Monday, October 28, 2013

Europe self-titled

Klasik heavy metal yang dah 30 tahun.


Europe - Europe (1983)

"Antara Syurga dan Neraka" dari Helter Skelter adalah penyebab saya mencari album ini. Tak pasti bagaimana kumpulan Helter Skelter boleh menciplak lagu "Seven Doors Hotel" sedangkan album pertama Europe ini bukanlah untuk pasaran dunia. Mungkin juga mereka mendengarnya dari pasaran Jepun. Saya terbaca yang Joey Tempest sendiri tak pasti bagaimana lagu "Seven Doors Hotel" boleh popular di Jepun sebelum zaman "The Final Countdown" lagi. Sampaikan syarikat rakaman mereka meriliskan single lagu tersebebut khas untuk pasaran Jepun.

Bolehlah dikatakan yang Europe hanya mula dikenali selepas meletupnya lagu "The Final Countdown". Tetapi sebenarnya album pertama mereka telah mula diterbitkan pada tahun 1983. Hadiah selepas mereka memenangi pertandingan Juara Rock Sweden. Dan jangan tak percaya album pertama ini bukannya sebuah album bercirikan synth-laden hair metal dengan lagu-lagu cheesy ballad yang selalu dikaitkan dengan mereka.  Sebaliknya ini bolehlah dikatakan album yang mempunyai pengaruh New Wave of British Heavy Metal. Ini adalah sisi lain Europe. Mungkin Def Leppard era Hysteria dan High n Dry sesuai di jadikan contoh.

rambut zaman ni sepesen ajer :D

Highlightnya sudah semestinya lagu “In The Future To Come” (ditulis oleh Joey Tempest semasa dia berusia 17 tahun) dan “Seven Doors Hotel”. Memang kuat pengaruh "NWOBHM"nya. Pada saya "Seven Doors Hotel" adalah lagu terbaik Europe malah lebih baik dari "The Final Countdown". Saya cukup suka dengan kerja gitar John Norum dalam lagu ini. Malah sememangnya kerja gitar beliau adalah salah satu lagi highlight untuk album ini. Dengarkan lagu instrumental "Boyazont". Memang lazat.

Tiada lagu perlahan ala "Carrie". "The King Will Return" adalah lagu perlahan yang berkonsepkan Rock 70an. Lirik dan mood lagunya membuatkan saya teringatkan kepada lagu-lagu Rainbow era Dio. Lagu penutup "Memories" pula adalah sebuah lagu tipikal heavy metal 80an yang laju. Joey Tempest bukan setakat hanya mempunyai vokal yang bagus malah beliau juga adalah seorang komposer yang sentiasa menghasilkan melodi lagu-lagu yang sedap.

Senang cakap album ini memang sesuai untuk mereka yang sukakan heavy metal awal 80an. Underrated!



6 comments:

  1. helter skelter dah ada internet waktu tu

    ReplyDelete
  2. Patut la aku dengar melodi lagu seven doors hotel tu cam penah dengo..helter skelter ciplak rupanya..heheh

    ReplyDelete
  3. Sad thing is, i remember reading the newspaper and helter skelter says its just coincidence for the first clash of the band

    ReplyDelete
  4. tapi masa zaman 70an awal 80an...music scene kat Spore terutama rock memang happening....advance...Malaysia sibuk Hail Amir Uji Rashid...belah selatan ni dah sibuk layan Deep Purple Rainbow....tu pasal banyak band2 rock zaman dulu asal dari sana...Johor pun dapat tempias sama....so tak pelik la macamaner Helter Skelter boleh cilok lagu ni...tapi yang tak bestnya tu dorang tak mengaku...Tiada lagi Airmata tu pun dorang tak ngaku...terang2 dah tajuk pun sama....

    ReplyDelete
  5. hehehe... masa tu ramai tak tahu kot

    ReplyDelete