Monday, August 19, 2013

Wayang

Hari raya kali ni agak kurang aktiviti depan tv. Cadangan nak menonton Before Midnight pun masih tertangguh. Tapi lepas-lepas raya sementara nak tunggu orang datang beraya, sempat juga menonton cerita-cerita ini. Semua filem-filem ni pelakonnya A-List, antara sebab utama cari masa untuk tengok.



Oblivion (2013)

Filem drama sci-fi yang sedikit berbelit jalan ceritanya. Kena tengok betul-betul untuk paham. Tapi sememangnya genre sci-fi biasanya begitu. Tak boleh masuk kategori klasik, tapi boleh tahan. Bukan senang nak jumpa genre sci-fi yang betul-betul bagus. Jalan ceritanya ada sedikit twist tetapi sudah boleh di agak sejak dari awalnya. Bagi aku ini mengurangkan sedikit keseronokan menontonnya tetapi visual effectsnya memang sangat bagus.

Peminat Tom Cruise pasti suka. Tom Crusie sememangnya mendominasi filem ini. Tom Cruise adalah Tom Cruise. Tak kira apa genre lakonannya tetap begitu. Kalau anda suka...suka la...kalau tak...ada dia kesah...hahaha...Morgan Freeman pula kemunculannya tak banyak. Maka tak berapa memberi kesan untuk keseluruhan filem ini.

Ada Tom Cruise. Ada Morgan Freeman. Nama-nama besar Hollywood. Tapi kenapa ntah aku lebih tertarik nak tengok Olga Kurylenko. Hehehe...




Killing Season (2013)

 John Travolta dan Robert De Niro adalah 2 nama besar Hollywood yang memang aku suka. Tak pernah aku terlepas peluang untuk meyaksikan filem-filem mereka. Bila kedua mereka bergabung dalam satu filem sudah semestinya sesuatu yang di tunggu-tunggu. Sayangnya kehadiran  mereka berdua tidak banyak membantu. Nama mereka sememangnya membolehkan filem ini di jual, sayangnya jalan ceritanya tidak.

Filem begenre aksi ala cat and mouse game ni memang teruk kena kritik. IMDB bagi 5.3 manakala rottentomatoes cuma dapat 11%. Aku bukanlah pandai sangat pasal movie tapi sedikit sebanyak aku setuju dengan rating sebegitu. Tak pasti kenapa jalan cerita macam movie grade B ini boleh menarik 2 bintang besar untuk berlakon dalamnya. Aku hampir terlelap di pertengahan cerita.

Lakonan Robert De Niro agak kurang bertenaga. Adakah faktor usia membuatkannya begitu. Seolah-olah beliau sudah tidak sesuai lagi untuk filem aksi. Tetapi John Travolta nampak kesungguhannya. Mungkin beliaulah penyelamat filem ini.

Tetapi jika anda tak kisah pasal jalan cerita dan cuma nak tengok aksi kedua orang tua ni bergaduh. Mungkin filem ini sesuai untuk anda. Bukan senang kan nak tengok Robert De Niro kena panah dengan John Travolta dan digantung terbalik.



The Expendables 2 (2012)

Ok aku tau aku terlambat. The Expendables yang pertama pun aku tak tengok lagi. Ntah la semakin meningkat usia semakin kurang berminat pulak untuk menonton filem aksi jenis hero sorang boleh mengalahkan lawan berpuluh orang tanpa sedikit luka pun. Berpeluh pun tidak.

Sekali lagi hero-hero tua filem aksi ini bergabung tenaga. Mungkin ini lah caranya untuk mereka kembali diingati. Nama-nama yang cukup besar untuk filem aksi tahun 80an seperti Sylvester Stallone, Chuck Norris, Jean-Claude Van Damme, Bruce Willis, Arnold Schwarzenegger, Dolph Lundgren dan ditambah dengan hero 90an sepertri Jason Statham dan Jet Li. Kalau dulu-dulu mungkin susah untuk mereka berlakon bersama. Maklumlah masing-masing pun hero. Masing-masing pun ada ego sendiri. Tapi bila dah tua-tua ni apadahal. Janji Masyuk.

Nama besar tak semestinya filemnya bagus. Tapi kalau nak aksi tanpa perlu memikirkan jalan cerita. Ini memang bagus. Sedari minit awal filem kita dah disajikan dengan tembak menembak dan letup meletup. Tapi kalau yang jenis pentingkan jalan cerita, cerita ni memang hampeh. Apalah sangat kelaianan yang boleh kita dapat dengan cerita aksi jenis macam ni. Biasa arr...kawan mati...misi balas dendam.

Tapi syiok jugak tengok filem letup letup ni terutamanya bila mengunakan set home theater. Bergegar rasanya rumah. Lama dah set home theater aku tak beraksi. Maklumlah asyik layan movie heavy drama jer. Sayangnya baru separuh perjalanan cerita, ada tetamu datang beraya. Tak dapat nak kosentrate dah. Ntah bila agaknya aku termampu untuk menontonnya sampai habis. Mungkin bila ditayang di Astro kot. Tapi untuk sekarang, aku nak layan Before Midnight terlebih dahulu. :P


p/s...teringin pulak nak tengok  10 tahun akan datang ada pula gabungan hero2 tua di masa itu macam Tom Cruise,Brad Pitt, Johnny Depp, Matt Damon, Will Smith, Leonardo DiCaprio,Russell Crowe, George Clooney, Keanu Reeves dan lain-lain bergabung membuat cerita seperti ini?...err...Ocean's Eleven,Twelve,Thirteen tak aci eh...









16 comments:

  1. Oblivion....aku tengok movie ni, tak sampai 15 minit aku dah tertido...hampeh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Olga Kurylenko punya pasal...aku tak boleh nak tido....

      Delete
    2. Cerita watak manusia yg dah pun dibentangkan idea sama dalam WALL E...

      Delete
  2. Replies
    1. errr...nak suh aku sambung ayat ker...heheh...

      Delete
    2. Nie kan cerita dendam antara dua negara dan bangsa.. soo memang drama aje laa.. aku suka sebab Travolta bagi la watak apa pun memang jadi..

      Delete
  3. Robert de niro hebat ye.. suka kat filem2 dia

    ReplyDelete
  4. Expandables 2 tak tengok abes pun takpa,pasal last2 van damme mati jugak..heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. standed la cerita macam ni...mana ada twist2...tu pasal tunggu main kat asto jer nanti..heheh..

      Delete
  5. Expendables 3 kata Harisson Ford pun joint. Harap-harap ala Indiana Jones. Jadi Hans Solo pelik pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kumpul semua hero tua...panggil hero tv pun best jugak...Tom Selleck,David Hasselhoff atau Don Johnson ker...

      Delete
    2. a'aa lupa pulak MacGyver...mana ntah org tua ni sekarang...

      Delete
  6. Bro,cekidot ada lagi sorang awek ni kira hot jugak la "juno temple"..heheh..latest filem dia yg aku layan killer joe tu dia dgn matthew mcourney (tah betul ke tak ejaan aku tu)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Killer Joe aku dah tengok sekerat jalan...banyak adegan censored...terpaksa tutup...time tu anak belum tidor...kena tengok balik ni...heheh...

      Delete