Sambung cerita sebelum menonton Before Midnight
Before Sunset (2004)
Sila rujuk entri Before Sunrise. Seperti biasa, sipnosisnya sila rajinkan diri untuk baca sendiri. :)
Selepas 9 tahun kisah Jesse dan Celine bertemu di Vianna. Pasangan ini kembali lagi. Kali ini berlatarbelakangkan bandar Paris pula. Sebenarnya jika tiada sambungan dari Before Sunrise pun saya rasa ok sebenarnya. Biarlah ceritanya tergantung. Biarkan imaginasi kita sendiri yang menentukan penyudahnya.
Tapi Richard Linklater (pengarah/penulis) ada penyudahnya sendiri. Awalnya saya bimbang jika Before Sunset ini tidak menjadi sebaik Before Sunrise. Tak banyak filem sequel yang berjaya tambah-tambah jika ianya mengekalkan formula dan konsep yang sama. Sanggupkan anda menonton benda yang hampir sama sekali lagi? Jawapannya YA. Jika filem sequelnya adalah sebagus filem yang pertama. Rating 8 di IMDB mengiyakannya.
Jika anda tida pernah menonton Before Sunrise, tidak perlu bimbang. Before Sunset adalah sebuah filem yang boleh bergerak secara sendiri. Kalau Before Sunrise perbualan mereka lebih kepada mengenal diri masing-masing tetapi untuk Before Sunset, perbualan mereka terarah kepada apa yang berlaku kepada mereka berdua selepas berpisah di Vienna 9 tahun yang lalu. Sebuah drama cinta yang sangat real dialog dan lakonannya. Ethan Hawke dan Julie Delpy membuktikan sekali lagi chemistry antara mereka berdua memang betul-betul menyakinkan. Kekadang terpikir juga, adakah dialog mereka ada skrip atau semuanya adalah secara spontan. Jenuh juga kalau nak menghafal skrip dialog yang panjang-panjang tu.
Filem ini jugalah yang menjadi penyebab untuk saya menyukai filem-filem Richard Linklater yang lainnya seperti Slacker, Dazed and Confused, The Newton Boys dan yang paling best School of Rock.
Sama seperti Before Sunrise, Before Sunset juga tergantung penyudahnya. Memang ada rumour yang ianya akan disambung kembali. Ternyata semuanya benar dengan terbitnya Before Midnight. Adakah pasangan ini akan dapat bersama akhirnya?...Tak sabar rasanya nak menonton Before Midnight pula.
Wednesday, July 31, 2013
Monday, July 29, 2013
Canggung Mendonan
Album pop melayu terbaik yang dah 20 tahun
M. Nasir - Canggung Mendonan (1993)
Tak pasti dengan anda, tapi bagi saya ini adalah antara album pop melayu terbaik sepanjang zaman. Saya mula meminati M.Nasir sejak dari zaman Kembara hinggalah di zaman rock 80an. Antara memori yang tak dapat saya lupa, ketika darjah 6, saya dan rakan-rakan sekelas pernah audition lagu "Express Rakyat" untuk konsert sekolah. Sayangnya kumpulan kami tidak terpilih. Kawan yang bawa lagu Kojo No Tsuki versi Scorpions pun tak terpilih. Cikgu pilih yang bawa lagu kanak-kanak. Alahai...tak rock sungguh cikgu zaman tu.
Tetapi di penghujung 80an, saya mula meninggalkan rock melayu termasuklah M.Nasir. Saya mula dikenalkan kembali kepada M.Nasir oleh rakan sebilik semasa di ITM melalui album Saudagar Mimpi. Tapi tak cukup terkesan. Jiwa metal saya masih kental ketika itu sehinggalah apabila saya mendengar lagu Sentuhan Listrikmu. Ntah kenapa lagu ini benar-benar membuka hati saya. Mungkin ketika itu saya tengah hangat berfeeling-feeling bercintan. hahaha...Sentuhan Listrikmu lah yang tergerak hati nak beli kaset ni.
Pada saya ini adalah album pop melayu yang lengkap. Lagunya penuh dengan melodi kemelayuan yang pelbagai. Ada juga balada, slow rock, pop rock malah jangan tak percaya, Abang M.Nasir juga boleh rap. Lirik -liriknya agak mencabar minda apatah lagi lirik-lirik yang di tulis oleh Arwah Loloq. Memang kekadang kena buka kamus. Anda tau apa makna mendonan?
Sangat sesuai kepada yang mendengar muzik bukan hanya sekadar mendengar. Ada semangat, ada protes, sejarah, romatis, isu semasa, pengorbanan dan macam-macam lagi yang boleh kita jumpa dalam lagu-lagunya. Itu pun jika anda yang jenis rajin mengkaji. Jika tidak. Enjoy mendengar muziknya pun cukup dan tersangat best dah. Kalau tak silap saya ini lah tahunnya M.Nasir kena banned dengan RTM kes isu "Siapa Mahathir" tu kan?. Ini zaman M.Nasir masih memberontak. Biasanya zaman-zaman beginilah yang selalu menghasilkan masterpiece. Dan Canggung Mendonan adalah masterpiece M.Nasir setakat ini.
Selain Sentuhan Listrikmu dan lagu-lagu berimej pop melayu yang popular seperti Mentera Semerah Padi, Anak Anak Kita, Tanya Sama Itu Hud Hud dan Bonda, saya juga cukup suka lagu Bukalah Hatimu. Mungkin kerana lagu ini sedikit rancak temponya. Begitu juga lagu balada Aduhai! Kasih! Aduhai!. memang feeling habis. Dan tak lupa juga Wadi. Solo Kid Search dalam lagu ini memang berjiwa.
Sangat rekomended!

Labels:
1993,
cd,
kaset,
M Nasir,
rekomended,
Smells Like Teen Spirit 90's,
unmetal
Friday, July 26, 2013
A Real 20 Years One
Iron Maiden - A Real Live One & A Real Dead One (1993)
20 tahun dah album live Fear of the Dark World Tour ni. A Real Live One mengandungi lagu-lagu dari era Somewhere in Time (1986) hingga Fear of the Dark (1992). Manakala A Real Dead One mengandungi lagu-lagu sebelum Somewhere in Time.
