Wednesday, December 14, 2016

Hotel California

Yang menyambut ulang tahun ke 40  pada 8hb yang lalu...


Eagles - Hotel California (1976)

Antara album bukan metal yang menjadi kegemaran. Asalnya dibeli kerana mahukan lagu "Hotel California". Suka betul dengan twin gitar solo antara Don Felder dan Joe Walsh pada penghujung lagu tersebut. Antara solo gitar terbaik dalam sejarah.

Selain itu "New Kid in Town" dan "Life in the Fast Lane" adalah antara lagu hits yang sering boleh kita dengar di radio. Selain 3 lagu ini yang disusun berturut-turut. Lagu track ke 4, "Wasted Time" juga bagus. Tetapi lagu-lagu lainnya selepas itu agak kurang menarik untuk saya. Kena dengar banyak kali baru rasa menangkap.


Saya mempunyai bekas rakan sekerja yang gemarkan lagu-lagu Eagles. Melalui beliaulah saya banyak tahu tentang lagu-lagu mereka. Sekiranya anda sukakan lagu rock 70an dengan pengaruh country dan blues. Ini memang patut anda miliki. Produksi soundnya pun sedap. Menarik juga sekiranya album ini dapat dimiliki dalam bentuk lp. Sound analog 70an begini memang lebih syiok jika dilayan mengunakan piring hitam.

Klasik!






8 comments:

  1. aku pun suka album hotel calfornia ni, penuh dengan memori, nostalgic lagi sensasi ini band Eagles..
    btw : kalau muzik rock tahun 70an yang lain selain Eagles, aku juga minat pada band Survivor.. gitu gitu

    ReplyDelete
  2. aku ada lpnya siap boleh nampak bayang Anton LaVey kat tingkap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cd memang tak nampak...nak kena cari lp la jugak ni...haha...tapi memang macam2 rumor la pasal hotel california ni...

      Delete
  3. Pertama kali pegang gitar belajar lagu Hotel California, tapi chord saja la.. Huhu

    ReplyDelete
  4. Kalau aku nak beli album Eagles, akan akan mulakan dengan Hell Freezes Over. Kalau la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hell Freezes Over pun sedap...Love will keep us alive tu best...

      Delete
  5. Antara solo klasik rock terbaik sepanjang zaman

    ReplyDelete
  6. lagu hotel california versi gitar karan dan akustik mmg sedap bila digoreng solonya dan sentiasa menjadi playlist bila pegang gitar...

    ReplyDelete