Jalan-jalan cari makan masa cuti hari perkerja yang lepas...
Alang-alang dah sampai Melaka, tak sah la kot kalau tak cuba coconut shake klebang original. Asyik dengar cerita orang jer kan, sesekali nak juga cuba try...walaupun terperangkap dalam jem hampir 1 jam...padahal jarak dari Air Keroh ke Pantai Klebang tu sebenarnya tak lah jauh mana pun.
Inilah penyakit jalan2 kat Melaka kalau time cuti. Jem memanjang. Banyak no dia punya traffic lights. Tak susah pun nak cari tempat ni. Tepi jalan jer pun. Sebenarnya tak pasti pun tempatnya di mana. Hentam saja. Terjumpa pulak kawasan sesak dengan kereta dan orang ramai siap ada pasukan RELA bagai. Ingatkan ada majlis keramaian apa ntah. Rupa-rupanya situ lah terletaknya kedai Coconut Shake Klebang Original. Giler ramainya umat.
Dia ada 2 tempat. Yang kat tepi jalan tu khas untuk yang nak bungkus. Panjang giler beraturnya. Dalam 50-60 meter lebih ada kot. Tu yang ada siap pasukan RELA tu. Tapi ada kawan pesan kalau tak nak beratur panjang masuk belah dalam jalan tu. Ada siap kawasan parking (seperti gambar pertama di atas). Yang belah dalam ni khas untuk yang nak makan kat situ. Alang2 dah sampai kan...tak kan nak bungkus ajer kot..
Gambar atas ketika beratur nak beli. Ceh! baru perasan ada pulak awek mana ntah belah kanan tu bagi sign "peace"...hahaha..
Beratur beli tu cepat. Pasal kita just order dah bayar sahaja. Dia bukan jenis oerder kat meja. Order kat kaunter. Tapi bab yang hampehnya nak cari tempat duduk. Mak aii...jenuh menunggu meja kosong. Itu ok lagi...bila dah dapat tempat duduk timbul pulak lagi satu hal. Kita main duduk sebarang ajer...bukan ada nombor meja. Jadi satu hal pulak terlambai2 pelayan dia suruh hantar apa yang kita dah order. Duduk belah depan ok...kena yang duduk belah belakang pelayan tu asyik tak sampai jer ke meja kita. Hampeh betul dorang punya sistem.
Jadi 2 kerja pula...satu tunggu tempat duduk...lepas tu tunggu pelayan hantar apa yang kita order pulak...dia bukan ikut aturan...siapa cepat dia dapat. So bila nampak pelayan tu bawak coconut shake tu cepat-cepat ler lambai,teriak atau suka hati koranglah nak buat apa yang boleh tarik perhatian dia untuk hantar ke meja korang. Hampeh punya sistem. Tu belum kalau ko order yang special macam-macam. Silap-silap berjam lah baru dapat.
Mungkin kalau masa orang tak ramai sistem ni ok. Tapi kalau time ramai...memang hancus...
Nasib jugalah dia ada jual makanan sampingan. Sejuk sikit hati yang dah panas .Ada nasi lemak, keropok lekor, kek dan lain-lain, Yang ni ok, Tak payah tunggu pelayan hantar. Self service ambil sendiri masuk pinggan. bayar dan boleh terus makan.
Akhirnya...Ini lah rupanya Coconut Shake. Yang ini Coconut Shake Special (RM2.20). Ada aiskrim dalamnya. Kalau yang biasa tiada (RM1.70). Sebenarnya ini kali pertama mencuba coconut shake. Makanya tak boleh la kalau nak banding rasanya dengan yang kat tempat lain.
Tapi senang cerita memang terasa la kelapanya. Rasanya buat saya teringat-ingat zaman budak-budak dulu makan aiskrim perisa kelapa. Nasib sedap. Hilang jugalah rasa panas hati yang sedang membara...heheh...
Pengajarannya...Jangan datang waktu cuti umum...memang sesak...kecuali anda memang seorang yang sangat penyabar...
huh.. kalau aku tak mungkin aku akan bebaris. walaupun mood makan tu ada aku sanggup tak makan kalu tgk beratur panjang. contoh makan kat kfc pun aku hilang mood kalu baris panjang2, lain lah kalau bini aku ngidam nak makan, mungkin aku sanggup baris wakakakkaa...
ReplyDeleteini kes sekali sekala turun Melaka...kalau benda ni depan rumah memang jangan harap la aku nak pergi...hahaha...
DeleteWahh tentu istimewa kalau dah ramai orang gini Q.
ReplyDeleteKalau dorang put in effort untuk perbaiki customer service, tentu lebih best ye
minah tu ingat ko nak ambik gambo dia kot? haha
kena photobomb
ReplyDelete1) awek peace
2) bungkus sokabo "harga tak naik lagi turun" hahaha
haha...saja jer kan bungkusan nasi lemak tu...aku makan terus teringat ahmad maslan....hahaha...
Deletedestinasi aku hujung minggu masa study kat MMU melaka. good old days.
ReplyDeleteTak penah lagi sampai sini.tapi kalo bab jenjalan ni aku suka berteromber snap gambo.mesti ada awek.heheh...awek cap putih tu bz whatsapp la tuh
ReplyDeleteNak kena tabah kalo dah ramai gini..heheh
this article was really great
ReplyDeletethanks for sharing
By
surecool aircon service
aircon general service
aircon steam cleanning
aircon chemical wash
aircon chemical overhaul
aircon repair
aircon gas top up
aircon service
aircon servicing singapore
surecoolaircon@gmail.com
Enquire Book now 65 90098748