Tuesday, July 15, 2014

Unbreakable

Sempena Jerman menang Word cup....Yang baru berusia 10 tahun.


Scorpions - Unbreakable (2004)

Secara jujurnya saya kurang mendengar Scorpions selepas dari album Face The Heat (1993). Tetapi ianya seperti sekali terjebak tidak ada jalan keluar. Saya tetap membeli album-album mereka seterusnya walaupun mendengarnya hanya sekali lalu.

Unbreakable mula saya dengar secara berulang kali hanyalah pada ketika album Sting In The Tail (2010) di keluarkan. Kononnya untuk perbandingan. Tetapi pada ketika itu saya lebih menumpukan kepada album Humanity: Hour I (2007). Tetapi bila saya memperolehi cd versi limited edition ini melalui e-stock pada penghujung tahun lalu barulah saya mula mendengarnya semula secara lebih serius.


Ternyata ianya adalah sebuah album yang bagus. Mungkin susah kalau kita sentiasa mahu membandingkannya dengan album-album mereka di era tahun 70an atau 80an. "Sentimental value" pastinya akan mempengaruhi. Tetapi jika perkara itu ditolak, album ni sememangnya "all killer, no filler".

Lagu-lagunya kalau kita amati bahagian riff gitarnya banyak mengembalikan nostalgia kepada zaman Crazy World (1990) tak kurang juga zaman awal Mathias Jabs seperti dari album Black Out (1982). Mungkin soundnya sedikit berbeza dan tiadanya lagu berat seperti "Blackout" atau "Dynamite". Maklumlah zaman dan teknologi telah berubah dan lagu seperti "New Generation" membuktikan yang Scorpions masih lagi berbunyi Scorpions walaupun dengan sound hard rock moden.

Tetapi yang paling menarik sudah semestinya suara Klaus Meine. Nampaknya seperti tidak di makan usia. Makin tua makin power.


Sebuah album melodic hard rock yang bagus. Lagu-lagu pun sedap...Hey..ini Scorpions la...

Terbaik!



3 comments:

  1. Scorpions era tahun 2000 ke Atas aku kurang dah nak follow..tapi lagu2 ballad nya memang sedap la

    ReplyDelete
  2. Mula2 ni album keluar dalam hati aku cakap mesti tak best..
    Sekali tu aku dengar lagu love em and leave em ke hapa tu...
    Best giler... then aku tahu ok, scorpions is back

    ReplyDelete
  3. Maybe i maybe you

    Maybe i like...maybe you like...

    Bagus album ni sebenarnya...

    ReplyDelete