Sambung cerita sebelum menonton Before Midnight
Before Sunset (2004)
Sila rujuk entri Before Sunrise. Seperti biasa, sipnosisnya sila rajinkan diri untuk baca sendiri. :)
Selepas 9 tahun kisah Jesse dan Celine bertemu di Vianna. Pasangan ini kembali lagi. Kali ini berlatarbelakangkan bandar Paris pula. Sebenarnya jika tiada sambungan dari Before Sunrise pun saya rasa ok sebenarnya. Biarlah ceritanya tergantung. Biarkan imaginasi kita sendiri yang menentukan penyudahnya.
Tapi Richard Linklater (pengarah/penulis) ada penyudahnya sendiri. Awalnya saya bimbang jika Before Sunset ini tidak menjadi sebaik Before Sunrise. Tak banyak filem sequel yang berjaya tambah-tambah jika ianya mengekalkan formula dan konsep yang sama. Sanggupkan anda menonton benda yang hampir sama sekali lagi? Jawapannya YA. Jika filem sequelnya adalah sebagus filem yang pertama. Rating 8 di IMDB mengiyakannya.
Jika anda tida pernah menonton Before Sunrise, tidak perlu bimbang. Before Sunset adalah sebuah filem yang boleh bergerak secara sendiri. Kalau Before Sunrise perbualan mereka lebih kepada mengenal diri masing-masing tetapi untuk Before Sunset, perbualan mereka terarah kepada apa yang berlaku kepada mereka berdua selepas berpisah di Vienna 9 tahun yang lalu. Sebuah drama cinta yang sangat real dialog dan lakonannya. Ethan Hawke dan Julie Delpy membuktikan sekali lagi chemistry antara mereka berdua memang betul-betul menyakinkan. Kekadang terpikir juga, adakah dialog mereka ada skrip atau semuanya adalah secara spontan. Jenuh juga kalau nak menghafal skrip dialog yang panjang-panjang tu.
Filem ini jugalah yang menjadi penyebab untuk saya menyukai filem-filem Richard Linklater yang lainnya seperti Slacker, Dazed and Confused, The Newton Boys dan yang paling best School of Rock.
Sama seperti Before Sunrise, Before Sunset juga tergantung penyudahnya. Memang ada rumour yang ianya akan disambung kembali. Ternyata semuanya benar dengan terbitnya Before Midnight. Adakah pasangan ini akan dapat bersama akhirnya?...Tak sabar rasanya nak menonton Before Midnight pula.
Yg ni je belum tengok lagi..mungkin sekuel ke 3 diorang dah kawin n dah beranak pinak kot?
ReplyDeletemereka memang berkahwin dan ada anak 2 kalau tak silap
Deleteoit...ni spoiler ker apa ni...
Deletesorry if it was taken as spoiler. its not my intention to spoil anything.
Deleteremember , the interesthing part watching "before's trilogy" is to watch them having conversations,which i think, very attracting and nails us to love them talk to each other ...
to make us remember the important of to find our soulmate, not the perfect wife/husband.
imho.
lagu dia nyanyi sambil main gitar tu sedap..tp bila dgr yg dlm album jadi tak sedap haha..
ReplyDeleteamaran, b4 midnight ada sex scene yg sangatlah tak artistik..
Kalu ada sex scence mungkinkah akan ada sambungan sehingga Before Dawn (sebelum subuh)?? He,he,he...
DeleteSy langsung tak tahu dua2 cerita nih, hehehe...
DeleteJust memeriahkan blog berteromber jer, hehehe...
Deletespyz...alamak kurang pahala la kalau tengok time bulan puasa.. :)
DeleteMat Rojak...Before The Dawn tu kalau lagu Judas Priest sedap jugak...
Dari entri kau minggu lepas, barulah aku tahu pasal sequel baru "Before Midnight". Aku cuba check ada tak dia tayangkan dlm wayang kat malaysia nie, rasa2nya macam takde.Sesapa ada info?
ReplyDeleteLepas baca entri kau last week jugak, baru aku nengok balik Before Sunset utk kali yg ke 6 kot. Ternyata, feeling dia masih sama. Sgt best.
Paling senang download jer...Malaysia ni bukannya semua filem dapat masuk...
Delete