kali untuk menghabiskannya kerana tertidur. Kurangnya aksi dan watak utamanya hanya diam tanpa dialog berulang2 kali membuatkan jalan cerita ini menjadi tersangat lembap.

Kalau sememangnya watak Ryan Gosling ni dimaksudkan untuk menjadi bosan dan kayu...rasanya beliau berjaya menjiwai wataknya dengan cemerlang. Walaubagaimanapun aksi2 di pengakhiran ceritanya saya rasa agak menarik.

Tapi awas...walaupun tajuknya Drive...ia bukanlah cerita pasal lumba kereta seperti Fast & Furious dan seangkatan dengannya...



Tuesday, November 27, 2012

The Art Of Rebellion

Sebuah lagi album yang menyambut ulangtahun yang ke 20


Suicidal Tendencies - The Art Of Rebellion (1992)

Genarasi baru metal rasanya pasti ramai yang kenal nama band ni kerana Robert Trujilo sebagaimana generasi saya dulunya kenal Floatsam & Jetsam kerana Jason Newsted.

Suicidal Tendencies asalnya adalah sebuah band hardcore tapi kemudian menjadi band metal/thrash di penghujung 80an. Dengan The Art Of Rebellion mereka sekali lagi mengubah muzik mereka kali ini ke arah funk dan mungkin juga lebih pop dengan elemen groove dan alternative. Mungkin mereka cuba untuk mengikut peredaran zaman. (senang cakap ada yang kata sellout - ST punya black album)


Jika dibandingkan "Lights Camera Revolution" yang pada saya antara album thrash terbaik sepanjang zaman,  album ini sedikit mengecewakan saya. Sebenarnya ianya bukanlah perubahan yang mendadak. Ia masih Suicidal Tendencies, masih metal...thrash mungkin tidak...tapi yang saya kurang berkenan muziknya menjadi agak mellow. Contohnya dengarkan lagu Nobody Hears. (singles yang paling laris jualannya dalam sejarah mereka) Memanglah tersangat pop dan mellow.

Tapi album ini merupakan album mereka yang paling berjaya. Mencapai tahap gold dan berjaya menduduki no 52 dalam carta Billboard 200. Kepada peminat Metallica anda boleh lah mendengar kehebatan bass meletup2 dari Robert Trujilo (cuba dengarkan Which Way To Free) yang kadang2 mengingatkan saya kepda Les Claypool dari Primus. Mungkin jugak Infectious Grooves (side projek Mike Muir dan Robert Trujilo) banyak mempengaruhi.



Tapi untuk saya solo2 Rocky George lah yang saya cari. Sememangnya beliau adalah gitarist metal yang paling underated. Cuba dengar solo2 beliau dalam "I'll Hate you Better", "Nobody Hears" dan "Where's the Truth". Memang tersangat best.

Apa2 pun sememangnya inilah album ST yang terakhir saya follow. Dan ianya merupakan juga album terakhir Rocky bersama merea. Album2 mereka selepas dari ini memang saya tak masuk kepala.



**** Rocky di taja oleh Ibanez dan sering mengunakan RG series. Ada rumors yang mengatakan Ricky yang design RG series disebakan huruf RG tersebut. Tapi RG tu stands for Roadstar Guitar, bukannya Rocky George dan ini di akui oleh Rocky sendiri :D

Monday, November 26, 2012

Empat

Diam tak diam masuk hujung November ni dah 4 tahun dah usia blog ni...tak sangka dalam malas2 pun jejak jugak 4 tahun...tapi yang macam tak cayanya...semenjak 2menjak ni makin terajin pulak menulis...banyak sungguh masa free kat opis...heheh..

Apa2 pun terimakasih kepada anda semua yang memberikan sokongan...tak pernah terpikir pun boleh cecah lebih 100k page view...

Terimakasih.


YOU ROCK!!!



Friday, November 23, 2012

The Amazing Spider-Man




The Amazing Spider-Man (2012)

Ini versi reboot. Maknanya versi baru yang dibuat semula. Tiada kena mengena dengan 3 siri asal Spider Man arahan Sam Raimi. Kini  ianya di bawah arahan Marc Webb. Orang yang membawa kita (500) Days of Summer.

