Tuesday, November 29, 2016

Rusty Blade Discography

Dengan keluarnya 3 cd reissue ini...maka lengkaplah koleksi cd versi "full cover" untuk semua album Rusty Blade.


Tetapi sebenarnya jika anda sudah memiliki versi "Lagenda Rock 80an", selain gambar cover penuh. Yang lainnya tiada perbezaan. Sebijik!

Pada saya lebih menarik kalau mereka mengekalkan tracklist asal seperti di kaset. Tak perlulah lagu-lagu bonus dari album 786 Ikrar Perwira. Album itu pun dah ada versi cd. Tapi nak buat macamanakan. Seperti biasa...taglinenya..."janji ada dari tiada"...huhu...


Ini versi Lagenda Rock 80an bersama 2 album kompilasi terbaik...tak pasti berapa banyak versi "best of" yang ada...


Ini pula versi kaset...sayangnya "Berat" dah hilang ntah kemana...tengah tunggu juga kot-kot akan keluar pula versi piring hitamnya... 😀






13 comments:

  1. Masa sekolah dulu, album Berat kawan pulangkan kaset lepas pinjam, simpan dalam beg ...lepas tu masuk kelas exam oral B.Inggeris SPM (1988)...keluar dewan bukak beg, kaset hilang kena curi...hua..rasa nak nangis masa tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kisah yang hampir sama...1988..bawa kaset Bisa - BPR ke sekolah...untuk dimainkan masa jamuan...tak ingat hari guru ataupun jamuan tahunan kelas...elok2 letak dalam beg...sampai rumah bukak beg dah hilang...hampeh!..

      Delete
  2. wahhh aku nak la...
    tu hari aku kat pasar Larkin, tengah main lagu Tercipta Kasihku...
    Wahhh memories la Lusty Brade..
    Aku wish nak tengok dorang main lagi sekali at least one last time.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku sempat tengok Deaf. Kat Penang. 2009/2010 tak silap aku. Best gilaaaaaaa

      Delete
  3. Aik?apsal aku tak jumpa kt kedai album ni.jual online je ke?.mmg aku tgh tggu kot2 rusty blade ada kuar reissue.rupanya dah ada

    ReplyDelete
  4. Dah ada versi Lagenda Rock 80an, memang skipla semua reissue, tak penting sangat cover2 tu, yg utama lagu2 cukup..tapi untuk pengumpul tegar, memang tak patut dilepaskan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku tak berapa tegar...ikut band...tapi band lejen zaman aku remaja macam Rusty Blade ni memang aku tak lepas...kalau band leleh Spring, Scoin, Spoon tu memang tak la...hahaha...

      Delete
  5. masuk list saja ni ada bajet lebih baru beli. nak juga ku lihat cdnya macam mana rupanya...

    ReplyDelete
  6. Bro track list diorang masih guna sama track list dlm cd rock lagenda ke????alahaiiii....apela wat mcm tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama..kecuali Awas...versi 2016 ni takder instrumental Mahkota Sukma...

      Delete
  7. ikrar perwira dgn berat mmg target utama

    ReplyDelete
  8. RUSTY BLADE kena keluar boxset baru ngam..

    ReplyDelete
  9. 'sayangnya "Berat" dah hilang ntah kemana....
    haahaa.. maksudnya tuh, beliau dah tak sanggup lagi nak bersama hidup dengan tuannya, dek kerana jealous, pasal tuannya banyak sangat kumpul format (gila format)..
    jadi, kaset 'Berat' itupun terus merajuk dengan membawa hatinya yang luka tuh,
    maka jauhlah beliau dah menghilangkan dirinya yang penuh dengan kesedihan itu (beliau dah tak nak geng lagi dgn Berteromber)
    haah haah haah...

    ReplyDelete