Tuesday, August 4, 2015

World Wide Live

Yang dah pun 30 tahun pada 20hb jun yang lalu.


Scorpions - World Wide Live (1985)

Susah nak cakap mana yang lagi bagus antara World Wide Live (1985), Tokyo Tapes (1978) mahupun Live Bites (1995). Ketiga-tiganya di era yang berbeza. Ketiga-tiganya mempunyai kelebihan yang tersendiri. Yang memisahkan hanyalah yang mana satu yang paling banyak nilai sentimentalnya kepada diri.


Kalau kena pilih saya terpaksa memilih Tokyo Tapes kerana kenangan manis "Kojo no tsuki" bersama-sama rakan sekelas di zaman sekolah rendah. Tetapi World Wide Live pun banyak kenangannya terutama tape video VHSnya. Berulang-ulang kali tengok. Paling saya ingat adegan kat Jepun yang awek Jepun bagi hadiah kat Matthias Jabs tu. Masa tu terasa betapa bestnya kalau dapat jadi rockstar. Angan angan Mat Jenin...hahaha...

WWL adalah zaman saya mula cerdik rock. Berbanding dengan Tokyo Tapes, WWL majoriti lagu-lagunya telah saya tahu. Tak payah cerita la. Semua lagu pun best. Scorpions ni bab live mana la pernah mengecewakan.


Tidak pernah memiliki kaset (dulu sekadar pinjam kawan). Cd pula adalah cetakan pertama. Yang tak bestnya kurang 3 lagu berbanding versi LP ataupun kaset. Nak yang lengkap cari edisi remastered tahun 1997. Tak rasa pun nak cari. Lebih berminat kalau dapat versi lp. :D

Terbaik!



8 comments:

  1. Best album ni one of the best rock albums la.
    Tokyo Tapes zaman tak sama, style lagu pun lari.
    Aku tengah tunggu Japan nye company re-released lagi sekali double cd version macam Dokken Beast From The East tu hari.
    Nak carik yang pressing ori memang tak logik harga.

    ReplyDelete
  2. Scorpions album live sebelum era 90s yg paling di sukai album ni ngan tokyo tapes tu.

    ReplyDelete
  3. Untuk aku LIVEBITES lebih bermakna

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Sound dia... too good to be true record live. Tapi ini kan Scorpions!!

    ReplyDelete
  6. betul tu sound live recording Scorpions memang terbest.

    ReplyDelete
  7. nasib baik aku ada LP dia. la la la laaaaa

    ReplyDelete