Sunday, July 13, 2014

The Last in Line

Hari ini dalam sejarah,..

13hb Julai, 30 tahun yang lalu...album ini dilahirkan.


Dio - The Last in Line (1984)

Sebuah lagi album yang mempunyai nilai sentimental yang tinggi pada saya. Antara album yang menjadikan apa saya sekarang. Memang besar pengaruhnya kepada budak-budak melayu sebaya yang terjebak dengan muzik rock.

Walaupun pengaruhnya tidak sekuat album Holy Diver, tetapi lagu-lagu seperti "We Rock", "The Last in Line", "Breathless" dan "Evil Eyes" menjadi antara anthem rakan-rakan sekelas saya pada ketika itu. Selain itu, nama Vivian Campbell adalah antara yang selalu disebut-sebut bagi mereka yang berangan-angan hendak menjadi gitar hero. Rif dan solo gitarnya sememangnya menjadi idola bagi generasi sebaya saya.


Walaupun secara keseluruhannya nampak seperti The Last In Line adalah klon kepada Holy Diver. Dengan line-up yang sama, (Dio, Campbell, Bain, Appice). Tetapi dengan adanya tambahan keyboard dari Claude Schnell, menjadikan album sedikit pop bunyinya. Masih best tetapi pada saya agak kurang sedikit jika hendak dibandingkan dengan Holy Diver.

Antara lagu yang kebelakangan ini rasa seronok di dengar berbanding zaman budak-budak dahulu adalah "Mystery" dan "Egypt (The Chains Are On)"  terutamanya "Egypt (The Chains Are On)" la. Lagu epik yang ala-ala zaman Dio bersama Rainbow.


Sebenarnya saya tidak pernah mempunyai album ini dalam bentuk kaset. Saya cuma ada kompilasi "best of" versi apache dan versi rakam dari kawan-kawan. Maklumlah dengan duit sekolah sebanyak 50 sen sehari berapa banyak kaset lah yang saya boleh beli. Dah lah tu...banyak pula kaset-kaset yang best.

Tapi bagus juga tiada kasetnya. Gambar kaver album-album Dio pada ketika itu memang rasa macam setan betul. Kalau orang tua nampak...mampus!!!...







4 comments:

  1. Tahun kartun The Transformers dilancarkan. :)

    ReplyDelete
  2. ni album, dah la bagus, tapi bila lagu2 ni evolve jadi Live Songs, lagi hebat.
    One Night In The City ialah antara lagu rock paling terbaik la pada aku. Aku suka tunggu part drum roll tu kalau dengar apa2 Dio Live atau bootlegs dia.
    Kalau ni bola la Last In Line lawan Holy Diver, aku rasa scoreline dia...
    Last In Line 6, Holy Diver 1,
    tu pun Holy Diver score pasal dapat penalti time injury time.

    ReplyDelete
  3. Ini album aku masih Cari versi lp..heheh..tapi personal fav album dio aku ialah dream evil..

    ReplyDelete
  4. wow kalau aku mungkin tak ada lah best mana era aku rasanya album linkin park lah yang paling best,,

    ReplyDelete