Cuti raya dah habis...jom sambung cerita album yang dah 20 tahun
Poison - Native Tongue (1993)
Tak kisah la orang nak cakap apa. Saya sememangnya peminat Poison. Pada saya mereka adalah glam metal/hair band yang sebenar. Album pertama mereka Look What the Cat Dragged In (1986) adalah contoh album glam metal terbaik sepanjang zaman.
Walaupun begitu saya agak kecewa ketika album ini diriliskan. Mereka telah berubah. Muzik mereka kini lebih terarah kepada blues rock. Kemasukan Richie Kotzen benar-benar merubah arah tuju muzik mereka. Tidak dinafikan, Ritchie adalah seorang blues shredder yang terbaik. Memang jauh lebih hebat dari C.C. DeVille. Tetapi kemasukan guitarist virtuoso dengan solo lebih teknikal dan tone gitar yang lebih bagus tidak bermakna satu jaminan untuk mendapatkan sebuah album yang super duper bagus. Saya tak rasa Ritche membawa Poison menjadi lebih baik. Poison yang sebelumnya yang lebih mudah, "rock and roll supposed to be fun band" adalah Poison yang telah di kenali. Dan mereka sudah sebati dan secukup rasanya dengan muzik yang sebegitu. Native Tongue tidak mengangkat Poison ke taraf yang lebi tinggi. Ia hanyalah sekadar sebuah blues based rock album yang biasa-biasa sahaja. Tiada yang istimewanya. Walaupun begitu, respek kepada mereka. Mereka tidak menjadi trendy seperti sesetengah band thrash yang menjadi groove ataupun band-band hair metal yang meniru sound grunge (Motley Crue contohnya) di awal 90an.
Saya akui. bertahun dah saya meninggalkan Native Tongue sejak mendengarnya pertama kali 20 tahun yang lalu. Cd ini pun di beli hanya kerana terjumpa harga murah dan sekadar mencukupkan koleksi tanpa pernah mendengarnya walaupun sekali. Cuma kali ini, untuk entri ini, saya mencubanya kembali. Ini adalah antara cd peneman saya ketika memandu ke tempat kerja sepanjang bulan puasa yang lalu. Mungkin jarak masa 20 tahun boleh mengubah saya. Hasilnya saya akui ianya sebuah album blues based hard rock yang baik. Lagu-lagunya bagus. Kerja gitar Richie memang superb. Mungkin kalau ini album Poison saya yang pertama, ada kemungkinan saya akan menyukainya. Tetapi oleh kerana itu bukan keadaannya. Saya tetap memilih 3 album Poison yang pertama sebagai pilihan.
*Pengajaran - anda boleh sahaja mencampuri urusan penciptaan lagu dan arah tuju band walaupun anda hanyalah seorang anggota yang baru. TETAPI jangan sesekali memandai-mandai mencampuri urusan tunangan band member anda. Itu mencari bala namanya. Richie Kotzen pasti setuju. Heheh....
Rock and roll band suppose to be fun....haha it's a total opposite setelah masuk era 90'an kan?
ReplyDelete9Oan adalah era meleweh...dan ianya bukan salah Saari Amri maupun Eddie Hamid...hahaha...
ReplyDeletehahaha...saya suka album ni, "Stand", "fire and Ice" is my favourite songs.
ReplyDeletetapi saya setuju tentang Ritchie Kotzen , beliau bukan setakat mengubah Poison malah membawa MR BIG ke lembah puaka. Entah apa2 muzik mereka pada era tu.
album ni ok..aku pun suka,tapi tu lah,bila Ritchie join je style muzik poison ni dah berubah.tapi vokal bret aku suka,slang ala2 koboi gitu..
ReplyDeleteerr..masa ni kan yang video dia ngan pamela anderson tengah hangat di perkatakan tu?
Poison alrite la eh..
ReplyDelete