Thrash yang dah 20 tahun....
Vio-Lence - Nothing to Gain (1993)
Vio-Lence adalah antara beratus buah band dari Bay Area yang muncul di zaman kegemilangan thrash metal. Dengan album seperti Eternal Nightmare dan Oppressing The Masses, mereka sempat juga merasa tempias kegemilangan tersebut.
Saya mula diperkenalkan dengan muzik mereka bersama-sama dengan kumpulan Forbidden. (band asal gitaris mereka, Robb Flynn). Walaubagaimanapun meraka agak kurang mendapat perhatian saya. Maklumlah pada ketika itu terlalu banyak kumpulan yang mahu dicuba. Saya tidak mempunyai apa-apa material mereka melainkan yang di pinjamkan kawan-kawan sehinggalah album Nothing to Gain ini. Tetapi memori utama saya berkenaan Vio-Lence sudah semestinya keunikan vokalist mereka Sean Killian. Jenis yang samada anda akan suka atau meluat terus.
Mungkin terkesan dengan kejayaan Black album dan Vulgar Display of Power. Vio-Lence juga seakan mula menukar arah. Album ni masih thrash, tetapi tidak lagi selaju seperti album-album sebelumnya. Elemen groove ala-ala Pantera mula mempengaruhi muzik mereka. Mungkin perkara ini menjadikan mereka bercelaru. Ini adalah album terakhir mereka sebelum Robb Flynn meninggalkan mereka dan menubuhkan Machine Head. Kemudiannya seorang lagi gitaris mereka, Phil Demmel juga menganggotai Machine Head. Maka berakhirlah riwayat Vio-Lence.
Saya tak pasti manakah yang lebih bagus antara Machine Head dan Vio-Lence kerana saya tidak pernah mengikuti muzik Machine Head. Yang pastinya Vio-Lence adalah thrash tetapi Machine Head tidak.
meluat.
ReplyDeleteWord of the day. Confirm dah menang dah untuk hari ini. haha.
Anyway dulu banyak kaset, banyak band nak kena selidik. Heathen ko pernah dengar? aku tu jam cek kat dictionary tau makna Heathen. Biasalah katak bawah tempurung, terus rasa seram sejuk gitu kau. haha.
Hahaha...tu jam standed semua pun bukak kamus...aku dulu siap tanya cikgu macamana nak sebut "Saxon"...hehehe...
Deleteheathen sedap.album 2nd dia mcm and justice for all tapi versi better.
DeleteRobb flynn aku rasa ok jugak dia ni dalam Machine Head, cuma album2 terawal memang ke arah groove metal dan nu-metal, itu tidak dinafikan la. Dia ni pun one of the captain dalam project Roadrunner United dulu, kalo x silap aku la.
ReplyDeleteBaru tau Rob Flynn rupanya dari band ni..band ni pun baru harini tau..heheh..thanks for the info bro
ReplyDeleteviolence rules (back in the day laaa). machinehead tu 1/2 violence.hehe
ReplyDelete