Pastinya ada yang pro dan kontra. Bagi saya ianya terlalu awal untuk di reboot. Sememangnya versi Sam Raimi dan Marc Webb ini ada kelebihan masing2. Kalau ikut pandangan saya ada beberapa perkara yang menyebabkan saya menyukai versi ini dari yang lama.

Pertamanya Adrew Garfield. Saya berpendapat lakonannya jauh lebih baik jika dibandingkan dengan Tobey Maguire. Keduanya Gwen Stacy. Saya menyukai watak Gwen Stacy lebih dari Mary Jane walaupun Kirsten Dunst (salah seorang pelakon wanita favourite saya) yang memegang watak tersebut. Emma Stone sebagai Gwen Stacy jugak tidak mengecewakan saya. Nampaknya saya perlu mengantikan Kirtsen Dunst yang semakin berusia dengan Emma Stone yang lebih muda sebagai pelakon wanita favourite saya...hahahaha...

Satu lagi saya rasakan perkembangan watak2 dalam Spider Man kali ni lebih baik contohnya watak Uncle Ben ( Bukan Dr Ben yer.. :D ) lebih diberikan perhatian berbanding versi Sam Raimi.

Terpulanglah versi yang mana. Itu masing2 punya selera. Tapi saya ingin melihat Superman versi reboot pula...



Thursday, November 22, 2012

Screaming For Vengeance

Sempena 30 tahun



Judas Priest - Screaming For Vengeance (1982)

Salah satu album yang disebut2 sebagai antara yang terbaik untuk heavy metal. Maknanya kalau anda kata anda peminat heavy metal...tapi tak pernah dengar lagi album ni....selayaknya anda di panggil poser....hahaha...

SFV adalah salah satu album JP kegemaran saya. Tak ingat dah bila kali pertama mendengarnya...mungkin masa penghujung 80an. Sebenaranya agak sukar bagi saya untuk memilih album kegemaran JP saya. Antara Screaming for Vengeance, Defenders of the Faith, Killing Machine/Hell Bent for Leather, British Steel dan Painkiller...ada antara harinya saya akan menyukai sesebuah album itu lebih dari yang lainnya...malah ada masa2nya juga saya meminati album Turbo.


Tapi yang mebuatkan hati saya agak berat kepada SFV ini adalah kerana lagu track pertama dan keduanya..."The Hellion / Electric Eye"....rasanya setiap kali mendengar SFV...lagu ini tak pernah gagal untuk menaikan semangat saya....mendengar riff2nya...rasa nak menumbuk pun ada...hahaha...

Mungkin SFV taklah seheavy British Steel dan soundnya jugak sedikit komersil...mungkin tempias dari album Point Of Entry. Tapi dengan lagu2 seperti "Electric Eye","Ridin' On The Wind", "Screaming for Vengeance" dan "You've Got Another Thing Comin'" (berkemungkinan ini lagu JP yang paling dikenali) sudah cukup menjadi penyebab kenapa ianya adalah album kegemaran saya. Saya memang menyukai lagu2 yang laju berat tapi dalam masa yang sama sangat melodic dan saya rasa SFV memenuhi kreteria tersebut.



Beberapa minggu lepas terjumpa special editon 30th Anniversary kat Speedy. Ada bonus track dan paling best ada dvd live kat US Festival 1983...memang dah gatal jer tangan nak terbeli tapi bila mengenangkan duit kat kocek cukup2 untuk sampai ke hujung bulan...kansel arr....heheh...




Tuesday, November 20, 2012

This is our year

Awas..ni bukan pasal Liverpool....heheh..



Jarang rasanya aku nak ambik tau pasal pasal perpindahan pemain Liga Malaysia. Lainlah kalau ianya pasal English Premier League. Tapi semenjak 2menjak Johor tetiba jadi kaya macam Manchester City...berita perpindahan pemain ni bukan takat aku ajer...tapi kat mana2 pelesuk Johor benda ni jadi cerita hangat...tak kisah la poser ker lalang...kalau team bagus...konpem penyokong akan datang.

