Monday, July 8, 2013

Vs Selangor

Liga Super 6hb Julai 2013

Johor Darul Takzim 1  Selangor 1
(Leonel Nunez 22')


Lambat update....sebenarnya hampir2 malas nak update pasal aku demam. Minggu lepas 3 hari MC...ni pun tak berapa kebah lagi...rasa tak larat nak menaip...tapi gitu2 pun sempat jugak pergi Larkin...aku buat rengkas2 ajer la...

Make-up baru Larkin....view ala2 tket RM195 Metallica
1- Takder gambo tiket...lupa nak tangkap dan dah terbuang. Walaupun sebenarnya demam...laratkan juga untuk pergi tengok semata-mata kerana ini perlawanan terakhir liga. Kira rekod juga ni. Tak pernah seumur hidup...ini kali pertama aku tak pernah miss setiap game Liga dan Piala FA kat Larkin. Nanti masuk Piala Malaysia tak pasti apakah aku larat nak pergi setiap game macam ni....kekadang tu rasa letih juga la...

hujan resit...
2- Mungkin pasal last game...penentuan tempat ke2 pulak tu...Mat rempit, minah motor pun turun tengok game...abis sesak giler Larkin. Semua nak trendy. Ni kira macam kes Metallica la...yang takat tau "Enter Sandman" dan "Nothing Else Matters" pun semua nak pergi.. Dah la aku tak sihat....sakit telinga aku dengar perbualan couple kat sebelah aku dan beberapa orang kat belakang aku yang dengar dia punya cerita pun aku sure dia orang ni apa pun tak tau pasal bola...ntah2 tak kenal pun Awe tu siapa....tapi nak buat camnerkan...duit dia yang beli tiket...



3- Suasana meriah macam biasa...nyanyi2 semua...memang happening...aku jer yang tak...demam la kan....dorang cuba nak buat suasana macam kat SNBJ hari tu...kira menjadi la jugak...paling best rasanya masa last 15 minit...satu stadium menyanyi...memang meriah...B.O.S dan penyokong JDT membuktikan dorang memang paling happening untuk liga 2013.



4 - Tentangg game...walaupun seri...tapi perasaannya macam kalah. JDT gagal untuk ke Piala AFC tahun depan....sekadar dapat no 3...tapi takper la...team yang baru di bentuk tak sampai setahun pun tapi dah berjaya mencapai tahap sebegini rasanya kira dah ok dah...kita masih ada Piala Malaysia dan secara realistiknya pun target JDT adalah musim depan...Permainan malam tu ok sebenarnya...jauh lebih ok dari masa final Piala FA....tapi mungkin takder luck kot....



5 - Tapi sebenarnya yang paling menarik adalah apa yang berlaku selepas game. Larkin berpesta. Siap bunga api macam nak sambut tahun baru. Pembakaran flare dimana2...menyanyi tak berhenti2....macam tak nak balik dorang ni...sayangnya oleh kerana aku tak sihat...aku tak berapa nak enjoy saat tu...asap banyak sangat....naik pening kepala aku



6 - Respek juga penyolong Selangor...sempat dorang menyanyikan lagu terimakasih semasa penyokong JDT keluar stadium. Tetamu yang baik akan disambut juga dengan baik. Apa lah pasal bola pun nak bergaduh kan..


7 - Dah....aku tak larat dah nak menaip...banyak benda dalam kepala...tapi tangan dah tak larat....semoga berjumpa la di perlawanan Piala Malaysia..



"LUASKAN KUASAMU"







8 comments:

  1. Demam2 pun pegi jugak?takda rezeki JDT..sedeyy

    ReplyDelete
  2. semangat betul... steadylah... harap tahun depan juara liga...

    ReplyDelete
  3. Seriously lawa stadium larkin sekarang...respect la

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. jumpa di stadium merdeka, saya dan es shafid di ruang tiket pprt.

    ReplyDelete
  6. setuju ko cakap.. ok la orang tahu enter sandman dan nothing else matters sibuk, ok dorang berhak pasal dorang pun suka Metallica,
    tapi peminat2 yang hafal seluruh first 4 albums, dan jugak garage days rerevisited, mungkin tak dapat pergi pasal harga tiket.
    Macam unfair gitu.


    anyway love your larkin stadium pics

    ReplyDelete
  7. Tak dapat pergi Champions League. Always next year.

    ReplyDelete