Ini bukan nak review. Pasal takder apa yang aku tak suka pasal Maiden. Cuma cerita bergambar.
Dulu aku ada 2 kasetnya. Sayang yang tinggal cuma satu. Tak tau mana pergi Live one.
Masa upgrade ke cd beli tak saing. (Dia pun rilis tak saing kan?). Hasilnya dapat Live One versi Capitol (US) manakala Dead One versi EMI (made in Holland).
Yang tak puas hatinya versi EMI ni, inlaynya jenis kertas sekeping. Kasetnya pun macam tu. Banding dengan versi Capitol kat bawah. Penuh gambar warna warni.
Tak pasti adakah Dead One versi EMI memang macam tu atau yang Made In Holland ajer camtu. Adakah versi Capitol Dead One juga ada gambar banyak macam versi Capitol Live One. Dan ada berapa versi cd ni sebenarnya. Yang aku tau versi remastered 1998 combined jadi A Real Live Dead One. Ni yang macam nak cari Dead One versi Capitol. Mungkin Deaf boleh bagi penjelasan. Aku tau dia ada vynil semua.
Btw, album live ni memang di tunggu-tunggu sebenarnya. Maklum la 8 tahun dah selepas Live After Death. Paling best dah tentu-tentu lagu Fear of The Dark. Suara penonton singalong kat Helsinki tu takder rakaman live lain yang boleh celen. Dan aku suka juga versi Bring Your Daughter... to the Slaughter dalam Live One ni.
Labels:
1993,
cd,
Iron Maiden,
live,
Smells Like Teen Spirit 90's
Wednesday, July 24, 2013
New Wave Of 1983
30 tahun dah berlalu....
Duran Duran - Seven And The Ragged Tiger (1983)
Spandau Ballet - True (1983)
Kalau tak pasal aku terdengar lagu 2 Minutes To Midnight masa tahun 1985 tu. Mungkin selamanya Duran Duran dan Spandau Ballet adalah the best band in the world bagi aku...heheh..
Seven and The Ragged Tiger aku pernah cerita kat >SINI< , True nanti la bila-bila aku buat.

1983,
cd,
Duran Duran,
Spandau Ballet,
unmetal,
Youth Gone Wild 80's
Tuesday, July 23, 2013
Before Sunrise
Antara filem yang saya tertunggu-tunggu untuk tahun ini adalah Before Midnight. Nampaknya dah ada pun di beberapa laman download untuk disedut. Tetapi sebelum menontonnya saya rasa saya perlu menonton semula 2 filem awalnya. Maklumlah filem pertamanya 18 tahun yang lalu. Hampir lupa dah. Apa kata kita revisited balik filem tersebut untuk menyegarkan memori.
Before Sunrise (1995)
Sipnosisnya sila baca sendiri.
Ini bukan untuk mereka yang sukakan action. Ia sememangnya cerita yang banyak cakap. Memang boleh membuatkan anda mengantuk. Mungkin ada yang mengangap filem begini sebuah filem yang bosan. Maklumlah sepanjang cerita hanya mengisahkan perbualan antara 2 pelakon utamanya. Tapi pada saya ianya adalah sebuah filem yang sangat cemerlang. kalau tak masakan dapat rating 8 di IMDB.
Before Sunrise adalah sebuah drama cinta. Kekuatan filemnya adalah pada dialog-dialognya. Kena dengar betul-betul untuk lebih menghayati. Kerana di situlah magis sebenar filem ini. Memang lebih baik jika anda menontonnya bersama sarikata. Maklumlah telinga melayu ni kekadang agak kurang menangkap apa bunyi butir yang dicakapkan. Tapi jangan la guna sarikata melayu nanti tak sampai pulak maksudnya.
Chemistry antara 2 pelakon utamanya memang cemerlang. Ethan Hawke dan Julie Delpy benar-benar dapat menghayati jalan cerita. Kekadang terasa seolah-olah perbualan mereka adalah perbualan sebenar. Bukannya lakonan mengikut skrip.
Pemandangan sekitar bandar Vienna yang cantik menambahkan lagi seri filem ini. Kita seolah-olah di bawa melancong ke sekitar Vienna. Adegan ketika mereka melawat kedai rekod 2nd hand pastinya membuatkan teman-teman yang deman mengumpul vinyl terliur (heheh..). Kedai rekod tu memang sebenar-benarnya wujud di Vienna. Beroperasi sejak tahun 1948. Sesiapa yang tersesat ke Vienna boleh la cuba cari.
Walaupun cerita ini tidaklah mencapai status box office, tetapi memang sangat direkomen untuk di tonton kerana kelainan jalan ceritanya. Tak perlu cgi, tak perlu lagak ngeri, dialog dan lakonan yang bagus walaupun ceritanya hanya berkisar pada kisah satu malam sudah cukup menjadikan cerita ini pada kelasnya yang tersendiri.
REKOMENDED!

Monday, July 22, 2013
I Hear Black
Lagi thrash yang 20 tahun
Overkill - I Hear Black (1993)
Setelah dihidangkan dengan 2 album klasik thrash, The Years Of Decay (1989) dan Horrorscope (1991), I Hear Black sememangnya sesuatu yang dinanti-nantikan. Perubahan arah tuju muzik metal di awal tahun 90an sememangnya memberi kesan kepada band-band thrash yang lainnya. Overkill juga tidak terkecuali. Di kala thrash metal hampir mati. Tiada lagi falsafah "faster is better". Majoriti band thrash inginkan "Black album" versi mereka, maka untuk Overkill, lahirlah I Hear Black.
Memang ini bukan Overkill yang biasa. Temponya lebih perlahan, gelap dengan melodic dan riff yang lebih catchy. Namun feel ala-ala Black Sabbath yang biasa pada mereka masih ada. Groove ala Pantera juga menjangkiti mereka, jelas kedengaran dalam lagu "World of Hurt". Lagu slow mereka tetap awesome. Pernah saya katakan dulu, band-band thrash memang sedap kalau buat lagu slow. "Shades of Grey" memang sebuah lagu slow thrash yang baik.
