Monday, October 24, 2016

To Hell With The Devil

Yang menyambut ulang tahun ke 30 pada hari ini, 24hb Oktober...


Stryper - To Hell With The Devil (1986)

Lagi album kegemaran dari tahun 1986. Seperti yang dikatakan sebelum ini, banyak betul album album rock dan heavy metal yang best di tahun 1986. Sesiapa yang membesar pada masa itu pastinya akan bersetuju. Mungkin itulah zaman kemuncaknya. Terutamanya bagi genre yang dikenali sebagai glam atau hair metal.


Menulis ini sambil menonton video clip "Calling On You". Kali pertama menontonnya di tape video (vhs) "Kerrang! Video Kompilation 2" kira-kira 29 tahun yang lalu.  Video yang mengenalkan saya kepada Stryper. Sejak itu terus menjadi peminat mereka.

Mungkin ada yang was -was dengan lirik mereka. Tetapi muzik mereka bagus. Harmonic vokal dan rif gitar yang sangat catchy. Twin guitar solo antara Ozz Fox dan Michael Sweet yang dasyat. Semua lagu sedap. 30 tahun dengar pun masih rasa sedap. Tak ada satu lagu pun yang tak sedap.


Salah satu album kegemaran saya untuk genre yang sebegini. Album terbaik yang dari mereka. Sangat rekomended bagi yang minat genre heavy/glam/hair metal 80an atau kat Malaysia ni orang panggil Rock Kapak. Terbaik!


*** bandingkan permulaan Dari Kacamata - MAY dan To Hell With The Devil...dapat cam persamaan dia?...





13 comments:

  1. rajin bert buat entri ulangtahun macam ni... ni mesti ada simpan notifikasi kat mana2 supaya ingat tarikh rilis rekod/album lama2 kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha...betul...memang ada buat note...sambil tu jadi rujukan listing cd yang ada...tak nak dah kes beberapa kali terbeli cd yang sama 2 kali pasal lupa dah ada...

      Delete
  2. Aku rasa aku tak pernah dengar satu lagu Stryper dari awal sampai akhir, dulu dulu tu takut jadi kristian. Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul deaf...dulu2 aku takut nak baca lirik dia...haha...

      Delete
  3. Aku tgk kat blogroll aku nampak kaler belang2 itam kuning,belum klik lagi aku tau dah entri apa..hahaha..
    Michael sweet skang pun makin sweet eh ramai awek kt fb puji.heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dorang tengah sibuk tour 30th THWTD...main full satu album siap dressing itam kuning...best betul..

      Delete
  4. Awal 90an baru kenal lagu2 Stryper nie, first time dengar kaset member album kompilasi Can't Stop the Rock 91...memang terujalah dengar suara MS nie bawa lagu To Hell With The Devil tu..

    ReplyDelete
  5. White Metal.. kedengaran Wings kita dan band The Rasmus merujuk singing dan music depa nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu2..dengar Junction buat aku teringat stryper..

      Delete
  6. aku pun setuju 100 percent dengan ulasan kau pada hari ini, berkenaan dgn Stryper - To Hell With The Devil (1986) ni..

    Ini band memang legend.. tidak dinafikan lagi
    lagi satu band yang boleh challenge mereka adalah Skid Row
    Apakah anda setuju Berteromber..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Skid Row lain sikit...dorang dah 2nd wave...

      Delete
  7. baru aku tau glam hair tu klu kat malaysia org panggil rock kapak.. terbaik

    ReplyDelete