Sunday, August 4, 2013

Puisi Aidilfitri

Mood nak raya.



Wings - Puisi Aidilfitri (1996)

Sejak dari zaman-zaman kegemilangan rock 80an lagi saya sememangnya mengharapkan ada band-band rock yang akan merakamkan lagu raya. Ntah kenapa kita memang kekurangan lagu-lagu raya yang bergenre rock. Macam satu kesalahan pulak raya tak boleh rock. Balik-balik masa raya terpaksalah melayan lagu balada Sepasang Kurung Biru. (saya la tu...heheh...)

Kemunculan Wings zaman Mus dengan album raya ni memang ditunggu-tunggu. Tetapi sayangnya album ini sedikit menghampakan saya. Wings memilih untuk berakustik dan berbalada dalam menyampaikan lagu-lagu raya mereka. Memang tak rock langsung.

1st press cd 1996

Sebenarnya lagu-lagunya seperti Hari Raya Yang Mulia dan Keroncong Hari Raya boleh tahan melodinya. Cuma lagu Puisi Aidilfitri memang tak boleh nak masuk kepala. Saya memang bermasaalah untuk hadam lagu yang jenis meleweh. Mungkin pasal keseluruhan albumnya bukan muzik Wings yang biasa, maka saya agak kurang berminat. Mungkin pendengar lain pun merasakan begitu hinggakan agak susah untuk mendengar lagu-lagunya di radio di waktu raya. Album ni pun dah masuk 17 tahun dah. Rasanya memang tiada satu pun lagunya menjadi lagu evergreen raya. Malang sungguh.

Nampaknya selepas berpuluh tahun, walaupun rasa tertipu kerana lagunya lagu ciplak. Seri Hari Raya dari Sweet Charity akan tetap menjadi anthem raya yang rock untuk saya.





10 comments:

  1. keroncong hari raye je kot yang pernah aku dgr..lelain? apepon seri hari raya banyak aku dgr kat radio tahun ni

    ReplyDelete
  2. pernah dengar keroncong hari raya jer..btw seri hari raya tahun ni banyak kali aku dengar kat radio

    ReplyDelete
  3. Keroncong hari raya je yg boleh layan..puisi aidilfitri aku pun takleh masyuk..
    Seri hari raya tetap layan..ala2 Led Zep tu..heheh

    ReplyDelete
  4. Pat benatar punya lagu...lupa pulak tajuk dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. “I’m Gonna Follow You” dari album Crimes Of Passion (1980)

      Delete
    2. Tq for information...

      tq jugak sebab riak 1st pressing cd ni. heh heh.

      Delete
  5. Tahunni kat public place, jalan tar, lrt, lagu paling selalj aku dengar ialah lagu2 mak e.t. dan sudirman balik kampung

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lagu Balik Kampung tu asalnya di tulis bukanlah tujuan untuk hari raya pun...

      Delete
  6. Cover album ni ada sikit sama macam cover album Silkhannaz Darah Muda...dari segi design dan colouring la hehe

    ReplyDelete
  7. Rare nie...aku cuma ada cd Raya Bersama Mus 2007, ok skitlah dr album nie sbb ada 2 lagu baru raya yg rock Joget Hari Kemenangan dan Malam Aidilfitri...tapi yg tak puas hati tak ada 2 lagu versi akustik last tu, berkira betullah sykt rakaman nie..

    ReplyDelete