Mungkin jika anda mahukan thrash yang laju, anda akan kecewa. Tetapi jika sukakan sound yang berat. I Hear Black sesuai untuk anda. Yang menariknya selain shredding guitars Merritt Gant dan Rob Cannavino, bunyi bass D.D. Verni sangat menonjol. Pastikan anda mempunyai sistem hi-fi yang bagus untuk menikmatinya (heheh..). Dan pada saya Bobby "Blitz" Ellsworth benar-benar menyanyi untuk album ini. Penggunaan vokal terbaik beliau setakat ini.
Kalau ini album experimen, pada saya mereka berjaya. Mereka kembali bermain laju dengan album berikutnya. Kalau ada gelaran Big 5 of thrash, sudah pasti Overkill termasuk dalam pilihan saya.

Overkill,
rock omputeh,
Smells Like Teen Spirit 90's
Sunday, July 21, 2013
Sgt Pepper's Lonely Hearts Club Band
Sgt. Pepper's Lonely Hearts Club Band (1978)
Ini bukan The Beatles. Tapi filem muzikal yang diterbitkan pada tahun 1978 lakonan Peter Frampton dan adik beradik The Bee Gees (Barry, Robin dan Maurice Gibb). Filemnya teruk kena kritik (boleh cari kat youtube, rating 3.5 jer kat IMDB) walaupun barisan pelakonnya bintang-bintang belaka. Aerosmith, Alice Cooper dan Earth Wind And Fire pun ada. Malah boleh juga tengok Steve Martin ketika muda dan menyanyi pulak tu. Memang filem ini menggunakan lagu-lagu Beatles walaupun tidak ada seorang pun anggota Beatles yang terlibat. Cuma George Martin, producer mereka sahaja yang menjadi producer untuk soundtracknya.
Dah tersebut pasal soundtrack. Entri ini sememangnya bukan nak cerita pasal filemnya. Tapi LP ni...
kondisi kavernya agak teruk...tapi isi perutnya masih ok |
Sayangnya LP made ini Malaysia ni (dulu harganya cuma RM6.90) cuma ada satu disc. Soundtrack yang sebenarnya ada 2 disc. Walaupun begitu lagu-lagu penting tetap ada. Menarik juga bila mendengar Peter Frampton, Bee Gees featuring Peter Frampton on guitar, Aerosmith, Alice Cooper malah Earth Wind & Fire membawakan lagu-lagu Beatles. Maklumlah ketika itu zaman disco. Tak kisah lah kalau filemnya flop, tapi siapalah yang tak suka lagu-lagu Beatles kan. Memang best!
Merujuk kepada entri >INI<. Ianya juga di tujukan kepada mereka-mereka yang deman vinyl dan the Beatles, bolehlah layan album ini semoga demam anda semakin kebah.
heheh...
Labels:
1978,
Beatles,
Bee Gees,
LP,
Peter Frampton,
soundtrack,
wayang
Friday, July 19, 2013
Ramadhan 1434
Dah masuk hari ke 10 baru ada semangat nak bercerita perihal puasa. Tahun ni tahun pertama anak bongsu aku belajar berpuasa. Kalau ikut kakak-kakaknya dulu umur 5 tahun dah mula belajar puasa. Yang no 2 kalau tak silap umur 6 tahun dah puasa penuh dah. Tapi yang bongsu ni manja sikit. Tahun ni masuk umur 6 tahun baru nak mula. Itu pun bila tengok kawan-kawan tadika dia ramai yang puasa.
Yang senangnya bab bersahur dia tak banyak kerenah. Sekali kejut dah bangun. Makan pun janji ada koko krunch dan susu sebotol dah kira cukup dah. Nampak sehingga hari ni memang takder masalah. Segar jer sampai waktu berbuka. Masih boleh melompat lagi. Cuma hari pertama jer asyik termintak susu. Tapi bila janji dapat upah terus ok. Memang semua anak aku ajar berpuasa dengan upah. Dulu kakaknya sehari singgit. Tapi yang bongsu ni hari pertama dah mintak 4 hinggit...takper la...janji dia belajar puasa. Tu belum janji-janji mak sedara dan atuknya lagi. Kakak2 pun dah komplen, dulu dorang takder la dapat upah sebanyak ni. Tapi 1, 2 hari ni dia tak tanya upah pun. Mungkin dah terbiasa puasa. Alah budak 6 tahun apa sangat la dia tau pasal duit.
Mungkin ada yang kata tak elok ajar dengan duit. Ajar dia kerana Allah. Aku tak kata cara aku betul. Dulu aku budak pun makbapak aku tak pernah pun bagi duit bila aku belajar puasa. Tapi budak-budak dulu majoriti belajar puasa bila dah sekolah dah. Dah lebih paham apa itu puasa. Sebenarnya tak ada hadis pun yang cakap pada umur berapa yang sesuai untuk anak-anak belajar berpuasa. Apa lah salahnya bagi insentif kepada budak2 umur 5,6 tahun yang tak tau apa-apa pasal puasa supaya mereka lebih bersemangat untuk puasa. Kira sebagai motivasi. Dah sekolah esok tak yah la bagi...time tu dia pun dah paham apa itu puasa....tak pun kalau tak nak bagi duit...buat jer macam orang-orang tua dulu...siapa tak puasa...tak boleh raya. Abis cerita.
Aku dulu terus terang zaman sekolah rendah memang banyak hari yang gagal nak puasa penuh. Awal puasa biasanya ok...takder hal....tapi bila masuk hari ke 20 puasa...mak aku dah start buat kuih...memang godaan yang tak boleh tahan la...tambah-tambah mak suh tolong cetak kuih semperit, mengentel kuih siput, buat kuih ros dan yang paling tak tahan bila mak buat kuih favourite aku...tempeyek....adoiii...meleleh air liur sambil mengoreng kat kuali tu....ini lah masanya yang aku selalu gagal nak abiskan puasa....heheh..
Tapi tu la...seronok zaman dulu-dulu...kesian budak-budak sekarang tak merasa tengok mak dia buat kuih...semua pun kuih tunjuk-tunjuk kan...suasana nak raya tu makin lama makin kurang meriah...tu pasal aku cadangkan dengan wife...tahun ni kita buat sendiri kuih raya. Tapi wife aku jawap.."Hah...apa??"......aduhai....

