Saturday, December 10, 2016

A Day at the Races

Yang menyambut ulang tahun ke 40 pada hari ini, 10hb Disember...


Queen - A Day at the Races (1976)

Tajuknya pun dah menarik perhatian. Ianya di ambil dari tajuk sebuah filem klasik tahun 30an sama seperti album sebelumnya, A Night At The Opera. Album ini sememangnya ada kena mengena dengan A Night At The Opera. Ianya ditulis pada waktu yang sama. Sebenarnya Queen mahukan ianya dikeluarkan serentak. Double album. Tetapi tidak dipersetujui oleh syarikat rakaman. Akhirnya ianya dirakamkan setahun selepas itu.

Namun begitu secara muzikalnya, A Day At The Races berbeza dengan kembarnya A Night At The Opera. Kali ini muziknya lebih lembut. Banyak lagu yang menggunakan keyboards/piano. Hanya "Tie Your Mother Down" dan "White Man" sahaja yang boleh dikatakan sebagai hard rock. Yang lainnya menjurus kepada balada.


Namun begitu Queen sememangnya jarang mengecewakan. Walaupun sentiasa dibayangi oleh album kembarnya, A Day at the Races memang mempunyai melodi lagu yang sangat kuat. Lagu seperti "Somebody To Love" dan "You Take My Breath Away" sememangnya lagu balada cintan yang sangat syahdu melodinya. Lazat!

Tetapi seperti album Queen yang lainnya, satu faktor yang menyebabkan saya suka kepada mereka terutamanya album album era 70an mereka selain melodi lagu yang sedap adalah kerja gitar Brian May. Sekali lagi rif dan solo beliau tidak pernah mengecewakan. Best betul tone gitar beliau walaupun ianya berbeza beza antara satu lagu dengan yang lainnya.

Kalau anda sukakan A Night At The Opera, susah semestinya A Day at The Races juga perlu untuk anda miliki. Memang sedap!





5 comments:

  1. Queen with Adam Lambert nak keluar video Live In Japan, tapi aku tengok macam takde complete cd version pulak. Aku always prefer beli cd version dari video version. Adam Lambert nyanyi Somebody to Love dahsyat

    ReplyDelete
  2. You take my breath away memang syahdu woo..layan album ni

    ReplyDelete
  3. queen with freddie mercury memang awesome, tanpa beliau pincang lah queen, dah takde lagi queen.. history

    ReplyDelete
  4. terus terang band queen aku boleh layan,...

    ReplyDelete