Yang menyambut ulang tahun ke 30 pada hari ini (20hb may)
Savatage - Power of the Night (1985)
Siapa pengikut blog ini dari awal pastinya tahu yang saya adalah peminat tegar Savatage. Mereka mungkin bukannya band metal yang popular, rasanya ramai metalhead yang tak tau pun pasal kewujudan mereka. Tetapi bagi saya mereka adalah salah satu yang terbaik.
Power Of the Night adalah album ke 2 mereka. Ianya tidak jauh berbeza dari Sirens/The Dungeons Are Calling. Straight heavy metal 80an. Belum jelas unsur-unsur progressif metal opera yang menjadi trademark mereka di kemudian hari. Yang bezanya produksinya lebih bagus. Sound yang lebih clear. Maklumlah penerbitnya adalah Max Norman. Penerbit Megadeth untuk album Countdown to Extinction (1992), dan Youthanasia (1994). Ini adalah hasil kerja awal beliau selain dari album-album Loudness - Thunder in the East (1985), Lightning Strikes (1986) dan Soldier of Fortune (1989).
Lagu-lagu seperti "Power of the Night" dan "Warriors" adalah antara pure metal anthems. Mereka adalah antara pencetus genre power metal di USA. Tetapi yang pastinya minat saya yang utama kepada Savatage adalah kerana hasil kerja gitar mendiang Criss Oliva. Memang ohsem!
tahu band ni pun dari blog ni.
ReplyDeleteI am waiting for the re-release of the ultimate boxset.
ReplyDeleteLast year or two years ago dah release tapi banyak problem... haha
aku dpt rasakan yg berteromber minat savatage pesen sama mcm aku minat kamelot...
ReplyDeleteAlbum ni lum penah dengar lagi.80an banyak metal yg best2 yg telepas pandang
ReplyDeleteCriss Oliva rules ! RIP
ReplyDelete