Bagi aku ianya ada pro dan kontra. Pronya ia memang berita gembira untuk peminat bola Johor. Dah berapa lama bola Johor merundum. Teringin betul aku nak pegi Bukit Jalil nengok Johor main final Piala Malaysia. Tahun 1985 dan 1991 dulu aku masih pelajar..memang seumur hidup belum pernah merasa...harapnya tahun depan dah bolehlah rasanya reserve satu tiket untuk aku...hahaha...

Kontranya ini bermakna berakhirlah pasukan Johor FC. Bukan sahaja nama tukar jadi Johor tapi logo dan maskotnya juga. Tiada lagi jersi oren dan Sang Lebah. Pengurusan dan pemainnya jugak 100 peratus berubah. Malah stadiumnya jugak dah bertukar ke Larkin. Tapi yang ni ok la. Pasir Gudang tu kecik...takat 10,000 jer boleh sumbat, parking pun sempit, Larkin beso dan lebih selesa. Tapi memang sedih la, lama dah aku follow Johor FC.

Apa yang aku tau, Johor FC yang main kat Liga Super jadi Johor manakala Johor FA yang main kat Liga Perdana akan jadi Manchester Johor United. Pemain2 Johor FC pun semua serap kat Johor United dan main kat Pasir Gudang. Kira dorang swap la. Aku tanya member2 yang keje JohorCorp dorang semua dah tak terlibat dengan bola lagi...pengurusan dah kena ambik alih...tapi dengo kabonya duit tetap kena bagi...

Apa2 pun pasukan Johor ni memang dream team la...dengan Daniel Gonzalez Guiza dan Simone Del Nero (rasanya ini lah bintang beso main kat Malaysia lepas Tony Cotte kat Selangor tahun 90an dulu). Tambah pulak dengan star2 Malaysia Safiq Rahim, Mohd Aidil Zafuan, Zaquan Adha Abd Radzak, Azmi Muslim, Muslim Ahmad, Nurul Azwan Roya dan berkemungkinan Mohd Khyril Muhymeen dan permain tebaik tahun ni Norshahrul Idlan Talaha...team ni kalau satu piala pun tak menang tahun depan...memang aku tak tau nak cakap apa la...

Ada yang cakap ini langkah yang tak baik. Mematikan pembangunan bolasepak remaja Johor. Tapi pada aku ini zaman pro. Jadikan Chelsea sebagai contoh. Untuk menarik penyokong, kena menang cepat. Untuk menang cepat kena beli star. Dari situ baru pelan2 kita bina pemain remaja. Pembelian pemain bintang dan pembangunan remaja pelapis seharusnya selari selepas kejayaan tahun pertama. Bukan sebaliknya ...kita boleh mencipta bintang...tapi lambat...dan kalau nasib tak baik akhirnya disambar orang (contoh Arsenal)...

Zaman bolasepak pro mana ada derhaka...Aku memang tak paham bila Anuar Musa cakap ada pemain derhaka bila nak join pasukan lain. Macamama la bola Malaysia nak maju bila pengurusannya masih berfikiran lama. Tak pernah pulak Sir Alex cakap Ronaldo derhaka...atau ada ker Arsene Wnger cakap Robin Van Persie derhaka?...



Walaupun sedih tiadanya lagi Johor FC...yang marah2 pun ada...tapi bila team ni esok jadi juara...rasanya ramai jugak yang akan lembut hati....bagi aku tak apa la...kalau ini boleh membantu kebangkitan pasukan Johor...aku akur menerima...


HARIMAU SELATAN...LUASKAN KUASAMU!!!!




Monday, November 19, 2012

Looper



Looper (2012)

Pengembaraan masa adalah subjek yang sangat menarik. Semenjak menonton Back To The Future (yang pada saya adalah filem pengembaraan masa yang terbaik sepanjang zaman) saya memang mengemari cerita2 berkenaan topik ini. Tak kira lah dari genre komedi macam Hot Tub Time Machine, aksi macam Terminator, cintan macam The Lake House ataupun yang pelik macam Donnie Darko, subjek pengembaraan masa memang sentiasa meghiburkan saya.

