Sunday, November 6, 2016

Doctor Strange



Doctor Strange (2016)

Asalnya ke panggung ingatkan hendak menonton Rock Bro, tetapi atas kuasa majoriti anak-anak yang mahukan Doctor Strange. Si bapa terpaksa mengalah...huh!..

Tak baca komik dan tak ikut perkembangan cerita-cerita superhero. Makanya tak tau pun Doctor Strange ni berkenaan apa. Tetapi bila melihat pelakonnya adalah Benedict Cumberbatch, rasa tertarik juga. Saya adalah pengemar siri tv Sherlock. Sesuai benar beliau dengan watak Doctor Strange. Gaya angkuh/ego dia tu memang tak ubah macam menonton cerita Sherlock. Muka dan gaya beliau memang sesuai benar dengan watak-watak yang sebegini.

Tetapi yang paling menarik tentang filem Doctor Strange pada saya adalah visual babak aksinya. Babak pergaduhan di "multi dimensional world" yang mana segala bangunan boleh berpusing-busing macam main "rubik cube" tu memang sangat menarik. Memang dasyat teknik CGI mereka.

Sebagai seorang yang bukan peminat filem superhero. Rasanya filem ini kekuatannya bukan pada jalan cerita. Tetapi ianya lebih kepada lakonan berkesan Benedict Cumberbatch dan teknik CGI yang sangat ohsem.

yang ni ntah bila nak tengok....





7 comments:

  1. Betul..aku pun da tgk.jln cite dia dah boleh tau.cuma teknik cgi ngan special effect dia je yg terbaik.baru aku ingat mamat tu yg belakon cite sherlock ek.

    ReplyDelete
  2. Last aku masuk panggung ialah Episode 7 star wars. Next time aku masuk panggung ialah aku rasa Rouge One December ini.

    ReplyDelete
  3. tgk kt astro first je la bro...hehe

    ReplyDelete
  4. banyak pelakon best dalam filem nie.. antaranya Mads Mikkelsen

    ReplyDelete
  5. aku pun ingatkan ni ceta doktor gitu, tak follow sgt superhero ni, yang aku tau batman batman dan batman hahahaha.. tunggu versi sedut ja yg ni...

    ReplyDelete
  6. Tengok aritu, boleh tahan grafik, pembawakan watak dan jalan ceritanya.

    ReplyDelete