Sunday, July 27, 2014

Ride the Lightning

Schedule post walaupun sebenarnya tuan punya blog dah dalam mood bercuti nak sambut raya tetapi disebabkan hari ini, 27hb Julai adalah hari ulangtahun ke 30 untuk album ini...so rock on!!


Metallica - Ride The Lightning (1984)

Ini bukan review...malas arr nak review time mood raya ni...layan cerita ajer la...

Kalau di tanya kepada saya apakah album Metallica yang menjadi kegemaran. Dengan tidak teragak-agaknya saya akan menjawab Ride The Lightning. Tetapi kalau di tanya mengapa...agak susahnya juga hendak menjawab. Mungkin majoritinya menganggap Master Of Puppets atau pada generasi yang lebih muda mungkin "Black Album".... Tetapi ntah la...mungkin kerana pada saya ini adalah album yang kesemua lagu-lagunya saya suka. All Killer no Filler! Kalau album-album lain tu ada la satu dua lagu yang saya agak kurang gemar.


Sebenarnya saya agak terlambat dalam mendengar keseluruhan album ini. Kasetnya pun hanya dibeli kalau tak silap pada sekitar tahun 1990. Sebelum tu sekadar mendengar kaset dubbing. Malah saya terlebih mendahulu mendengar Master of Puppets berbanding Ride The Lightning. Ntah kenapa pada lewat 80an tu tak pernah pula saya terjumpa kaset Metallica versi Apache. Nak cari yang ori...lagi la payah.


Versi kasetnya dahulu di beli di Segamat. Zaman belajar di ITM Segamat. Beli 3 sekaligus. KEA, RTL dan MOP sejurus selepas mendapat duit pinjaman dari Yayasan Pelajaran Johor. (heheh...) Masa tu rasa terancam sungguh bila mat thrash tapi takder kaset Metallica...tu yang beli 3 sekaligus...Takut kena panggil  poser la tu...hahaha

Manakala versi cd pula di beli di Tower Record KL Plaza. (ini pun kalau tak silap beli 3 sekaligus) Mengikut catatan di cd, ianya dibeli pada tahun 1997. Versi vinyl jer tak pasti bila... :P


dah...nak sambung mood raya...





6 comments:

  1. Versi vinyl aku ada..heheh..aku tgh mengumpul 4 album terawal diorang dlm versi vinyl..ajfa ngan RTL dah ada.. Tinggal mop ngan kill em all jer..album ni best pasal ada cliff Burton..

    ReplyDelete
  2. Hahaha... eh ko ada nak kena kutuk rock band melayu ke, rock band omputeh ke, ko ada kena kutuk2 duran2 ke hanya nak butkikan ko metal depan kawan2?

    Opsss haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. untuk kes aku..rock melayu la...tapi rock leleh melayu 90an memang patut kena kutuk...hahaha...

      Tapi Duran Duran, Bon Jovi semua letak dalam locker...kawan2 tak tau...Metallica dan lain-lain band thrash hantu letak atas meja...baru nampak thrasher....hahaha

      Delete
  3. komen saya:
    1- ye betul...album nih mmg killer :)
    2- track kegemaran - for whom the bell tolls & trapped under ice
    3- slacknye bass kurang dengar, bass drum pun sama. kalo sy nak dengar versi yg dah enhanced (bass & dram), gi kat youtube, taip 'metallica (tajuk lagu) enhanced drum/bass...ada jer insan2 yg rajin meng-enhance part2 tu & upload..hihi
    4- sound dramnye mmg best. saya mmg gemarkan sound sebegitu... berat, padat...cam sound dram rusty blade (album Berat), def leppard (zaman high n dry) @ search (cinta buatan malaysia)
    5- dengarkan the call of ktulu..mmg berantu :)

    ReplyDelete