Monday, December 30, 2013

Animals with Human Intelligence

Pastinya tak ramai yang follow band atau album ni. Tapi tahun ni dah genap 20 tahun dah...


Enuff Z'nuff - Animals with Human Intelligence (1993)

Memasuki tahun-tahun 90an, apa-apa yang berkaitan dengan hair metal bukanlah sesuatu yang cool. Begitulah nasib yang menimpa Enuff Z'nuff. Sayangkan...bila pemuzik-pemuzik yang bagus di cap tak bagus hanya kerana dunia mainstream melabelkannya begitu.

Saya secara jujurnya bukanlah mengikuti sangat perkembangan Enuff Z'nuff. Band-band 2nd wave of hair metal terutamanya yang penghujung 80an agak kurang saya ikuti kerana pada ketika itu saya lebih tertarik kepada muzik metal yang lebih ekstrim. Satu-satunya lagu yang saya tahu dari mereka pun cumalah "Fly High Michelle" yang saya dengar dari kompilasi best of slow rock kepunyaan rakan sebilik.

Cumanya sejak-sejak pandai mengunakan ebay, saya tertarik untuk mendengar semula semua band-band dari era 80an tak kira walau apa pun genrenya. Terjumpa dengan harga yang murah memang saya tak berkira untuk membelinya. Ternyata album ini mengejutkan. Memang sedap lagu-lagunya malah mereka adalah pemuzik yang cukup berbakat. Maka tak hairan lah Majalah Rolling Stone pernah menobatkan mereka sebagai "Hot New Band of the Year" untuk tahun 1991.


Satu yang saya cukup tabik dengan band-band hair metal adalah gitarisnya. Kebanyakan daripada mereka adalah shredder yang bagus. Pada saya mendiang Derek Frigo juga bagus. Sayangnya mungkin kerana terlalu ramai yang bagus, nama seperti Derek Frigo tidak akan diingati kecuali kepada peminat Enuff Z'nuff.

Banyak lagu yang menarik. Cumanya mungkin ada yang sedikit meleweh bagi telinga yang biasa dengar extreme muzik macam saya. Suara vokalisnya Donnie Vie memang jenis-jenis manja. Mungkin ada yang tidak suka. Tetapi jika anda inginkan sebuah album hard rock yang tidak terlalu berat, yang rilek-rilek, yang melodic, mungkin Animals with Human Intelligence patut anda cuba.





9 comments:

  1. Kadang2 aku masuk ebay carik minoru nihara nya xyza. Selalu kelaur tu x.y.z. lak. Semua nama band pelik2 gini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. XYZ tu kalau ko maksudkan band hair metal dari US...abang aku dulu ada kasetnya....1st album dorang yang Don Dokken produce tu...tapi aku dah lupa lagunya macam mana...heheh...

      Delete
    2. Deaf.... band dia X.Y.Z.-A... kompom dapat

      Delete
    3. wow...dah terer mengebay...heheh...

      Delete
    4. tak terror...saja lawat kawasan..hahahah

      Delete
  2. Aku cuma tahu dulu KRU pernah buat lagu tajuknya Enuff Izz Enuff....hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku dulu cuma tau Feminin, Res2 dan M'steen...huhuhu...

      Delete
  3. Penah dengar nama band ni dulu..ingatkan kumpulan rap ke..pasal nama camtu sinonim dgn kumpulan rap je..pasal dulu pun demam rap penah melanda kat sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu aku ada member peminat Kris Kross....tak pasal2 aku bergambar dgn dia pakai pesen seluar terbalik...hahaha...tapi sekarang dia dah kembali ke pangkal jalan....pencen jadi rapper...dah jadi mat rock...dan berpangkat besar dalam salah satu international bank kat kl....

      Delete