Wednesday, November 14, 2012
Red Lights
Red Lights (2012)
Semenjak "The Untouchables"...bolehlah dikatakan jarang sungguh saya tertinggal untuk menonton filem Robert De Niro...sememangnya dia adalah salah seorang pelakon yang cukup saya minati...Namanya sahaja sudah cukup kuat untuk saya menonton filem ini...sayangnya saya rasa kemunculannya kali ni tidak memberikan impak dan kelebihan kepada filem ni...
Jangan salah sangka...lakonannya tetap bagus macam biasa...cumanya twist untuk wataknya dalam filem ni dah dapat saya agak sejak awal lagi...ini menyebabkan saya rasa endingnya kurang kejutan...walaubagaimanpun saya aku twist filem ni sememangnya ala2 filem M Night Shyamalan..
Apa yang menarik bagi saya adalah lakonan Cillian Murphy...memang bagus lakonannya...saya tak pasti apakah filem2 box office lakonannya...rasanya beliau jarang dapat watak utama...yang pasti dia ada berlakon dalam Inception dan filem2 Batman seperti Batman Begins dan The Dark Knight...Tapi yang paling saya ingat adalah lakonannya dalam Red Eyes dan yang paling saya suka adalah 28 Days Later...
Jangan lupa Sigourney Weaver pun ada...sememangnya ini filem kelas A...kalau anda suka filem drama/misteri/thriller yang ada twist di penghujungnya...mungkin anda patut menonton filem ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Citer ni memang pening sikit..sampai tetido waktu layan movie ni..hehe
ReplyDeletecillian murphy ni dulu masa dia budak2 selalu berlakon filem kanak2 dan siri tv,sama zaman dgn Jonathan Tayler Thomas, Devon Sawa dgn mendiang Jonathan Brandis.
ReplyDeleteyes, filem ni recommended, dan memang saya tak buleh duga ending dia...
ReplyDelete(jarang-jarang saya yang bijak ini gagal meramal kesudahan sesebuah cerita heh heh)
cillian murphy menarik , part ending dan part dia recap semua yang berlaku mengingatkan saya pada filem The Prestige.
red light? tak kisah la asalkan gua boleh ucap selamat menyambut tahun baru hijrah 1434 pada lu dah cukup baik
ReplyDeletelady red light
great white