Begitulah juga dengan Looper. Bagi saya ini adalah salah satu filem 2012 yang berjaya menghiburkan saya. Bruce Willis kembali memilih filem yang betul. Agak lama juga tiada filemnya yang bagus. Tetapi pada saya filem ini menjadi lebih menarik kerana lakonan cemerlang Joseph Gordon-Levitt. Sememangnya beliau adalah pelakon hollywood yang paling saya gemari ketika ini.

Cerita ini bukan sekadar aksi sains fiksyen, tetapi ianya juga menyelitkan unsur-unsur drama yang membuatkan penceritaannya menjadi bertambah menarik. Walaupun begitu, ianya bukan cerita yang mudah difahami. Cerita begini memerlukan penghayatan yang lebih atau ditonton berulang untuk lebih memahami.

Jalan cerita menarik, lakonan menarik dan Emily Blunt pun tersangatlah menarik...heheh...memang rekomended la..



Saturday, November 17, 2012

America's Least Wanted

Lagi mengenang album yang dah 20 tahun...


Ugly Kid Joe - America's Least Wanted (1992)

Terus terang saya memang menyukai album ni...ketika band2 grunge ketika itu menghasilkan lagu2 depress...moody ...gloom...emo...yang sememangnya saya tak berapa nak berkenan...Ugly Kid Joe tampil dengan formula Rock'n'Roll Is Supposed To Be Fun!!!

Takder yang seriusnya dalam lirik mereka...dan sememangnya itulah yang mereka mahukan...satu2nya yang UKJ cuba untuk menjadi serius adalah lagu cover Harry Chapin "Cats in the Cradle"...tapi dari segi muziknya...memang UKJ patut dipandang serius...muzik mereka memang tight...daripada riff2 dan solo2 mereka dah boleh agak dah berapa talentednya mereka ni...sound gitarnya memang lazat...heavy...productionnya pun cemerlang...tip top...



Takder apanya yang saya nak komplen pun pasal album ni..antara favourite saya dari tahun 1992...dari awal sampai abis semua best...cumanya kalaulah ianya diriliskan 4 atau 5 tahun lebih awal...mungkin pada masa tu album ni akan lebih dihargai dan meletup...


Mungkin ramai yang cuma tau lagu "Cat's in the Cradle" atau mungkin "Everything About You"...tapi bagi saya semua lagunya pun sedap2..."Neighbor', "Goddamn Devil","Busy Bee" dan lain lain....tapi yang paling saya suka dari album ni adalah "So Damn Cool"....

Walaupun imej mereka seolah2 mereka band grunge (pakaian mereka contohnya)...muzik mereka adalah bercirikan metal 80an....memang saya suka

REKOMENDED!




Friday, November 16, 2012

Belladona

Dah lama tak buat entri pasal lagu. Tapi entri pasal Profession Of Violence dalam blog Xyrus Zone buat saya teringat kat satu lagi lagu slow UFO yang sangat saya minat.

Belladona

Oh Belladonna never knew the pain
Maybe I'm crazy, maybe it'll drive you insane
The open letter just carelessly placed
And you move in silence, the tea so delicately laced

Out of reach, out of touch
How you've learned to hate so much

Came from passion, and you gave it a name
The fingers are poisoned like needles in the drivin' rain
So smile discreetly as you watch with such grace
Now I must slip away, but can you forget my face

Out Of Reach, Out Of Touch
How You've Learned To Hate So Much
Out Of Reach, Out Of Touch
How You've Learned To Hate So Much

(Schenker, Mogg)

Sampai sekarang pun saya tak faham apa maksud sebenar lagu ini. Ada yang kata pasal perempuan. Belladona tu orang Itali cakap perempuan cantik. Tapi ada juga yang cakap Belladona sejenis ubat...dan ada pula cakap ianya sejenis berry yang orang zaman dulu jadikan racun yang di campur dalam teh .."And you move in silence, the tea so delicately laced"

Ntah la...tapi saya suka wording "Out Of Reach, Out Of Touch...How You've Learned To Hate So Much"...walaupun saya tak berapa faham apa maksud sebenarnya.

