Saturday, October 8, 2016

Reign In Blood


Yang menyambut ulangtahun ke 30 semalam, 7hb Oktober...


Slayer - Reign In Blood (1986)

Tahun 1986 adalah tahun yang cukup menarik untuk muzik metal. Tak kira lah yang extreme, heavy metal mahupun glam. Semuanya sedap sedap dan best best belaka. Salah satu darinya yang menjadi antara album terpenting untuk genre Thrash adalah Reign In Blood.


Saya kali pertama mendengarnya mungkin pada penghujung tahun 1989. Agak terlambat juga.(album pertama Slayer saya adalah South Of Heaven). Terpegun terus dengan kelajuan dan aggresif lagu lagunya. Ianya serta merta terus menjadi antara album kegemaran Slayer saya. Ianya bersesuaian dengan jiwa muda remaja ketika itu. Dari track pembukaan "Angel Of Death" sehinggalah "Necrophobic" dan "Postmortem" membawa ke lagu penutup "Raining Blood" anda akan terus terusan merasa tak senang duduk dan kepala terhanguk hanguk. 28 minit klasik thrash yang sungguh berbaloi!


Mendengarnya selepas 30 tahun perasaan saya tetap sama. Kelajuan dan aggresifnya akan sentiasa menjadikan jiwa saya muda remaja. Terimakasih Slayer. Selamat ulang tahun album yang pernah menjadi kegilaan saya di usia remaja. Nak kena cari lp juga la nampaknya ni...haha..

Klasik!!!




9 comments:

  1. Cuma ada kasetnya, baru beli beberapa tahun lepas. Buat koleksi. Memang dahsyat album ni..

    ReplyDelete
  2. Sekali pandang macam reign in bollywood tadi.

    ReplyDelete
  3. Hebat, dahsyat, jakun, kagum, original, mulut terngangah, terpaku, terpegun, memenatkan, trauma, terkejut dan apa2 sajelah. Takde serupa mereka. Dan dorang have an amzing hardcore fans

    ReplyDelete
  4. lagu2 klasik ciptaan Jeff Hanneman dalam ni semua best2.antara album SLayer yang paling evil..heheh

    ReplyDelete
  5. Tahun 1986 ler best... kemuncak rock sedunia

    ReplyDelete
  6. sejujurnya... dari dulu tak pernah layan slayer secara holistik

    ReplyDelete
  7. setuju...aura tetap sama walau diulang berkali2...vokalnya laju selari dgn muziknya...riff gitar jgn ckp la walau laju dan berbelit2 tetap diingat smp bila2...

    ReplyDelete
  8. fuhh jiwa tak pena tua dgr metal ni..

    ReplyDelete
  9. masa test sebelum beli album ni dulu, awek yang jaga kaunter dan pasangkan keset tekejut dan menjerit kecil bila dengar jeritan Tom Araya. satu mimpi ngeri pada beliau. harharharhar...

    banyak kisah tersembunyi dan kontroversi pasal cover album ni. antaranya benda hitam yang tepacak keluar dari badan bapak paderi kat bawah tu adalah kemaluan beliau! sama gak dengan lelaki bersayap kat kanan sekali. beliau sedang memegang kemaluan beliau! hahaaa...

    slayer never slayer!

    ReplyDelete