Friday, May 15, 2015

Soldiers Under Command

Hari ini, 15hb May...genap 30 tahun album klasik heavy metal ini dipasaran....


Stryper - Soldiers Under Command (1985)

OK. Senang cerita entri ini pastinya akan "bias". Band kegemaran dan ditambah pula antara album kegemaran makanya semua yang baik-baik belaka akan ditulis.

Saya membesar ketika band-band glam/hair metal sedang melalui zaman kemuncak. Sudah pastinya band seperti Stryper ini banyak mempengaruhi. Malah lagu-lagunya juga sudah menjadi sebahagian daripada "soundtrack" kehidupan awal remaja saya.


Apa yang best sangat Stryper ni? Jujurnya pada saya bukanlah berkenaan imej atau make-up mereka. Mereka adalah christian metal band. Seperti yang saya katakan awalnya, saya akan bias. Sama seperti kes jika anda minat black metal. Pastinya alasan mendengar muzik bukan lirik akan diguna pakai. Tetapi tidak semua lirik Stryper adalah bekenaan agama kristian. Tetapi yang pastinya muzik mereka sememangnya sedap. "Super catchy", "vocal/guitars harmony", "killer riffs" dan "twin guitar solo" dari  Michael Sweet dan Oz Fox sememangnya sangat awesome. Ini adalah punca utama kenapa saya suka Stryper.


Pada saya ini killer album. Semua lagu sedap tak kiralah yang heavy mahupun yang perlahan. Di tambah pula dengan kerja gitar dan solo-solo melodic dari Michael Sweet/Oz Fox, ini memang formula yang betul untuk sebuah album heavy metal yang baik.

Tak perlu saya menceceh. Buka youtube, cuba dengar. Ambil contoh lagu "Soldiers Under Command". Kalau anda tak suka, mungkin selara muzik anda bukanlah pada muzik heavy metal.

Terbaik!


**sedang cuba mencari versi lp...




3 comments:

  1. Dulu2 aku takut nak dengar lagu Stryper
    Aku takut aku jadi Kristian.
    HAHAHAHAH!!!
    Lepas tu dengar, dengar je, takut nak singalong....
    takut dakyah.

    ReplyDelete
  2. hahah..dia punya belang2 takleh blah..heheh..aku sama la macam deaf,takut terpengaruh la konon..heheh..abang2 aku dulu suka jugak Stryper ni,tapi pasal band heavy metal alim ulamak, tu yg takut nak dengar.aku rasa kalo king diamond dengar lagu 'first love' tu kompem dia kembali ke jalan yg lurus

    ReplyDelete
  3. wow nampak menarik juga ni., jap lagi nak pra dengar di utube... ohya harap kamu ketemu lpnya hehe.

    ReplyDelete