Friday, August 2, 2013

Live: Right Here, Right Now

Sambung lagi cerita pasal album live. Sama seperti A Live Dead One, yang ini pun dah masuk 20 tahun.



Van Halen : Live: Right Here, Right Now (1993)


Yang ni pun takder nak komplen sangat. Maklumlah sejak zaman David Le Roth mereka tak pernah ada album live. Ini adalah yang pertama dan satu-satunya. Tak tau lah kenapa. Padahal mereka pemuzik yang hebat-hebat belaka. Memang syok layan solo gitar Eddie dalam album ni.

Layan gambar la sambil bercerita.





Rasanya kalau ada nak komplen pun cuma perihal seleksi lagu-lagunya. Terlampau banyak sangat lagu-lagu dari For Unlawful Carnal Knowledge. Sampai 10 lagu. Mungkin kerana rakaman live ini dibuat semasa tour For Unlawful Carnal Knowledge. Kira promosi la tu. Tapi ada la juga lagu-lagu popular dari zaman 5150 dan OU812.





Cuma yang tak bestnya cuma ada 4 sahaja lagu dari era DLR. "Panama", "Jump", "Ain't Talkin' 'Bout Love" dan "You Really Got Me". Teringin juga nak dengar macamana Sammy Hagar menyanyikan lagu-lagu era DLR yang lainnya macam "Runnin' With the Devil", "Dance the Night Away" atau "Pretty Woman"...Kalau ikut telinga aku memang DLR > SH .



Album ni ada sedikit kontroversi sebenarnya. Ada rumour cakap album ni banyak touch-up. Sammy Hagar lepas kena tendang dari VH dalam buku autobiographynya pun mengaku suara dia rakam semula. Tapi tak tau la betul ker tak. Semua pun ada ego rockstar. Bila gaduh macam-macam cerita keluar.




Menarik tapi kalau ada live dari zaman DLR tentu lagi best.




3 comments:

  1. Aku suka ni, ada versi kat kedai dorNg terbalikkan cover tak mau tunjukkan jesus christ nye patung tu. Kira ni album pun cam x factor ada dua cover berlainan

    Apa pun terbaik, aku suka fuck, tapi aku nak complain fuck takde liriks. Herannye yg lagu dream another dream tu takde kan kat album live ni, dah lupa lak

    ReplyDelete
  2. Aik?boleh ke rakam semula.tapi album live ni memang best.banyak lagu best2.

    ReplyDelete
  3. Albuk live yang lazat.. Mmg seronok dgr album ni.. Album yg buat aku into pada VH..pd aku zaman SH or DLR dua2 best.

    ReplyDelete