Monday, August 24, 2015

Physical Graffiti

Klasik rock n roll yang dah 40 tahun usoanya pada februari yang lalu...


Led Zeppelin - Physical Graffiti (1975)

Saya bukan peminat tegar mereka. Sekadar mendengar secara kasual. Sedari dulu lagi saya tidak didedahkan dengan muzik mereka. Mula mendengar mereka hanya pada awal 90an melalui seorang rakan ketika menuntut di ITM. Itu pun tidak berapa nak masuk.

Physical Graffiti adalah album ke 2 Led Zeppelin saya selepas IV. Hanya baru-baru ini terasa hendak cuba mendegar muzik mereka secara lebih mendalam. Sama kes seperti ACDC. Sayangnya muzik mereka tak semudah ACDC.


ACDC muziknya straight heavy rock n roll/ blues yang "BOOM" terus depan muka. Manakala Led Zeppelin walaupun muziknya juga rock n roll dan blues, tetapi ianya pelbagai. Agak progressif. Ada ketikanya agak santai dan ada yang agak mellow dan meleweh. Saya memang agak sukar untuk menerima muzik yang terlampau meleweh. Ini menyebabkan agak susah juga pada mulanya untuk menghadamkan muzik mereka.

Pada selera saya, Physical Graffiti bukannya mudah. Tak semudah menyukai gambar covernya yang menarik (antara penyebab utama cd ini dibeli, kalau dapat versi lp tentu lebih menarik, lebih besar lebih jelas). Kebanyakannya lagu-lagunya jenis meleweh. Selain "Kashmir" (pada pandangan saya antara lagu terbaik mereka selain Stairway to Heaven), saya tidak pernah mendengar lagu lainnya.

Tetapi selepas berulang kali dengar, Ianya benar-benar meresap dalam jiwa. Contohnya, lagu "In the Light". Asalnya agak susah nak masuk. Agak meleweh. Tetapi selepas beberapa pendengarn, melodinya melekat kat kepala. Solo dan melodi gitar dalam lagu ini memang menusuk kalbu. Ini adalah antara lagu kegemaran saya dari Physical Graffiti.


Kalau tidak biasa dengan muzik sebegini, agak letih juga utuk menghabiskannya. Maklumlah panjang. Ada 2 disc. Saya lebih menyukai disc yang pertama terutamanya kerana lagu "Kashmir" dan sebuah lagu rancak yang sangat best, "Trampled Under Foot".

Amat berbaloi untuk dimiliki terutamanya kerana hasil kerja gitar Jimmy Page yang sangat-sangat ohsem.

Terbaik!






10 comments:

  1. Aku ok ngan lagu2 Led Zep.
    Ada sikit terbantut plan nak collect latest double cd triple cd deluxe edition tu. Sampai
    Houses of holy je setakat ini

    ReplyDelete
  2. Album ni keluar aku pun lum lahir lagi.betul punya lama ni.heheh..tapi kalo lagu kashmir mmg sedap la.aku pun tak berapa masyuk gak.tapi ada jugak la 2-3 lagu led zep yg melekat

    ReplyDelete
  3. pada yang sebaya usia cam kita, band rock/metal paling dikenali dan diminati di awal 80an adalah scorpions dan deep purple temasuk iron maiden. setuju?
    black sabbath dan led zepp tak popular dan tak penah dengarpun lagu mereka. setuju?
    kemudian, baru kita mengenali dan menghargai akan kehebatan grandfather of heavy metal ni

    ReplyDelete
  4. pada yang sebaya usia cam kita, band rock/metal paling dikenali dan diminati di awal 80an adalah scorpions dan deep purple temasuk iron maiden. setuju?
    black sabbath dan led zepp tak popular dan tak penah dengarpun lagu mereka. setuju?
    kemudian, baru kita mengenali dan menghargai akan kehebatan grandfather of heavy metal ni

    ReplyDelete
  5. led zepp, prnh nk try layan tp tk blh nk feel...tau lagu stairway to heaven dgn gallows pole je

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. ke 6...tapi ke 2 yang aku ada...speed kills...heheh...

      Delete
  7. album feveret kiko loreiro.:D

    ReplyDelete