Search - Rampage (1992)
Sebenarnya saya mendengar album ini secara serius hanyalah pada beberapa tahun yang lalu bila ianya diriliskan semula dalam bentuk cd. Tahun ianya diriliskan adalah tahun2 yang saya agak kurang mengambil tahu hal rock melayu malah Search yang betul2 saya ikut hanyalah sehingga album Fenomena.
Kaset yang berada didalam simpanan saya ni pun besar kemungkinan kepunyaan adik saya. Saya terjumpanya di rumah keluarga saya di kampung. Pada ketika itu satu-satunya lagu yang saya familiar adalah Nigina. Itupun disebabkan muzik videonya agak kerap jugak disiarkan didalam rancangan MTV Asia di tv Singapura.
Apa yang saya perasan, Rampage muziknya agak berbeza dengan zaman 80an mereka. Mereka bergerak seiring dengan perubahan muzik rock di awal 90an sama seperti kebanyakan band2 hard rock terkenal ketika itu. Yang menariknya pada saya album ini diterbitkan oleh mereka sendiri. Dengan pengalaman yang mereka ada, memang sudah sepatutnya mereka berani menerbitkannya sendiri.
Tapi yang lebih mengembirakan saya, 8 dari 10 lagunya adalah ciptaan mereka sendiri. Pada saya perkara ini sudah sepatutnya dilakukan sejak dari awal lagi. Saya tak paham kenapa kebanyakan band2 rock popular di zaman 80an tidak berani menghasilkan lagu sendiri. Adakah ianya disebabkan halangan dari syarikat rakaman?...mungkin jugak kot. Sebab itu lah saya cukup menghormati band seperti Belantara.
Terus terang saya kurang mengemari Kid, dari beberapa persembahan live mereka yang saya hadiri, Kid memang menghampakan. Walaubagaimanapun permainanannya dalam rakaman album memang jauh berbeza jika dibandingkan dengan live. Kerja gitar antara dia dan Din Mayat didalam album ini memang bagus. Solo2 yang menyengat. Produksi album pun bagus. Sound gitarnya memang clear, cumanya pada saya ianya terlalu ringan. Saya lebih suka kalau soundnya diberatkan.
Sememangnya album ni menarik. Kalau ada yang saya nak komplen pun cuma saya rasa ianya terlampau banyak sangat lagu slow yang jenis meleweh..."Asli dan Tulus", "Berbagai Wajah", Nigina", "Bertopeng Cinta" dan "Nirmala"...agak jenuh juga untuk saya menghabiskannya tanpa forward.
***saya masih menunggu "Feel the Pain" dibawakan secara live. Pernah ker?
rasanya hampir semua band rock kapak zaman 80an menggunakan khidmat komposer utk buat lagu...masa tu memang label berkuasa mutlak terhadap band,band cuma pekerja,bukan rockstar sebenar...x sama di USA sana...Belantara? Srikandi Di Hati memang layan bro hahaha....
ReplyDeleteAlbum eksperimental search ni..
ReplyDeleterasanya lagu omputeh dia tak ada main live...
ReplyDeleteBro, satu benda yg paling saya suka psl album ni is their cover photos. Pose rock band 90's ala2 Skid Row, G'NR, Warrant & etc... Smpai terbawak-bawak gaya ni masa bergmbar kt sekolah...haha!
ReplyDeletekarisma & rampage - cuma 2 album ni saja yg aku ada
ReplyDeleteFeel The Pain = Land Of Paradise (Samad)???
ReplyDeleteAlbum ini memang kedengaran mereka cuba bereksperimental. Dengan kemasukan Yan menggantikan Nasir, sound band lebih besar dan tak berat kepada gitar semata-mata.
Tapi rakyat Malaysia tak suka dorang bereksperimen kot. Pasal tu mereka kembali ke pangkuan M. Nasir untuk album Rock N Roll Pie.
Feel The Pain pernah dimainkan di Scala London.
ReplyDeletesaya dah lampirkan di facebook anda
masih cuba membaca dengan gaya penulisan yang baharu. agak sukar untuk saya menerima perubahan yang boleh dikatakan agak mendadak sedemikian rupa
ReplyDeleteAdi...Srikandi Di Sisi
ReplyDeleteZan...kalau tak silap dua2 tu lagu Yan kan?...so rasanya memang lagu sama pun...Samad punya versi yg guna vokalis Harem Scarem tu memang aku suka...lagi best.
Portdy...TQ...ada pun rupanya.
Mus...saya budak baru belajar...hahaha...saje jer test cuba try...
Guitar works neo romantik superb
ReplyDeleteni album yang ada neo romantika, metropolitan, antologi 01 kot.
ReplyDeletealrite lagu rock2 kat album ni.
saya membesar dgn lagu2 SEARCH dan album RAMPAGE adalah album favourite saya dlm semua katalog SEARCH....
ReplyDeleteRAMPAGE:UMUR ROCK
ReplyDeleteRock legend
ReplyDelete