Thursday, December 22, 2016

Christ Illusion

Yang menyambut ulangtahun ke 10 pada 8hb Ogos yang lalu..


Slayer - Christ Illusion (2006)

Ini adalah percubaan saya untuk kembali mendengar Slayer. Selepas Seasons In The Abyss minat saya kepada Slayer semakin berkurangan. Mereka cuba mendapatkan peminat baru dengan hala tuju muzik mereka yang baru. Mungkin ianya bersesuaian dengan selera 90an. Tetapi bukan untuk saya. Dan rasanya saya tidak berseorangan. Selepas Seasons In The Abyss, mereka dah hilang sentuhan magis. Mungkin ada juga yang tidak bersetuju. Betul...mereka masih heavy dan brutal. Tetapi bagi saya heavy dan brutal tak semestinya bagus. Period!


Kembalinya Dave Lombardo mungkin satu faktor yang membuatkan saya kembali mendengar mereka. Bukan Paul Bostaph tak bagus. Tetapi kembalinya Slayer dengan anggota asal membuatkan saya sedikit teruja. Ini album comeback kata mereka. Memang benar Slayer kembali kepada thrash seperti sebelumnya. Ketukan padu drum Dave mengembalikan nostalgia tersebut. Tak kisahlah jika ada riff-riff yang recycle. Sekurang-kurangnya pada pendengaran telinga saya, ianya lebih baik dari apa yang mereka pernah hasilkan selepas Seasons.

Abaikan liriknya yang setan, ianya album yang boleh tahan. Ada beberapa lagu yang menarik, Flesh Storm, Jihad, Cult, Supremist antara contohnya. Bagus untuk tahun 2006 tetapi tak cukup bagus untuk menjadi album klasik Slayer. Mungkin juga saya yang kuat bernostalgia.

9 comments:

  1. nampaknya bukan saya seorang yg merasakan banyak lagu lagu Slayer yg mempunyai riff yg hampir sama..sebab tu agak payah nak ingat tajuk lagu Slayer... hehehe

    ReplyDelete
  2. dengar cerita album ni kena banned kat india yek pasal cover depan tu

    ReplyDelete
  3. lagu jihad plg best....trademark masi ada wlaupn dorg create album baru

    ReplyDelete
  4. alih2 metalika jugak yg kena kalau kes/isu lagu metal setan... kah kah kah

    ReplyDelete
  5. Masa dorang main kat Singapore, last 10 Ramadhan pulak tu, kena 2 lagu kena ban gammen Singapore tapi Slayer sporting, dorang teruskan show cuma Arraya cakap we hope to play full show nwxt time. 2 lagu tu dari album ni

    ReplyDelete
  6. slayer sememangnya vampire.. huhuh

    ReplyDelete
  7. Ada jugak album ni, malaysian pressing. Dia letak satu sleeve as alternate cover/artwork..

    ReplyDelete