Monday, May 11, 2015

Kebebasan

Piring hitam yang mengembalikan kenangan zaman silam...


Carefree - Kebebasan (1979)

Saya tidak menghiraukan sangat pasal muzik dan segala "pop culture" yang dibawanya sehinggalah saya dalam darjah 3 (1980). Sebelum itu berkubang mandi paya, menyauk ikan atau main tembak-tembak senapang kayu buatan sendiri dengan menggunakan peluru buah senduduk adalah pop culture saya.

Carefree adalah antara penyebabnya. Gaya rambut afro adik beradik Boy dan Wan berjaya menarik perhatian saya apatah lagi saudara yang juga jiran saya yang lebih dewasa juga membuat fesyen rambut gaya tersebut.


Dari Carefree saya mula ambil tahu pasal muzik. Lagu Pujaan Minggu Ini (LPMI) setiap hari Ahad tak kira terbitan Radio Malaysia (kalau tak silap DJ Sazali Said) mahupun Radio Singapura (DJ Arwah Adnan Maswan) menjadi ikutan saya sebelum pergi ke sekolah. (Masa tu darjah 1 hingga 3 sekolah seisi petang). Dah pandai dah bercerita pasal muzik dengan rakan sekolah.

Tak silap saya lagu Rindu Bayangan menjadi no 1 di carta LPMI Malaysia dan Singapura sampai berminggu-minggu lamanya. Kira pecah rekod. Maka tak hairanlah jika album Kebebasan ini meninggalkan nostagia kepada saya.


Tak pernah ada piring hitam, katrij ataupun kasetnya di rumah. Abah lebih berminat dengan lagu-lagu 60an. Mendengar versi piring hitam di rumah saudara yang berambut afro dan melalui kaset yang dipinjam abang di rumah. Memang top betul nama Carefree pada zaman tersebut. Dari situ lah saya mula mendengar band-band melayu yang lain termasuklah seperti Black Dog Bone, Sweet Charity, Blues Gang, Kembara, Alleycats, Flybaits, Harmoni dan lain-lain.

Tetapi bila semakin meningkat remaja, mula terpengaruh mendengar lagu orang putih...Duran Duran...Spandau Ballet...A-ha ...selera saya berubah....kemudiannya semakin jauh berubah bila pandai pula mendengar Iron Maiden dan Search - Cinta Buatan Malaysia....dan bak kata orang kampung saya...and the rest is history....


the memory remains.....





11 comments:

  1. "main tembak-tembak senapang kayu buatan sendiri dengan menggunakan peluru buah senduduk..."

    fuh!~ yg ni memang nostalgia, aku sempat merasa "pop culture" ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. budak2 zaman sekarang bukan takat pokok senduduk dorang tak kenal..silap2 gergaji pun tak kenal...hahaha....

      dulu2 mak bapak orang susah...mana ada beli mainan...semua pun DIY...gergaji dan potong papan sendiri nak buat senapang atau pistol...kecik2 umur 7,8 tahun dah pandai bertukang....

      Delete
    2. teringat juga aku jaman main tembak2 ni. kalau kena kat mata nangis ohh..

      Delete
    3. kenangan... curi papan kat rumah tinggal... buat senapang m16... kreatif budak dulu...

      Delete
  2. Semua berangan nak jad vic morrow ceta Combat.
    Sanggup meniarap dalam longkang.. haha.

    Ok, Jay Jay palig legend ok.. aku rasa kumpul peminat Syed sobrie, man bai etc, Jay jay lagi hot..

    ReplyDelete
  3. Ini lp mmg nostalgik.arwah bapak aku penah beli.tengok cover tu terus teringat masa kecik2 dulu.main senapang kayu,ngan kumpul labah2 itam yg kecik tu la pop culture aku jugak.pastu baru tau "boy geogre and culture club"..heheh

    ReplyDelete
  4. ingatkan lp YES td...zaman skrg bebudak main tembak2 jgk tp dkt cyber cafe atau dalam phone je

    ReplyDelete
  5. Lagu favorite dalam album ni: Kenangan Ku..
    Best!

    ReplyDelete
  6. Jay jay ada dua kategori peminat.

    1. Peminat nyanyian dia
    2. Peminat dia sebagai bassist.

    Saya yg kedua.

    ReplyDelete
  7. ...cover album terbaik dulu, sekarang dan akan datang...

    ReplyDelete
  8. wow! sudah kolek LP... nice.

    ReplyDelete