Friday, August 30, 2013

True

Ni bukan entri pasal siapa true siapa poser. Tapi memang ada kena mengena dengan aku yang poser. Kembali ke 30 tahun yang lalu.


Spandau Ballet - True (1983)

1983 aku darjah 6. Tahun nak akil baligh. Tahun yang aku mula serius dengar muzik bukannya berkubang mandi paya. Tahun yang mula tau apa itu lagu pop. Apa itu Billboard Top 100 dan apa itu UK Pop Chart. Sudah semestinya apa yang dsogokkan di radio itulah yang aku minat.

Ketika itu demam New Wave sedang melanda. Mungkin sama kuat macam demam K-Pop yang melanda sekarang. Apa sahaja band-band dan penyanyi New Wave dari UK pasti aku minat. Spandau Ballet salah satu darinya. Jujurnya aku pernah tampal poster mereka di dalam bilik (sad but true...heheh..). Semua tu berubah bila pertama kali aku dengar lagu "2 Minutes to Midnight" masa tahun 1985. Ok...bab tu cerita lain.

Spandau Ballet adalah saingan utama Duran Duran. Lagu-lagu mereka dari album ini seperti "Communication", "Gold" dan "True" berjaya mengenalkan mereka kepada dunia. Memang sedap lagu-lagunya. Tetapi aku lebih suka Duran Duran. Spandau Ballet lagu-lagunya jenis balada dengan pengaruh  jazz dan R&B dengan solo saxaphone semua. Manakala Duran Duran lagu-lagunya lebih rancak. Synthpop dengan pengaruh punk. Walaupun masa tu aku belum rock, mungkin tanpa disedari, memang jiwa rock dah ada dalam hati. Pasal itu aku lebih sukakan lagu yang rancak, yang guitar oriented.

Dulu-dulu ada kaset. Tapi abang punya. Membeli cd ni demi kenangan zaman tersebut. Walaupun cd jenis kaver kotak kadboard. Takder Inlay pun. Kat UK beli suratkhabar Daily Mail dapat free jer pun cd ni. Tapi dengan harga RM10 kira tutup sebelah mata sudah lah. Sesekali layan memori kanak-kanak di zaman 80an pun syiok jugak.


**masa tu terikut-ikut jugak nak berambut ala-ala Martin Kemp...hehehe..




7 comments:

  1. Ini betul2 true!..heheh..masa tahun 80an ada satu program kat tv selalu tayang video klip lagu2 new wave ni,ada jugak la terselit satu dua band rock..nama program tu kalo tak silap "Playback 84".. Masa tu pun aku baru 2 kalo tak silap..betul kan bro?nama program tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul..."Playback 84" tu kalau tak silap rancangan masa sambut tahun baru 1985...paling tak lupa ada vc "Scorpions - Rock You Like a Hurricane" dan "Van Halen - Jump"...tu jam baru skit2 nak rock...heheh..

      Delete
    2. *darjah 2.. Typo ler..
      Tu la pasal ada van halen ngn scorpions tu yg aku tejebak jugak..heheh

      Delete
  2. Oh come on man, Spandau Ballet memang terbaik! Lagu "true" memang betul2 berhantu...melodi lagu tu sampai sekarang mudah diingat.

    ReplyDelete
  3. true dari band ni ke?? selalu layan dalam Lite.fm

    ReplyDelete
  4. Gold sedap, aku sukandulu, skarang dan selamanyeee

    ReplyDelete