Sunday, December 8, 2013

Sudah Sampai Sini : Sea View Resort Teluk Ramunia

Seperti biasa...cuti sekolah adalah waktu untuk perabis duit...kali ini lokasinya tak jauh...masih dalam Johor...Pantai Teluk Ramunia.


Johor ni banyak lagi pantai yang aku belum explore...selama ni kalau pergi Pengerang lalu gitu-gitu jer kat kawasan ni. Ini pertama kali aku bermalam kat kawasan pantai di sini. Sejak-sejak dah ada highway Pasir Gudang - Desaru, memang senang la nak pergi kawasan-kawasan belah Pengerang, Bandar Penawar dan Desaru.

Sedikit info National Geographic...Teluk Ramunia adalah kawasan perlombongan bauksit iaitu sejenis logam yang digunakan untuk membuat aluminium. Ada juga jeti untuk kapal berlabuh tapi rasanya hanya untuk kegunaan kapal Petronas. Di kawasan sekitar sini jugalah terletaknya projek yang menjadi kontroversi iaitu Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) milik Petronas... ok itu cerita lain...cumanya kalau nak menuju ke Teluk Raminia melalui jalan Desaru/Bandar Penawar...boleh nampak la kawasan lapang tanah baru sodok yang kabarnya penempatan baru penduduk Pengerang yang tanahnya kena ambik oleh Petronas...ok abis cerita pasal tu...



Ini adalah tempat kami bermalam...ada beberapa resort sebenarnya di sepanjang pantai sini...Kami memilih Sea View Resort. Di sini pun ada beberapa jenis penempatan. Disebabkan kami ramai...kami memilih "VIP ocean view with 3 bed room villa".


pic name

pic name

pic name

Villanya memang luas...aircond...2 tingkat...3 bilik...2 bilik air dan ada dapur untuk masak semua...selesa memang selesa...cuma ianya bangunan lama dan tvnya tiada astro...jenis sambil bercuti sambil nak layan bola memang takder can la...cuma bagi orang luar Johor...boleh la merasa nengok tv Singapura atau Indon...


Yang bestnya ia mengadap laut...bukak2 pintu dah nampak laut...ni view dari balkoni tingkat 2...



di sediakan juga tempat untuk berbbq...cuma arang, jaring, ayam dan udang tu kena bawak sendiri la...heheh...


Ada juga swimming pool bagi yang tak nak mandi laut...takder la best sangat pun...kecik ajer...boleh la dari takder...

ok...sekarang layan pula gambar laut...

boleh tahan kuat juga ombak kat sini

baywatch??/...hahaha

dari kejauhan tu nampak kapal....tak pasti pulak kapal2 tu nak berlabuh kat pelabuhan mana


ok...tu ajer...



11 comments:

  1. Best betol entri pasal tempat peranginan ni.....walaupun tak pernah pergi kat tempat ni, tapi membaca tentang tempat mcm ni sekurang2 tau la info best tentang tempat ni.

    ReplyDelete
  2. Cantik view ngadap ke laut tu..guna kamera apa bro?

    ReplyDelete
  3. teringat aku taman negara similajau, tak jauh dari bandar bintulu (an hour drive kot)... tempat cantik, tapi sayang kurang promosi

    ReplyDelete
  4. boleh cakap dah nak 5 tahun? atau lebih? aku nak naik feri landing kat Pengerang lepas tu jalan kaki pusing2 kampung2 pekan situ...
    cita2 je....tapi baca ni, teringat balik cita2 aku

    ReplyDelete
  5. nak tye la bpe harga semalam kt resort ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ummi...boleh check kat FB..

      https://www.facebook.com/pages/Sea-View-Resort-Teluk-Ramunia/152844781429084

      Delete
  6. Salam..bole x kasi no tel resort ni.sbb sy da try cri tp x jmpe la..

    ReplyDelete
  7. Salam..bole x kasi no tel resort ni.sbb sy da try cri tp x jmpe la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. No tel kat FB ni ada https://www.facebook.com/pages/Sea-View-Resort-Teluk-Ramunia/152844781429084

      tapi untuk lebih mudah try no ni 019-7869875...harap no. nya masih sama...

      iskh...patutnya kena mintak komisyen ngan taukey tempat ni pasal dah tolong promote...hahaha....

      Delete