Kakak2 duk asrama...sesekali dapat berbuka kat rumah memang kena pau makan kat luar la jawapnya |
Aku dulu terus terang zaman sekolah rendah memang banyak hari yang gagal nak puasa penuh. Awal puasa biasanya ok...takder hal....tapi bila masuk hari ke 20 puasa...mak aku dah start buat kuih...memang godaan yang tak boleh tahan la...tambah-tambah mak suh tolong cetak kuih semperit, mengentel kuih siput, buat kuih ros dan yang paling tak tahan bila mak buat kuih favourite aku...tempeyek....adoiii...meleleh air liur sambil mengoreng kat kuali tu....ini lah masanya yang aku selalu gagal nak abiskan puasa....heheh..
Tapi tu la...seronok zaman dulu-dulu...kesian budak-budak sekarang tak merasa tengok mak dia buat kuih...semua pun kuih tunjuk-tunjuk kan...suasana nak raya tu makin lama makin kurang meriah...tu pasal aku cadangkan dengan wife...tahun ni kita buat sendiri kuih raya. Tapi wife aku jawap.."Hah...apa??"......aduhai....
Wednesday, July 17, 2013
Tuesday, July 16, 2013
Forever And Ever
Untuk En PC Kokak yang sayang Kak Pah.
Sharifah Aini - Forever And Ever LP (1977)
Siapa zaman sekarang berani bergambar letak bunga orkid kat kepala?...klasik!!!
Track List -
Forever And Ever (Stylianos Vlavianos/ R Cosntandinos)
I Know (Yvonne Elliman)
You Make Me Feel Like A Woman (Paul Layton/ Marty Kristian/ Danny Finn)
My Broken Souvenirs (Werner Theunissen)
Help Is On Its Way (Glenn Shorrock)
Midnight Blue (Carole Bayer Sager/ Melissa Manchester)
Will You Still Love Me Tomorrow/A Little Bit More (Gerry Goffin / Carole King/ Bobby Gosh)
I'd Never Find Another You (Gery Goffin/ Carole King)
Without You (Peter Ham/ Tom Evans)
Nothing To Hide (Eddy Hilberts)
Groovy Kind Of Love (Carole Bayer Sager/ Toni Wine)
Kisses In The Rain (Tony Yeong)
Angel Of The Morning (Chip Taylor)
Penerbit : Reggie Verghese
Terbitan : EMI 1977
Jangan ingat Kak Pah takder album omputeh. Ini album inggeris pertama Kak Pah. Walaupun semua lagu cover version tapi lagu-lagunya memang sedap. Yang menariknya diction dan sebutan bahasa inggerisnya memang tip top...tak bunyi melayu. Khabarnya Kak Pah ambik kelas bahasa inggeris secara intensif semata-mata untuk rakaman album ni. Kalau artis sekarang jangan harap la...cuba dengar Siti Nurhaliza punya lagu omputeh...hampeh!!
Satu rahsia aku nak kongsi...mak aku cerita...satu masa dulu masa kami menetap di Kampung Majidee, Johor Bahru, rumah atok Kak Pah adalah berdekatan dengan rumah kami. Maka kiranya kami adalah jiran...Dia sejak kecik dah menyanyi dan cukup pandai mengaji. Suara memang sedap...Nak di jadikan cerita...Masa aku baby...badan semangat...ramai geram tengok dan nak dukung...termasuklah Kak Pah...semasa dia datang melawat rumah...dia dukung aku....iyer...cerita benar...Kak Pah pernah dukung aku....comel sangat baby ni katanya....ni mak aku cerita la...tak kan la mak aku nak tipu pulak...kan??....hahahaha...yang lebih respeknya...itu kejadian di tahun 1971...tahun dia dah bergelar artis dah...tak menyombong la maknanya tu....
Oleh itu...PC Kokak kita geng...saya juga sayang Kak Pah. :P

Monday, July 15, 2013
Independent
Lagi thrash yang dah tua 20 tahun...
Sacred Reich - Independent (1993)
Sacred Reich ketika album The American Way adalah sebuah band thrash yang hampir sampai ke garisan kejayaan. Sayangnya jaraknya yang agak terlalu lama untuk mengeluarkan Independent disamping genre thrash metal yang semakin merundum di tahun 1993, mereka tenggelam.
Walaubagaimanapun, mereka sentiasa mempunyai soft spot di dalam hati saya. Saya suka "Surf Nicaragua" manakala "Who's To Blame" adalah antara lagu yang rakan sebilik saya (semasa di ITM) suka walaupun dia bukanlah peminat metal. Tambahan pula ianya menjadi inspirasi brother Gayour untuk siri kartun popularnya "Siapa Yang Harus Disalahkan".
Tapi itu album lama mereka, Independent sedikit berbeza. Tempias sound 90an juga melanda mereka. Mungkin kerana producernya adalah orang yang sama menerbitkan Alice In Chain - The Dirt. Lagu-lagu mereka lebih perlahan atau mid tempo. Tapi bukanlah bermakna tak bagus. Masih thrash walaupun sedikit terpengaruh budaya groove ala Pantera. Lagu-lagu seperti "Independent", "Supremacy", "Free" dan mungkin juga "I Never Said Goodbye" adalah lagu yang bagus. Saya suka. Sayangnya ianya tidak konsisten. Phil Rind masih bagus vokalnya walaupun semakin berisi.
Sebuah album thrash 90an yang menariknya sebenarnya. Tapi tak lah mencapai tahap klasik. Hanya sekadar tidak menghampakan. Boleh la...
Sacred Reich - Independent (1993)
Sacred Reich ketika album The American Way adalah sebuah band thrash yang hampir sampai ke garisan kejayaan. Sayangnya jaraknya yang agak terlalu lama untuk mengeluarkan Independent disamping genre thrash metal yang semakin merundum di tahun 1993, mereka tenggelam.
Tapi itu album lama mereka, Independent sedikit berbeza. Tempias sound 90an juga melanda mereka. Mungkin kerana producernya adalah orang yang sama menerbitkan Alice In Chain - The Dirt. Lagu-lagu mereka lebih perlahan atau mid tempo. Tapi bukanlah bermakna tak bagus. Masih thrash walaupun sedikit terpengaruh budaya groove ala Pantera. Lagu-lagu seperti "Independent", "Supremacy", "Free" dan mungkin juga "I Never Said Goodbye" adalah lagu yang bagus. Saya suka. Sayangnya ianya tidak konsisten. Phil Rind masih bagus vokalnya walaupun semakin berisi.
