Menyambut ulang tahun yang ke 40.....
Black Sabbath - Sabbath Bloody Sabbath (1973)
Saya bukanlah peminat tegar Black Sabbath. Saya lebih kepada kem Deep Purple. Kerana ketika budak-budak dahulu saya lebih didedahkan kepada muzik Deep Purple. Black Sabbath hanya benar-benar saya dengar ketika saya sudah bersekolah menengah. Itupun saya lebih kepada zaman Dio.
Sabbath Bloody Sabbath sedikit berbeza dari album-album awalnya seperti Paranoid ataupun Master of Reality. Rasanya album ini lebih pop lagu-lagunya. Malah majoriti lagu-lagunya jenis perlahan temponya. Lebih doom. Tiada lagu yang laju. Tapi yang pasti album ini mempunyai elemen progessif. Mungkin mereka juga terpengaruh dengan progessif rock yang popular ketika itu. Mengunakan Rick Wakeman (Yes) sebagai pemain keyboards jemputan menguatkan lagi andaian tersebut.
Beberapa track awal seperti Sabbath, Bloody Sabbath, A National Acrobat dan Sabbra Cadabra agak menarik. Lagu-lagu yang menjadi inspirasi kepada doom metal hari ini. Tetapi lagu-lagu track akhir agak progressif dan pop bunyinya. Banyak pengunaan keyboard dan memang tak metal kalau bukan kerana riff-riff dan sound berat Tony Iommi.
Highlightnya pada saya adalah Tony Iommi. Banyak solo-solo dan riff beliau yang menarik. Soundnya gitarnya lebih berat dari album-album yang sebelumnya. Tidak sehebat 3 album awal tetapi masih dalam kategori terbaik.
Suka dengar sabbath bloody sabbath versi bruce dickinson ngan Godspeed tu
ReplyDeleteDeep Purple stim semacam la ye..
ReplyDeleteHari Ian Paice/Roger Glover shutdown DP mesti sedih punye..
Black Sabbath line up skarang ni, aku kureng sikit pasal Sharon Osbourne puaka tu, Sundel Bolong abis tu pompuan tu..haha
Aku suka album ni....pengaruh besar dlm muzik doom, sludge dan stoner!
ReplyDelete