Thursday, October 17, 2013

This Is The End





This Is the End (2013)

Kebelakangan ini memang banyak filem-filem berkenaan apocalypse, kiamat atau pengakhiran dunia. This Is The End adalah salah satu darinya. Bezanya ianya dalam genre R-rated komedi. Jika anda gemarkan filem-filem seperti Pineapple Express, Superbad, Knocked Up dan lain seangkatan dengannya sudah pasti cerita ini untuk anda.  Tetapi jika tidak, tak payah la membuangkan masa kerana mungkin ini hanyalah cerita lawak bodoh ala David Teoh versi Hollywood.

Ini adalah filem Seth Rogen dan kroni-kroniya iaitu pelakon-pelakon komedi alaf baru Hollywood seperti Jay Baruchel, James Franco, Craig Robinson, Jonah Hill dan Danny McBride. Ditambah pula dengan penampilan istimewa Emma Watson, Michael Cera, Rihanna, Channing Tatum dan yang paling best Backstreet Boys (hahaha..)

Yang menariknya mereka menggunakan watak dan nama mereka sendiri walaupun ada diantara watak tersebut sememangnya membodohkan diri mereka sendiri. Sipnosisnya macam biasa sila baca sendiri. Tak nak spoiler. Memang ada part yang lawak tapi ada juga yang mengjengkelkan terutama lawak-lawak seks dan gay mereka.

Ceritanya memang mengarut. Tapi seperti yang saya katakan tadi. Jika anda beranggapan ianya sekadar hiburan kosong dan anda suka humor yang begini memang ianya tidak menjadi hal. Malah rating di IMDB dan Rotten Tomatoes pun agak tinggi.





9 comments:

  1. Housemate aku ada beli dvd ni,nanti aku cekidot..tapi kalo komedi ala superbad ngn pineapple express,mmg aku selalu layan separuh jln je la..hehe

    ReplyDelete
  2. Tengah menyedut ni bro...hahah harap kelakar mcm pineapple express jugak la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam filem ni dorang ada buat cerita pineapple express 2...heheh..

      Delete
  3. BACKSTREET BACK! ALLRIGHT!

    dANNY mC bRIDE memang kvlt!

    ReplyDelete
  4. Aku nak tengok gravity, last2 tak kuasa, aku masuk internet baca storyljne je...
    Ok dah tahu dah.
    Dua cerita je aku masih go for it...walking dead ngan boardwalk empire.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak sabo nak tunggu season baru walking dead kat astro ahad ni...

      Delete