Sebuah album thrash 90an yang menariknya sebenarnya. Tapi tak lah mencapai tahap klasik. Hanya sekadar tidak menghampakan. Boleh la...
Labels:
1993,
kaset,
rock omputeh,
Sacred Reich,
Smells Like Teen Spirit 90's
Friday, July 12, 2013
Something Wicked
Lagi thrash yang dah 20 tahun
Nuclear Assault - Something Wicked (1993)
Penat nak tulis benda yang sama. Era 90an adalah era nyawa-nyawa ikan thrash. Majoriti yang mengaku thrash telah pun berevolusi. Nuclear Assault juga tidak terkecuali.
Dengan tiadanya watak penting Nuclear Assault, Dan Lilker dan gitarist Anthony Bramante, ramai yang seolah-olah mengabaikan album ini. Tetapi jangan silap. Album ini agak bagus sebenarnya. Mungkin ini bukanlah seperti "Handle With Care". Tetapi jika anda peminat Abang Mus dan menyukai album seperti "Countdown to Extinction", pasti anda mudah memahami album ini. Dari segi teknikal permainannya memanglah Megadeth bukannya lawannya...tetapi dari feel dan soundnya memang menuju ke arah itu. Banyak lagu dan solonya yang betul-betul mengingatkan saya kepada Megadeth. Nampaknya John Connelly adalah mat metal di bawah kem Mustaine...heheh..
Something Wicked adalah salah satu album yang saya cari bila ada masa dan ketikanya saya teringinkan lagu-lagu thrashy yang melodic dan tidak terlalu laju dan keras. Sesuatu yang saya suka mereka tidak cuba untuk menjadi groove ala Pantera. Nuclear Assault tetap Nuclear Assault walaupun mereka menjadi perlahan.
Track pilihan - "Something Wicked", "Another Violent End","Behind Glass Walls", "No Time".
Terbaik dari East Coast Thrash...hanya ketinggalan sedikit di belakang Anthrax dan Overkill semestinya.

Nuclear Assault,
rock omputeh,
Smells Like Teen Spirit 90's
Thursday, July 11, 2013
Nothing to Gain
Thrash yang dah 20 tahun....
Vio-Lence - Nothing to Gain (1993)
Vio-Lence adalah antara beratus buah band dari Bay Area yang muncul di zaman kegemilangan thrash metal. Dengan album seperti Eternal Nightmare dan Oppressing The Masses, mereka sempat juga merasa tempias kegemilangan tersebut.
Saya mula diperkenalkan dengan muzik mereka bersama-sama dengan kumpulan Forbidden. (band asal gitaris mereka, Robb Flynn). Walaubagaimanapun meraka agak kurang mendapat perhatian saya. Maklumlah pada ketika itu terlalu banyak kumpulan yang mahu dicuba. Saya tidak mempunyai apa-apa material mereka melainkan yang di pinjamkan kawan-kawan sehinggalah album Nothing to Gain ini. Tetapi memori utama saya berkenaan Vio-Lence sudah semestinya keunikan vokalist mereka Sean Killian. Jenis yang samada anda akan suka atau meluat terus.
Mungkin terkesan dengan kejayaan Black album dan Vulgar Display of Power. Vio-Lence juga seakan mula menukar arah. Album ni masih thrash, tetapi tidak lagi selaju seperti album-album sebelumnya. Elemen groove ala-ala Pantera mula mempengaruhi muzik mereka. Mungkin perkara ini menjadikan mereka bercelaru. Ini adalah album terakhir mereka sebelum Robb Flynn meninggalkan mereka dan menubuhkan Machine Head. Kemudiannya seorang lagi gitaris mereka, Phil Demmel juga menganggotai Machine Head. Maka berakhirlah riwayat Vio-Lence.
Saya tak pasti manakah yang lebih bagus antara Machine Head dan Vio-Lence kerana saya tidak pernah mengikuti muzik Machine Head. Yang pastinya Vio-Lence adalah thrash tetapi Machine Head tidak.

Vio-Lence
Tuesday, July 9, 2013
Wasted Sunsets
One too many wasted sunsets
One too many for the road
And after dark the door is always open
Hoping someone else will show...
"SELAMAT BERTARAWIH"
Monday, July 8, 2013
Vs Selangor
Liga Super 6hb Julai 2013
Johor Darul Takzim 1 Selangor 1
(Leonel Nunez 22')
Lambat update....sebenarnya hampir2 malas nak update pasal aku demam. Minggu lepas 3 hari MC...ni pun tak berapa kebah lagi...rasa tak larat nak menaip...tapi gitu2 pun sempat jugak pergi Larkin...aku buat rengkas2 ajer la...
1- Takder gambo tiket...lupa nak tangkap dan dah terbuang. Walaupun sebenarnya demam...laratkan juga untuk pergi tengok semata-mata kerana ini perlawanan terakhir liga. Kira rekod juga ni. Tak pernah seumur hidup...ini kali pertama aku tak pernah miss setiap game Liga dan Piala FA kat Larkin. Nanti masuk Piala Malaysia tak pasti apakah aku larat nak pergi setiap game macam ni....kekadang tu rasa letih juga la...
2- Mungkin pasal last game...penentuan tempat ke2 pulak tu...Mat rempit, minah motor pun turun tengok game...abis sesak giler Larkin. Semua nak trendy. Ni kira macam kes Metallica la...yang takat tau "Enter Sandman" dan "Nothing Else Matters" pun semua nak pergi.. Dah la aku tak sihat....sakit telinga aku dengar perbualan couple kat sebelah aku dan beberapa orang kat belakang aku yang dengar dia punya cerita pun aku sure dia orang ni apa pun tak tau pasal bola...ntah2 tak kenal pun Awe tu siapa....tapi nak buat camnerkan...duit dia yang beli tiket...
3- Suasana meriah macam biasa...nyanyi2 semua...memang happening...aku jer yang tak...demam la kan....dorang cuba nak buat suasana macam kat SNBJ hari tu...kira menjadi la jugak...paling best rasanya masa last 15 minit...satu stadium menyanyi...memang meriah...B.O.S dan penyokong JDT membuktikan dorang memang paling happening untuk liga 2013.