Tapi yang paling bestnya solo Michael Schenker yang menusuk kalbu tu. Pertama kali dengar rasa macam biasa dengar jer solo ni. Rupa-rupanya Rosli Mohalim dah cilok untuk lagu Sejuta Wajah...dan saya mendengar Sejuta Wajah lebih dahulu dari Belladona...sama kes macam saya mendengar Debunga Wangi lebih dulu dari Prodigal Son ataupun mendengar Tiada Lagi Air Mata lebih dulu dari No More Tears...





Thursday, November 15, 2012

Insidious


Insidious (2010)

Selepas direkemen di Movie Addict (terutamanya oleh En Adi Herman) dan terbaca pulak di Xyrus Zone, saya mengambil keputusan untuk menontonnya.

Untuk makluman, saya sememangnya mengemari filem2 seram berkenaan rasukan ataupun ganguan supernatural.  Pada saya filem2 begini adalah lebih menyeramkan.

Saya amat bersetuju dengan komen Dr Ben di Xyrus Zone. Walaupun sebenarnya cerita begini bukan lah sesuatu yang baru (ganguan di rumah baru), tapi saya rasa ianya masih berjaya menjadi sebuah filem yang menakutkan. Malangnya saya menontonnya di waktu siang, maka elemen seramnya agak kurang saya rasa.

Saya suka twist di akhir cerita walaupun sebenarnya saya telah pun dapat mengagaknya. Antara cerita seram yang patut anda tonton. (Sila tonton secara berseorangan di waktu tengah malam untuk mencabar diri anda....heheh...)



Wednesday, November 14, 2012

Red Lights


Red Lights (2012)

Semenjak "The Untouchables"...bolehlah dikatakan jarang sungguh saya tertinggal untuk menonton filem Robert De Niro...sememangnya dia adalah salah seorang pelakon yang cukup saya minati...Namanya sahaja sudah cukup kuat untuk saya menonton filem ini...sayangnya saya rasa kemunculannya kali ni tidak memberikan impak dan kelebihan kepada filem ni...

Jangan salah sangka...lakonannya tetap bagus macam biasa...cumanya twist untuk wataknya dalam filem ni dah dapat saya agak sejak awal lagi...ini menyebabkan saya rasa endingnya kurang kejutan...walaubagaimanpun saya aku twist filem ni sememangnya ala2 filem M Night Shyamalan..

Apa yang menarik bagi saya adalah lakonan Cillian Murphy...memang bagus lakonannya...saya tak pasti apakah filem2 box office lakonannya...rasanya beliau jarang dapat watak utama...yang pasti  dia ada berlakon dalam Inception dan filem2 Batman seperti Batman Begins dan The Dark Knight...Tapi yang paling saya ingat adalah lakonannya dalam Red Eyes dan yang paling saya suka adalah 28 Days Later...

Jangan lupa Sigourney Weaver pun ada...sememangnya ini filem kelas A...kalau anda suka filem drama/misteri/thriller yang ada twist di penghujungnya...mungkin anda patut menonton filem ini.



Tuesday, November 13, 2012

Justice For All : The Truth About Metallica


Metallica: Justice For All by Joel McIver

Ini adalah buku kedua pasal pasal Metallica yang saya baca. Yang pertama adalah <ini> dan saya masih ada sebuah lagi yang belum di baca.

Ternyata bagi saya buku ini lebih detail berbanding Metallica Unbound. Di tulis mengikut turutan masa yang di bahagikan mengikut tahun dari awal sehinggalah ke era St. Anger. Nampaknya Joel McIver memang membuat kajian yang mendalam dalam menghasilkan buku ni.

Buku ini bukan sahaja menceritakan pasal Metallica tetapi sejarah tercetusnya scene thrash itu sendiri. Antara yang menarik pada saya adalah bab berkenaan kemalangan Clif Burton dan kenapa Jason Newstead meninggalkan Metallica. Ianya di tulis dengan detail malah kes napster juga dibincangkan secara mendalam.

Markah penuh saya berikan kepada separuh pertama buku ini. Yang kurangnya adalah bab2 terakhir terutamanya zaman Load dan keatas. Saya rasakan penulis lebih memberikan pandangan peribadinya sendiri berbanding dengan cerita Metallica itu sendiri. Walaupun hampir semua pandangannya itu memang saya setuju.

