Wednesday, November 16, 2016

Rock And Roll Over

Yang menyambut ulangtahun ke 40 pada 11hb Nov yang lalu...


KISS - Rock And Roll Over (1976)

Zaman 70an dulu kebanyakan artis merakamkan album dalam tempoh masa yang singkat diantara satu album dengan album yang berikutnya. KISS - Rock and Roll Over adalah salah satu contohnya. Ianya diedarkan 8 bulan selepas Destroyer.

Yang menariknya Rock And Roll Over tidak mengikut formula Destroyer. Mereka tidak lagi menggunakan Bob Ezrin sebagai penerbit walaupun beliau membawa Destroyer sebagai album terlaris yang mengenalkan mereka ke mata dunia.

Sebaliknya mereka memilih Eddie Kramer. Seorang lagi penerbit lagenda. Hasilnya Rock And Roll Over menjadi sebuah album yang lebih "straight forward". Lebih "simple". Back to basic. Catchy rock and roll yang bertenaga.


Satu-satunya formula yang hampir sama adalah sekali lagi Peter Criss dibenarkan menyanyi. Kali ini 2 lagu. Lagu balada "Hard Luck Women" walaupun tidak mencapai kedudukan seperti "Beth" tetapi tetap juga memasuki carta. Sedap juga lagunya. Asalnya mahu diberikan kepada Rod Steward. Tetapi Gene mahukan Peter. Hasilnya memang berbunyi seperti lagu-lagu 70an nyanyian Rod Steward.

Bagi saya pula hanya "Hard Luck Women" dan "Calling Dr. Love" yang pernah saya dengar sebelum memiliki cd ini. Kedua-dua lagu tersebut ada dalam kompilasi Greatest KISS. Saya sukakan sound kasar album ini tetapi lagu-lagunya agak kurang melekat. Selain 2 lagu yang sebutkan tadi, lagu "I Want You" berjaya memikat hati saya. Yang lainnya...dengar...ok...lupa...








9 comments:

  1. Baru tau siot pasal album ni.ingatkan kiss takda album era 70an.nanti aku cekidot

    ReplyDelete
  2. uuiihh cepatnya kau update blog, rasanya baru album nafas direview 2 hari lepas.. wa respect sama lu bert.. cepat dan tepat

    btw.. ini album kiss kesukaan aku - rock n roll bebb.. hihih

    ReplyDelete
  3. Album ni cover sangat lawa. Feberet artwork.

    ReplyDelete
  4. Menarik perhatian dia punya cover..

    ReplyDelete
  5. Orang yang sama buat cover album Sonic Boom..

    ReplyDelete
  6. Patut kena letak cd ni sebelah KISSOLOGY

    ReplyDelete