Tuesday, July 16, 2013

Forever And Ever

Untuk En PC Kokak yang sayang Kak Pah.


Sharifah Aini - Forever And Ever LP (1977)

Siapa zaman sekarang berani bergambar letak bunga orkid kat kepala?...klasik!!!


Track List - 

Forever And Ever (Stylianos Vlavianos/ R Cosntandinos)
I Know (Yvonne Elliman)
You Make Me Feel Like A Woman (Paul Layton/ Marty Kristian/ Danny Finn)
My Broken Souvenirs (Werner Theunissen)
Help Is On Its Way (Glenn Shorrock)
Midnight Blue (Carole Bayer Sager/ Melissa Manchester)

Will You Still Love Me Tomorrow/A Little Bit More (Gerry Goffin / Carole King/ Bobby Gosh)
I'd Never Find Another You (Gery Goffin/ Carole King)
Without You (Peter Ham/ Tom Evans)
Nothing To Hide (Eddy Hilberts)
Groovy Kind Of Love (Carole Bayer Sager/ Toni Wine)
Kisses In The Rain (Tony Yeong)
Angel Of The Morning (Chip Taylor)

Penerbit : Reggie Verghese
Terbitan : EMI 1977


Jangan ingat Kak Pah takder album omputeh. Ini album inggeris pertama Kak Pah. Walaupun semua lagu cover version tapi lagu-lagunya memang sedap. Yang menariknya diction dan sebutan bahasa inggerisnya memang tip top...tak bunyi melayu. Khabarnya Kak Pah ambik kelas bahasa inggeris secara intensif semata-mata untuk rakaman album ni. Kalau artis sekarang jangan harap la...cuba dengar Siti Nurhaliza punya lagu omputeh...hampeh!!




Satu rahsia aku nak kongsi...mak aku cerita...satu masa dulu masa kami menetap di Kampung Majidee, Johor Bahru, rumah atok Kak Pah adalah berdekatan dengan rumah kami. Maka kiranya kami adalah jiran...Dia sejak kecik dah menyanyi dan cukup pandai mengaji. Suara memang sedap...Nak di jadikan cerita...Masa aku baby...badan semangat...ramai geram tengok dan nak dukung...termasuklah Kak Pah...semasa dia datang melawat rumah...dia dukung aku....iyer...cerita benar...Kak Pah pernah dukung aku....comel sangat baby ni katanya....ni mak aku cerita la...tak kan la mak aku nak tipu pulak...kan??....hahahaha...yang lebih respeknya...itu kejadian di tahun 1971...tahun dia dah bergelar artis dah...tak menyombong la maknanya tu....

Oleh itu...PC Kokak kita geng...saya juga sayang Kak Pah. :P






16 comments:

  1. agak agak sekarang berteromber boleh dukung Tok Pah tak?

    ReplyDelete
  2. patutlah minat muzik... ada sebabnya...hehhe

    ReplyDelete
  3. yeahh!
    Kak Pah Forever And Ever!

    betul la, vokal dan sebutan ingris Kak Pah memang terbaik beb.. and Kak Pah memang sporting.

    aku ada gak lp album omputeh Kak Pah - Just For You [1980]

    ReplyDelete
  4. Lagu Groovy Kind Of Love? Phil Collins pun pernah bawak lagu dari tajuk yg sama...adakah ianya lagu yg sama ataupun cuma mempunyai title sama saja? By the way, spotlight dah mantap dah la ni.

    ReplyDelete
  5. Kalau ko jumpa tok pah ni ko bukak cerita rasanya mesti dia ingat kot, dah ko ngan dia masuk urtv nanti.

    Mak et, yang dia kat singapore tu dimple jadi nipple kan?

    ReplyDelete
  6. Baru aku tau kak pah penah rakam lp album english..terbaik lah..

    Adi,ko sebut2 spotlight bro berteromber untuk dah dapat rasa lagi time dia kecik2 dulu..heheh..ops! Posa2..jgn marah bro berteromber..heheh

    ReplyDelete
  7. Besar komitmen kau nak jaga kaset dan piring hitamnie.Aku tak sanggupla.

    ReplyDelete
    Replies
    1. LP kat rumah mertua...rumah aku takder player...sana ada.

      Delete
  8. Sekali sekal buat cerita pasal player LP bro. Nak tau jugak sikit-sikit. Ada lagu yang aku nak ada kat LP aje. Mungkin nak try kat situ juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku pun beginner...tak pandai sangat...TT kat rumah mertua pun adik ipar punya...

      Delete