Buku terbaik pasal Metallica yang dah saya baca setakat ini. Kalau ada mengaku ada die hard...buku ini memang patut dah ada di tangan anda.

ok sekarang layan gambar2 yang sempat saya tangkap.



  3 era...the best...the sellout...and the nu   :D




Kirk Hammet zaman muda paling macho... :D


***kepala saya hampir tepu dengan cerita Metallica selepas membaca 2 buku pasal mereka berturut2...mungkin buku yang ke 3 (Enter Night) akan saya baca selepas membaca buku pasal lain pula...

Monday, November 12, 2012

Dark Shadows



Dark Shadows (2012)

Saya memang peminat Johnny Depp sejak zaman 21 Jump Street lagi...tapi pada saya Dark Shadows agak sedikit membosankan. Semenjak Edward Scissorhands, entah dah berapa kali dah Johnny Depp melakonkan watak yang sebegini.

Saya rasa ramai yang seperti saya...menonton filem ini hanya kerana Johnny Depp...kalau bukan pasal dia atau kemunculan Alice Cooper...mungkin saya dah tertidur di pertengahan ceritanya.

Saya sememangnya menyukai filem2 gandingan beliau bersama Tim Burton tapi saya berharap mereka tidak akan membuat lagi cerita2 yang begini.



Friday, November 9, 2012

Rampage

Album rock melayu yang sambut ulang tahun ke 20


Search - Rampage (1992)

Sebenarnya saya mendengar album ini secara serius hanyalah pada beberapa tahun yang lalu bila ianya diriliskan semula dalam bentuk cd. Tahun ianya diriliskan adalah tahun2 yang saya agak kurang mengambil tahu hal rock melayu malah Search yang betul2 saya ikut hanyalah sehingga album Fenomena.

Kaset yang berada didalam simpanan saya ni pun besar kemungkinan kepunyaan adik saya. Saya terjumpanya di rumah keluarga saya di kampung. Pada ketika itu satu-satunya lagu yang saya familiar adalah Nigina. Itupun disebabkan muzik videonya agak kerap jugak disiarkan didalam rancangan MTV Asia di tv Singapura.



Apa yang saya perasan, Rampage muziknya agak berbeza dengan zaman 80an mereka. Mereka bergerak seiring dengan perubahan muzik rock di awal 90an sama seperti kebanyakan band2 hard rock terkenal ketika itu. Yang menariknya pada saya album ini diterbitkan oleh mereka sendiri. Dengan pengalaman yang mereka ada, memang sudah sepatutnya mereka berani menerbitkannya sendiri.

Tapi yang lebih mengembirakan saya, 8 dari 10 lagunya adalah ciptaan mereka sendiri. Pada saya perkara ini  sudah sepatutnya dilakukan sejak dari awal lagi. Saya tak paham kenapa kebanyakan band2 rock popular di zaman 80an tidak berani menghasilkan lagu sendiri. Adakah ianya disebabkan halangan dari syarikat rakaman?...mungkin jugak kot. Sebab itu lah saya cukup menghormati band seperti Belantara.

Terus terang saya kurang mengemari Kid, dari beberapa persembahan live mereka yang saya hadiri, Kid memang menghampakan. Walaubagaimanapun permainanannya dalam rakaman album memang jauh berbeza  jika dibandingkan dengan live. Kerja gitar antara dia dan Din Mayat didalam album ini memang bagus. Solo2 yang menyengat. Produksi album pun bagus. Sound gitarnya memang clear, cumanya pada saya ianya terlalu ringan. Saya lebih suka kalau soundnya diberatkan.


Sememangnya album ni menarik. Kalau ada yang saya nak komplen pun cuma saya rasa ianya terlampau banyak sangat lagu slow yang jenis meleweh..."Asli dan Tulus", "Berbagai Wajah", Nigina", "Bertopeng Cinta" dan "Nirmala"...agak jenuh juga untuk saya menghabiskannya tanpa forward.


***saya masih menunggu "Feel the Pain" dibawakan secara live. Pernah ker?



Thursday, November 8, 2012

Nam Blas

Happy 16th anniversary dear...



16 years today....and we're doing just find.




