Friday, December 16, 2016

Run With The Pack

Lagi yang dah 40 tahun,,,


Bad Company - Run With The Pack (1976)

Album ini sangat tinggi nilai nostalgianya kepada saya. Ini adalah album yang mengenalkan saya apa itu muzik secara fizikal. Seingat saya ketika kanak-kanak dahulu, ada beberapa keping kaset kepunyaan bapa saudara yang beliau tinggalkan di rumah.

Sayangnya saya dah tak boleh nak ingat apa-apa tajuk kasetnya. Yang saya tahu semuanya berbahasa inggeris. Tetapi yang cukup melekat di memori saya adalah gambar cover serigala menyusukan anak. Gambarnya yang unik menarik perhatian hinggakan imejnya melekat dalam kepala. Tetapi saya tak tau apa tajuk dan siapa penyanyinya.


Ketika itu dalam usia saya 6 atau 7 tahun (penghujung 70an) saya masih belum berminat dalam muzik. Tak pernah dengar pun kaset-kasetnya. Makanya kaset-kaset tersebut saya jadikan barang mainan. Konon-konongnya ia sebuah kereta mainan (seperti di gambar). Maklumlah keluarga bukannya golongam berada. Mana mampu nak beli mainan. Terpaksa lah menjadi kreatif bila bermain.

Bila semakin meningkat dewasa dan gila muzik, imej cover album ini sememangnya tak pernah saya lupa. Cuba juga cari tetapi gagal sehinggalah tibanya zaman internet. Ketika itu barulah tau tajuk dan nama penyanyinya. Tetapi tak pernah jumpa pula kaset atau cdnya sehinggalah kenal e-bay dan memiliki piring hitamnya beberapa bulan yang lepas. Dah 40 tahun...baru ni berpeluang nak  dengar. haha..


Walaupun album ini tidak sepopular dan mempunyai lagu hits seperti album-album sebelumnya, tetapi banyak juga lagu-lagunya yang sedap. Sesuai untuk mereka yang sukakan muzik "simple straight forward hard rock 70an". Lagu lagu baladanya pula memang sesuai untuk diputarkan dalam mana-mana radio yang berkonsepkan "classic rock".

Mungkin satu hari nanti saya perlu tunjukkan piring hitam ini kepada bapa saudara saya. Saya tak pasti adakah beliau masih rock n roll seperti dulu...




5 comments:

  1. haah haah !! bapa saudara bert tu mungkin masih lagi rock n roll forever tuh.. beliau dulu minat bad company kann, sekarang mungkin dah jadi Good Company la pulakk,, hehe jangan marah bert, gurau sikit

    btw.. jom singgah ke blog yusrina, kerana ada 'black dog bone' disana, ayuh bro..

    ReplyDelete
  2. Muzik macam gini tak mati ye, generasi lepas generasi muzik ni bersambung.
    Anyway, thanks for latest shows update, aku tak tahu tu semua, dan soalan Berteromber kau tahu apa lineup Rockers sekarang? Dan yang kat Masai tu sapa akan perform untuk Rockers. Desire, wahhh aku dah sambar versi cd plusminus dividetimes tu, belum review.. lagu Sentuhan. Pehhhhhh still in my heart hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi pasti...tapi vokal dengarnya memang Joe...tapi Desire tu katanya line up album campurtolakkalibagi la...

      Btw...megadeth pulak turun Spore bln 5..untung la orang duk Spore...

      Delete
  3. Tak silap aku bad company ni dua kali tuka penyanyikan?
    Btw aku ada kat jb ni.nanti aku roger bole mengopi.2-3 hari ni ada urusan sikit tu yg bz

    ReplyDelete