4 - Tentangg game...walaupun seri...tapi perasaannya macam kalah. JDT gagal untuk ke Piala AFC tahun depan....sekadar dapat no 3...tapi takper la...team yang baru di bentuk tak sampai setahun pun tapi dah berjaya mencapai tahap sebegini rasanya kira dah ok dah...kita masih ada Piala Malaysia dan secara realistiknya pun target JDT adalah musim depan...Permainan malam tu ok sebenarnya...jauh lebih ok dari masa final Piala FA....tapi mungkin takder luck kot....
5 - Tapi sebenarnya yang paling menarik adalah apa yang berlaku selepas game. Larkin berpesta. Siap bunga api macam nak sambut tahun baru. Pembakaran flare dimana2...menyanyi tak berhenti2....macam tak nak balik dorang ni...sayangnya oleh kerana aku tak sihat...aku tak berapa nak enjoy saat tu...asap banyak sangat....naik pening kepala aku
6 - Respek juga penyolong Selangor...sempat dorang menyanyikan lagu terimakasih semasa penyokong JDT keluar stadium. Tetamu yang baik akan disambut juga dengan baik. Apa lah pasal bola pun nak bergaduh kan..
7 - Dah....aku tak larat dah nak menaip...banyak benda dalam kepala...tapi tangan dah tak larat....semoga berjumpa la di perlawanan Piala Malaysia..
"LUASKAN KUASAMU"
Johor Darul Takzim 1 Selangor 1
(Leonel Nunez 22')
Lambat update....sebenarnya hampir2 malas nak update pasal aku demam. Minggu lepas 3 hari MC...ni pun tak berapa kebah lagi...rasa tak larat nak menaip...tapi gitu2 pun sempat jugak pergi Larkin...aku buat rengkas2 ajer la...
Make-up baru Larkin....view ala2 tket RM195 Metallica |
hujan resit... |
3- Suasana meriah macam biasa...nyanyi2 semua...memang happening...aku jer yang tak...demam la kan....dorang cuba nak buat suasana macam kat SNBJ hari tu...kira menjadi la jugak...paling best rasanya masa last 15 minit...satu stadium menyanyi...memang meriah...B.O.S dan penyokong JDT membuktikan dorang memang paling happening untuk liga 2013.
4 - Tentangg game...walaupun seri...tapi perasaannya macam kalah. JDT gagal untuk ke Piala AFC tahun depan....sekadar dapat no 3...tapi takper la...team yang baru di bentuk tak sampai setahun pun tapi dah berjaya mencapai tahap sebegini rasanya kira dah ok dah...kita masih ada Piala Malaysia dan secara realistiknya pun target JDT adalah musim depan...Permainan malam tu ok sebenarnya...jauh lebih ok dari masa final Piala FA....tapi mungkin takder luck kot....
5 - Tapi sebenarnya yang paling menarik adalah apa yang berlaku selepas game. Larkin berpesta. Siap bunga api macam nak sambut tahun baru. Pembakaran flare dimana2...menyanyi tak berhenti2....macam tak nak balik dorang ni...sayangnya oleh kerana aku tak sihat...aku tak berapa nak enjoy saat tu...asap banyak sangat....naik pening kepala aku
6 - Respek juga penyolong Selangor...sempat dorang menyanyikan lagu terimakasih semasa penyokong JDT keluar stadium. Tetamu yang baik akan disambut juga dengan baik. Apa lah pasal bola pun nak bergaduh kan..
"LUASKAN KUASAMU"
Friday, July 5, 2013
Metallica live in KL
Dah semua orang cerita pasal Metallica..aku pun ikut ajer la...kang tak trendy pulak nanti...heheh..
Ni pun kira dah lambat dah ni...pasal aku nak cari dulu apa cd-cd zaman "kegemilangan" Metallica yang aku ada...nampaknya aku cuma takder St. Anger dan Lulu...kiranya aku lulus la kot nak jadi fanboy Metallica. Yahoooo...
So aku nak pergi ke tak ni?...kawan aku pesan kalau nak beli tiket yang paling murah tu cepat-cepat sikit...takut sold out...ini Metallica beb...mat rempit, mat k-pop, mat dangdut malah indon kontrak pun nak pergi....
btw...kalau ada sapa2 yang dah menyesal beli tiket Singapore...jangan bimbang beb...jual murah-murah dalam RM250...konpem aku ambik....hahahaha...

Wednesday, July 3, 2013
Shout at the Devil
Lagi sebuah album heavy metal klasik yang menyambut ulangtahun ke 30...
Mötley Crüe - Shout at the Devil (1983)
Beberapa minggu yang lepas semasa memandu sambil mendengar lagu Shout At The Devil di dalam kereta, kedua-dua anak perempuan sulung dan kedua saya secara tiba-tiba menyanyikan chorusnya bersama. Pelik juga, darimana mereka tahu sedangkan mereka memang tak minat rock dan tak pernah mengusik koleksi cd-cd saya. Dan saya kebiasaanya mendengar lagu-lagu rock/metal secara bersendirian dan kadang kala bila pemanduan jarak jauh. Rupa-rupanya ini semua adalah angkara game Guitar Heroes. Terbukti muzik yang catchy, tak kira genre, didengar secara berulang-ulang akan membuatkan kita suka. Dan sempat saya katakan kepada anak-anak saya, nampak tak...lagu-lagu yang abah dengar ni sebenarnya sedap-sedap belaka...sama sedap macam lagu K-pop kan?...hehehe..
Shout At The Devil, lagunya memang sedap, albumnya apatah lagi. Ini adalah album Mötley Crüe kegemaran saya. Takder lagu yang tak sedap. Ini adalah zaman terbestest Mötley Crüe. Walaupun dari segi sound, ianya tak lah sehebat zaman Bob Rock. Tetapi soundnya yang kasar dan raw itulah yang saya suka dimana bunyi gitar adalah kedepan berbanding zaman Dr Feelgood. Inilah sound heavy metal 80an yang cukup saya suka.