                                                        Till Death Do Us Part - White Lion


***gambar adalah nukilan anak bongsu saya



Wednesday, November 7, 2012

Abraham Lincoln: Vampire Hunter



Abraham Lincoln: Vampire Hunter (2012)

Ada yang mengatakan sejarah ditulis oleh mereka yang menang tetapi saya juga ingin menambah...sejarah juga boleh ditulis oleh pembikin filem.

Hollywood memang bijak dalam mereka cerita disebalik sesuatu kejadian yang sebenar. Ada yang agak menyakinkan seperti Titanic contohnya dan ada jugak yang agak kartun seperti filem ini. Bagi saya cerita ini agak membosankan. Jalan ceritanya kurang menarik minat saya. Saya terpaksa mengambil masa sebanyak 3 kali untuk menontonnya. 2 daripadanya saya tertidur di pertengahan jalan.

Benjamin Walker sebagai Abraham Lincoln juga tidak banyak membantu. Lakonannya tidak cukup menyakinkan. Mungkin juga jika cerita ini di buat untuk bergenre komedi rasanya ianya akan lebih menarik. Apa yang bestnya bagi saya adalah semasa adegan2 aksinya yang mengunakan teknik Bullet Time (thanks Xyrus Zone untuk info berkenaan bendalah ni)

Filem begini bukanlah untuk saya tapi mungkin juga untuk anda...siapa tau kan.




Monday, November 5, 2012

III Sides to Every Story

Lagi album yang dah cecah 20 tahun



Extreme - III Sides to Every Story (1992)

Terus terang saya terjebak mendengar Extreme adalah kerana petikan gitar Nuno Battencourt. Beliau bersama2 dengan Paul Gilbert (Mr Big) adalah antara gitar hero terakhir yang ujud dalam dunia saya kerana dunia muzik rock selepas tu bergerak kearah anti gitar hero, menyebabkan saya agak kurang berminat untuk mendengarnya.

III Sides to Every Story sebenarnya adalah konsep album. Dipecahkan kepada 3 bahagian, yours, mine dan the truth. Ianya bukan sahaja dipisahkan dari segi muzik tapi jugak liriknya. Yours merupakan lagu2 rancak yang mempunyai lirik bertemakan anti perang,racism dan politik manakala Mines pula mengandungi lagu yang lebih perlahan, mid tempo dan ada yang tanpa gitar. Liriknya lebih kepada bersifat peribadi, relationship dan keluarga...dan diakhiri dengan The Truth, 3 lagu sepanjang 21 ++ minit dibawah tajuk "everything under the sun." yang berkonsepkan sedikit progressif dan orkestra dengan lirik bertemakan keagamaan dan philosophy.


Bagi saya ianya satu percubaan yang agak berani, malah mereka langsung tidak mencari jalan mudah dengan membuat More Than Words Part 2. Akibatnya album ni agak kurang disegi jualannya. Tambahan pula ia diterbitkan ketika muzik alternative sedang meletup.

Secara peribadinya saya menyukai bahagian Yours. Petikan gitar Nuno memang tidak menghampakan. Dia memang seorang shredder yang hebat. Lagu seperti WarHeads dan Rest In Peace membuktikan kehebatan beliau. Tragic Comic dari Mines pula merupakan sebuah lagu mid tempo yang saya suka. Manakala Am I Ever Gonna Change dari The Truth pula menampilkan riff dasat Nuno. Sayangnya pada saya album ni kurang lagu slow yang menyengat. Seven Sundays lagu yang berentak waltz tu kalau dimainkan dengan gitar saya rasa ianya mungkin akan menjadi lebih menarik.

Kesimpulannya album ni mungkin menjadi terlalu extreme kepada peminat Extreme (jika anda paham maksud saya), menjadikannya ianya mungkin agak payah untuk diterima. Tapi bagi peminat Nuno, saya berpendapat walaupun ada lagu2 yang Nuno lebih bermain piano dari gitar tapi saya gerenti ianya tetap sebuah album shredder yang terbaik.



Sunday, November 4, 2012

Chernobyl Diaries


Chernobyl Diaries (2012)

Antara filem horror yang saya nanti2kan kerana trailernya hampir setiap hari saya tengok untuk beberapa bulan yang lepas*. Nampak macam menarik apatah lagi penulisnya adalah Oren Peli. Orang yang bertanggungjawab di sebalik filem Paranormal Activity.

