Friday, May 29, 2015

Infernal Overkill

Yang menyambut ulangtahun ke 30 pada 24hb Mei yang lalu...


Destruction - Infernal Overkill (1985)

Jika anda peminat thrash, saya rasa ini adalah salah satu dari album yang patut anda miliki. Mungkin bukan kerana soundnya. Maklum sahajalah, majoriti album dari tahun-tahun awal 80an soundnya memang agak kasar dan mentah. Tetapi bagi yang membesar di zaman tersebut, sound begitu sudah sebati dengan telinga. Walau sesedap mana dan sejelas mana pun produksi dan sound yang dihasilkan pada zaman sekarang. Kita akan tetap ketagih untuk mendengar sound yang kasar sebegini.

Yang menjadikan Infernal Overkill antara album thrash rujukan buat saya adalah kerana kerja gitar Mike Sifringer. Acuan utama untuk thrash metal kepada saya adalah rif-rif melodic yang membuatkan kita hangguk kepala disamping shredding solo. Kedua-dua acuan tersebut sememangnya ada pada Infernal Overkill malah ianya memang cukup bagus.

Seperti kebanyakan band awal thrash 80an, Destruction juga tidak lari dari pengaruh NWOBHM. Pengaruh Iron Maiden jelas dapat kita dengar dalam lagu "Death Trap" contohnya. Vokal Marcel Schirmer agak rilek berbanding dengan album-album kemudiannya.

Mungkin ini bukan permulaan yang sesuai untuk mengenal Destruction. Tetapi jika anda terjumpa cd 2 dalam 1 seperti saya yang didalamnya juga mengandungi EP, Sentence of Death. Jangan lepaskan peluang anda.

"hell...storms...rush over the earth..."






6 comments:

  1. jangan lupakan album debut megadeth yer :)

    ReplyDelete
  2. klasikkk,,album2 thrash zaman analog yang sedap bunyi nya..kalo ada rekod lagi best nih..heheh

    ReplyDelete
  3. aku berhajat nak beli album lama destruction ni.

    ReplyDelete