Ketika zaman saya sekolah dulu, imej ganas, conteng muka, leather dan pentagram mereka inilah yang menjadi ikutan remaja. Tengok sahaja lah cara pakaian SYJ. Sebelum black metal, mereka dah pentagram dah. Kaver cd ni pun dulunya pernah kena ban. (Cd remastered kepunyaan saya ni mengekalkan gambar asal...ada cd yang letak gambar band). Sayangnya mereka adalah band yang suka berubah. Logo pun tak pernah sama. Album-album berikutnya mereka mula menjadi komersil dengan lagu-lagu yang agak bluesy dan saya juga mula meninggalkan mereka bila zaman thrash melanda.
Shout At The Devil mengandungi lagu-lagu yang sedap-sedap belaka. Semua pun legend. Kalau ada yang kata Motley Crue cheesy, cuba dengar lagu "Red Hot". Memang power. Lagu syiok untuk pemanduan lewat malam. Tak hairan lah kenapa FTG pernah kaver lagu ni dalam album Made In Malaysia mereka.
"Shout at the Devil", "Looks That Kill","Too Young to Fall in Love", "Ten Seconds to Love" adalah antara anthem zaman remaja saya. Lagu yang melambangkan sound heavy metal 80an yang sebenar. Manakala lagu pendek "God Bless the Children of the Beast" banyak mengingatkan saya kepada lagu slow rock UFO. Dan "Helter Skelter" pula membangkitkan keinginan saya untuk megenali Beatles.
REKOMEMDED!

Motley Crue,
rekomended,
rock omputeh,
Youth Gone Wild 80's
Monday, July 1, 2013
Final Piala FA 2013
Final Piala FA
29hb Jun 2013
Stadium Nasional Bukit Jalil
Kelantan 1 Johor Darul Takzim 0
Bebelan seperti biasa...lambat update pasal malam tadi baru sampai (kes pergi shoping sebelum balik...heheh)...dan pagi ni agak bz di opis...
1- Aku bergerak ke KL sebelah malam. Takut jem kalau gerak pagi sabtu...kang tersaing pulak dengan konvoi bas yang beratus tu...tak larat. Tapi nampaknya malam pun jem. Suasana kat hiway PLUS tu rasanya macam suasana nak balik kampung time raya. R&R pun sesak. Tapi yang seronoknya jumpa ramai yang pakai baju JDT...maknanya tu semua geng-geng nak pergi Bukit Jalil la tu
2- Pagi sabtu tu sempat lagi bershoping. Orang rumah nak cari baju raya anak. Singgah di Kenanga Wholesales. Ni tempat memang murah...terutama kalau nak cari baju perempuan. Kat situ pun banyak jumpa yg pakai baju JDT dan TRW. Ni semua jenis macam aku. Alang-alang dah sampai KL la kan...tapi sorry pada En Rafi. Tak sempat nak jumpa...aku bawak rombongan Cik Kiah ke Bukit Jalil. Terpaksa la ikut suara majoriti...takkan nak ajak bini cari LP kat Amcorp Mall pulak kan...heheh...
3- Aku tidur Sepang, bergerak ke SNBJ lebih kurang pukul 4...tak lah jauh sangat sebenarnya...tapi disebabkan susahnya nak parking, dekat pukul 6 baru dapat masuk stadium. Cari parking kosong tu sebenarnya tak lah susah. Yang susahnya pasal kawasan parking untuk Johor adalah di sebelah belakang...maka terpaksa la tawaf stadium..kat situ yang jem...pasal ramai org parking tepi jalan...kes biar berjalan kaki jauh...janji time balik nanti senang...member aku yang naik lrt lagi cepat sampai...

Masuk awal ni kalau duduk kat area aku yang mengadap matahari memang berpeluh la...panas giler...nasib jugak JDT ada kasi kertas warna merah biru tu...boleh jugak buat kaver matahari... |
3- Aku tidur Sepang, bergerak ke SNBJ lebih kurang pukul 4...tak lah jauh sangat sebenarnya...tapi disebabkan susahnya nak parking, dekat pukul 6 baru dapat masuk stadium. Cari parking kosong tu sebenarnya tak lah susah. Yang susahnya pasal kawasan parking untuk Johor adalah di sebelah belakang...maka terpaksa la tawaf stadium..kat situ yang jem...pasal ramai org parking tepi jalan...kes biar berjalan kaki jauh...janji time balik nanti senang...member aku yang naik lrt lagi cepat sampai...
Keadaan stadium beberapa minit sebelum pukul 6...ada juga mat salleh jadi penyokong JDT...sempoi jer dia walaupun time ni panas terik... |
4- Pkl 6...seat belah Kelantan dah penuh sesak...belah Johor lapang lagi...pelik jugak...rupa-rupanya kebanyakan rombongan bas dari Johor lambat sampai. Dengar cerita ramai yang tak dapat bas...terkandas kat Larkin...mungkin kes penganjur gagal nak dapatkan tiket. Masalah pembahagian tiket ni memang kecoh la...
5- Suasana pintu masuk JDT...tenang...aman damai...tapi belah TRW dengarnya kecoh...siap ada pagar roboh...orang masuk free...ni aku baca kat suratkabar la...tapi mungkin jugak la...pasal belum pukul 7, penonton TRW dah sendat...polis siap kena tambahkan seat...tapi bila semua penyokong JDT dah masuk....sama jadi sendat...ramai yang duduk kat tangga dan kesian jugak yang tak dapat duduk kena berdiri sepanjang game...tapi aku tak paham kenapa polis tak nak tambahkan seat JDT...ada bahagian contohnya tingkat 3 yang takder pagar, penonton duduk rapat sebelah menyebelah...tapi yang tingkat 2 walaupun berpagar...kena jarakan dengan kosongkan seat yang rasanya boleh muat beratus...yang TRW dorang tambah boleh duduk sampai ke pagar...tapi JDT tak boleh...tak kesian ker abang2 polis tu tengok yang pompuan dan budak2 pun tak dapat tempat duduk.
6- Masa masuk kabarnya tiket nak kena scan bagai, tapi masa aku masuk takder pun...check pun takat tanya ada bawak lighter tak...ada yang tiket pun tak kena koyak...tu kalau boleh keluar...boleh jadi ulat jual balik tiket tu...