Ceritanya berkisarkan 6 orang pelancung yang di bawa melawat ke bandar Pripyat. Bandar tinggal yang pernah terjadinya trajedi reaktor nuklear Chernobyl. Macam biasalah... filem mat salleh memang pandai mereka2kan cerita daripada kejadian sebenar. Tak pasti pulak adakah filem ini ada ditayangkan di Ukraine. Saya ada terbaca yang ada juga pihak yang tak bersetuju dengan filem ini kerana bagi mereka ianya tidak menjaga sesitivity mereka yang terlibat.

Walaubagaimanapun ceritanya sedikit menghampakan saya. Permulaan cerita yang agak lembap dan ditambah pula dengan mutu lakonan yang tak berapa menyakinkan menjadikan filem ini seolah2 filem horror grade B. Kemunculan makhluk menakutkan walaupun adanya elemen boleh buat kita rasa terperanjat terperanjat pun agak kurang menyakinkan. Senang cakap filem ni bukanlah filem horror yang menakutkan.


*Untuk makluman...Cathay Cineplax berada betul2 di hadapan opis saya. Oleh sebab itu saya agak biasa dalam hal2 trailer/poster filem2 yang bakal ditayangkan.



Friday, November 2, 2012

Tekad

Kaset melayu yang dah 20 tahun.


Nuradee - Tekad (1992)

Rasanya ramai yang tak tau pun keujudan duo kembar dari Singapura ni. Mereka memainkan muzik folk pop kemelayuan ala2 Rausyanfikir. Sebenarnya saya sendiri tidak mempunyai banyak maklumat tentang mereka selain kaset yang saya ada ni (mungkin Deaf tau kot..)

Mereka memang sangat berbakat, lagu2 mereka memang sedap2. Walaupun muziknya pop, bunyi kemelayuannya sangat kuat. Paling saya suka lirik2 puitis mereka. Jarang nak jumpa lirik sebegini sekarang ini. Mereka mengingatkan saya kepada kumpulan Kembara. Dan saya rasa mereka dan Rausyanfikir sepatutnya mendapat pengiktirafan yang lebih kerena memperjuangkan muzik yang begini. Sayangnya tidak...mungkin kerana mereka berasal dari Singapura...



Saya mula dikenalkan dengan muzik mereka pada tahun 1994 atau 1995 oleh seorang rakan sepejabat yang juga mengenalkan saya kepada Rausyanfikir dan Eagles. Hampir setiap hari ketika keluar bersarapan di dendangkan dengan muzik mereka di dalam kereta membuatkan akhirnya saya sendiri menjadi suka dan membeli kasetnya.

Tambah2 menarik bila saya dapati gitar hero zaman sekolah saya Hillary Ang yang memainkan gitar untuk album ni. Akhirnya kaset ini menjadi salah salah satu kaset favourite saya ketika itu terutamanya ketika  memandu untuk ke tempat kerja.

**dengan khabarnya kedua kembar ni sudah menjadi usahawan...ada kedai makan di Bussorah Street...tak pasti samada mereka masih aktif bermain muzik.



Thursday, November 1, 2012

The End of Silence

Lagi album yang dah 20 tahun.



Rollins Band - The End of Silence (1992)

Untuk memilih muzik yang kita suka semasa hidup di zaman sebelum internet memang kena trial and error. Iyer zaman sekarang pun masih trial dan error tapi ianya tidak mengunakan kos...download...dengar...tak suka...delete....tapi tidak satu ketika dulu...kena beli...dengar...tak suka...apa boleh buat...simpan ajer la jawapnya...

Beginilah yang terjadi dengan kaset ni. Terpengaruh dengan review di Kerrang dan teringin sangat nak dengar macamana bunyinya lagu dan nyanyian Henry Rollins akhirnya terbeli. Mendengarnya sambil berkerut dahi...ternyata muzik begini bukanlah makanan saya.

Penyudahnya kaset ni tak terusik bertahun2 lamanya sehinggalah ketika entri ini di tulis.