Lautan biru...memang hebat... |
7- Walaupun game kita kalah...tapi bab penyokong dan B.O.S...aku rasa kita menang besar...memang sorak pun jadi lah...hahaha...tapi memang betul...penyokong JDT lebih seragam...suasana sebelum game memang dimeriahkan oleh penyokong Johor...Apa yang B.O.S buat dan nyanyi hampir semua penyokong buat dan ikut...suruh pusing belakang...ikut...angkat tangan...ikut....tepuk tangan...ikut...pusing mafla...ikut...nyanyi satu stadium bergema....bab ni yang penyokong Kelantan kalah....dorang bila nyanyi...satu bahagian jer yang nyanyi....yang lain jenis penonton makan kuaci...
8- Walaupun JDT ni team baru nak naik, tapi ultras lain nampaknya kena belajar dengan B.O.S macammana nak tarik crowd ikut...paling penting lagu lirik pendek...mudah dan mesti catchy...senang orang nak ikut singalong...tambah pulak B.O.S ni selalu praktis kat tempat2 awam...so warga JB terutamanya dah paham dah step2 yang nak kena buat masa menyanyi tu....ni aku tengok Kelantan yang semua pun boleh ikut nyanyi cuma lagu "Kita mesti menang"...ni tak aci la...semua ultras pun kalau menang memang nyanyi lagu ni...tapi bab lagu sendiri...dorang hampeh...
9- Tapi bab game, memang kita hampeh...kena gol awal pulak tu...sedikit sebanyak menganggu kemeriahan penonton...slow down sikit dah bab bersorak...tak macam sebelum game...penonton ramai dah muka ketat...tension tengok cara dorang main...JDT main terlalu open..takder urgency macam TRW...midfield hancus...2nd half baru ok sikit...arghhh...letih arr nak cerita pasal game...siapa yang tengok game tu pun tau kan....
10- Tapi takper la...mungkin takder luck...setelah asyik bernasib baik ajer sepanjang Piala FA ni kan...Kira pencapaian yang bagus jugak la...ni team baru nak naik...pencapaian dapat masuk final tu kira dah alrite dah....musim depan boleh cuba lagi...Tahniah la TRW.
11- Yang respeknya penyokong JDT...game abis pun masih ramai yang tunggu...siap boleh menyanyi lagi...tetap meriah...takder hal punya...keluar stadium pun happy2 lagi...aku selisih budak2 TRW salam dan ucap tahniah semua....tak pulak aku nampak kecoh2 gaduh ker apa...kat belah lain aku tak tau la...tapi ramai orang cakap...kalau lah JDT yang menang...agak2 boleh aman tak waktu balik...belum game pun pagar dah roboh....
12 - Waktu balik memang sesak..bukan sahaja yang naik kereta...yang jalan kaki pun dengarnya jem kat jejantas...aku malas nak bersesak dan dari mengabiskan minyak kereta yang jem tak bergerak...lebih baik kita orang lepak2 berpiknik sambil makan2...lebih kurang pukul 1 pagi baru clear jalan...tu pun aku nampak masih banyak rombongan bas yang tak gerak lagi...dengarnya ada yang sesat cari bas tak jumpa...macam2 hal...
13- Apa lagi aku nak cakap ek...bab kalah tu memang frust jugak la...tapi bab suasana kat stadium tu memang best la...sangat happening...aku sampai serak suara dah ni...mungkin yang tak pernah merasa duduk dalam stadium sendat sampai 100k tak akan paham la...dia macam kita tengok tv cerita duduk kat tepi pantai...dengan kita sendiri betul2 berada di tepi pantai....memang 2 benda yang berbeza...
14 - Panjang dah aku merapu ni...apa yang terpikir terus taip jer...cilok2 masa menaip ni...jika ada yang tak setuju dengan apa yang aku taip...atau ada benda yang aku terlupa....maaf ajer la....harap2 JDT akan ke final lagi....dan harapnya ini bukan kali terakhir aku ke sini....
*kali ni takder gambar anak...aku tak bawak anak...nasib jugak tak bawak...sesak dan sendat kat semua laluan...nak keluar gi toilet pun takder jalan...kalau dah turun...nak naik balik memang satu hal la...
LUASKAN KUASAMU!
SNBJ di Larkin kan....pemandangan ini hanya boleh disaksikan di belah penyokong JDT |

Lagi Bukit Jalil di Larkin kan....view yang tak akan jumpa di TRW |
11- Yang respeknya penyokong JDT...game abis pun masih ramai yang tunggu...siap boleh menyanyi lagi...tetap meriah...takder hal punya...keluar stadium pun happy2 lagi...aku selisih budak2 TRW salam dan ucap tahniah semua....tak pulak aku nampak kecoh2 gaduh ker apa...kat belah lain aku tak tau la...tapi ramai orang cakap...kalau lah JDT yang menang...agak2 boleh aman tak waktu balik...belum game pun pagar dah roboh....
12 - Waktu balik memang sesak..bukan sahaja yang naik kereta...yang jalan kaki pun dengarnya jem kat jejantas...aku malas nak bersesak dan dari mengabiskan minyak kereta yang jem tak bergerak...lebih baik kita orang lepak2 berpiknik sambil makan2...lebih kurang pukul 1 pagi baru clear jalan...tu pun aku nampak masih banyak rombongan bas yang tak gerak lagi...dengarnya ada yang sesat cari bas tak jumpa...macam2 hal...
susana lepas abis dan penyampaian hadiah...B.O.S tak balik2 lagi... |
13- Apa lagi aku nak cakap ek...bab kalah tu memang frust jugak la...tapi bab suasana kat stadium tu memang best la...sangat happening...aku sampai serak suara dah ni...mungkin yang tak pernah merasa duduk dalam stadium sendat sampai 100k tak akan paham la...dia macam kita tengok tv cerita duduk kat tepi pantai...dengan kita sendiri betul2 berada di tepi pantai....memang 2 benda yang berbeza...
14 - Panjang dah aku merapu ni...apa yang terpikir terus taip jer...cilok2 masa menaip ni...jika ada yang tak setuju dengan apa yang aku taip...atau ada benda yang aku terlupa....maaf ajer la....harap2 JDT akan ke final lagi....dan harapnya ini bukan kali terakhir aku ke sini....
*kali ni takder gambar anak...aku tak bawak anak...nasib jugak tak bawak...sesak dan sendat kat semua laluan...nak keluar gi toilet pun takder jalan...kalau dah turun...nak naik balik memang satu hal la...
LUASKAN KUASAMU!
Subscribe to:
Posts (Atom)